chapter 8

Romance Series 3452

Aleya mahu bergerak keluar dari Jibby & Co sambil tangannya membuka aplikasi Grab untuk membuat tempahan. 'Eh Leya nak pergi mana? Hakim park kereta dengan bawah la'kata Hakim apabila melihat Aleya bergerak ke arah lain. 'Ehh takpa Hakim,Leya balik sendiri' kata Aleya lembut. 'Let me send you back okay,I dah janji dengan Nina. Please?' pujuk Hakim tapi bernada tegas. Aleya yang mendengar Hakim berkata begitu mengikut saja arahannya. Mereka berdua berjalan seiring ke tempat letak kereta di tingkat B2.

Hakim yang memandu 2020 Mitsubishi Outlander Sport berwarna sunshine orange kelihatan tenang di seat driver. Aleya mula bersuara 'You jumpa Kak Nina tak sembang apa pun?' tanya Aleya. Dia agak pelik kerana semenjak dia datang tadi Hakim hanya mendengar dan tidak bercerita apa pun mengenai dirinya. 'I dah sembang dengan Nina before you sampai tadi.' kata Hakim tenang. 'Habistu why you tak balik je lepas habis cakap dengan Kak Nina?why stay?'tanya Aleya kehairanan 'Sebab I nak dengar cerita you,sound interesting.Patutnya I nak balik lepas you sampai tapi hati ni cakap suruh stay.I follow je la'kata Hakim serius. Dalam hati Aleya sudah berkata-kata 'Apa benda siak dia ni,menakutkan gila. Ya Allah cepat la sampai rumah' Aleya diam seribu batu.Dia cepat-cepat memandang ke arah luar tingkap.Dia kelihatan takut. 'You takut dengan I ke? I melawak je la,i bosan kalau balik so I stay. I tak cakap apa-apa tadi sebab tak nak kacau you dengan Nina sembang. Nina dah warning jangan menyampuk.' terang Hakim sambil tertawa kecil. Aleya berasa lega mendengar perjelasan dari Hakim. Sangkanya dia sudah tersilap langkah pulang bersama orang tidak siuman. 'Okay,you buat I takut ja. Ingat nak buka pintu terjun dah tadi'jawab Aleya sambil ketawa. Dia memandang sekilas melihat Hakim. 'Handsome juga dia ni,taste i' kata Aleya dalam hati. Hakim yang memakai seluar jeans biru,kemeja berbelang putih kelabu lengan dilipat hingga ke paras lengan dan topi berwarna kelabu dari Adidas. Dia yang mempunyai wajah kacukan Melayu-Chinese,matanya sepet, kening tebal berkulit putih dan bibirnya pink menandakan dia tidak merokok. Lain sungguh dari Aleya,dia mempunyai mata yang bulat,kening tebal dan berkulit sawo matang. Ramai yang memanggilnya anak mami kerana wajahnya persis pelakon Hindustan.

'Jangan pandang lama-lama nanti jatuh hati'kata Hakim apabila dia perasan mata Aleya dari tadi menatap wajahnya. Aleya yang mendengar Hakim berkata begitu terus menjelingnya. ' You keja dekat mana? cerita la sikit pasal you. Tak adil you dengar macam-macam pasal I tadi' kata Aleya sedikit memujuk. 'Eh mana you tahu I keja dah?' 'Muka tua macam ni takkan la tak keja lagi kan?kata Aleya selamba. Hakim ketawa. 'Mana tahu I still belajar tengah buat PhD ke haaa'jawab Hakim menyakat Aleya. 'Muka macam you ni tak selalu buat PhD,buat business ramai'Aleya menduga. 'Okay okay,you memang boleh baca orang ke macam mana? semua betul ni' pelik Hakim dibuatnya. Tapi nak buat macam mana, Aleya memang pandai membaca air muka seseorang itu, tetapi tidak semuanya betul. 'Well,this is Nur Aleya la.. dah you jangan nak mengelak eh? cepat cerita pasal diri you pula' kata Aleya.

'Well okay Cik Nur Aleya,let me introduce myself since you really interested to know me. My name Muhammad Hakim bin Ramlee. You can called me Hakim. I'm 27 years old but look sweet 21 kan? I'm working in aviation industry, currently working with Malaysia Airlines. I have 9 siblings, I'm the second eldest and im the only boy in my family exclude my father.' Hakim saja membuat perjelasan panjang kepada Aleya. 'Seriously you keja aviation? ohmaigod I minat gila aviation' kata Aleya separuh menjerit 'Uishh minat betul ni,why you nak jadi pramugari ke?kalau nak I boleh tolong you'tanya Hakim. 'Eh no no,I jadi pramugari? haha memang taklerr tak layak okay. I minat aviation management. Tapi parents I tak kasi ambil avaition,so I masuk construction'terang Aleya. 'I see,why your parents tak kasi? aviation bagus taw,you should go with your choice..tapi better dengar cakap parents kan?'kata Hakim. 'Hmm I ikut jela parents I cakap for now,but after I finish my degree ni I nekad nak sambung degree in avaition management juga,berdosa ke I?'tanya Aleya. 'its depend,kalau time tu you still bawah jagaan parents you,then berdosa if you dah dengan I,I bet no!'kata Hakim tenang.'Haa? I tak faham? apa kaitan dengan you?'Aleya masih tidak memahami maksud tersirat Hakim. Hakim hanya mendiamkan diri.

Tiba saja di hadapan guard house rumah Aleya, 'Is okay Hakim,drop Leya dekat guard house ni ja,nanti Leya jalan masuk sendiri'kata Aleya sambil membuka seat belt. 'No,bahaya let me send you until infront of your house'tegas Hakim lalu keretanya menyusuri masuk ke bahagian dalam condo Aleya. 'Orang macam ni kalau halang macam mencurah air ke daun keladi'detik Aleya dalam hati. Dia hanya membiar kehendak Hakim dituruti. Hakim meletakkan keretanya di tempat parking pelawat lalu turun bersama Aleya menuju ke lif.'So after this kalau Nina takde,we still can see each other kan?tanya Hakim. Aleya membuat muka sedang berfikir'Sebab you bidang aviation,I rasa boleh kot'jawab Aleya acuh tak acuh. 'Ehh,you pinjam phone jap'kata Hakim sambil membuat isyarat tangan. 'Nak buat apa? no tak boleh!'Aleya tidak membenarkan. 'Phone I battery habis,nak call buah hati I jap takut dia risau' 'Dah besar pun nak risau ke?'kata Aleya sambil ketawa. Dia menghulurkan telefonnya. Hakim mengambil lalu mendial numbernya sendiri. Tiba-tiba kedengaran telefonnya berbunyi menandakan ada satu panggilan masuk. 'Hakim, tu tactic lama la,cakap jela nak number i'kata Aleya sambil membuat muka. 'Lama eh,sorry la I kan dah tua malas nak minta direct ni'ucap Hakim. Sebaik saja mereka sampai di depan pintu rumah Aleya,Hakim menyuruh Aleya untuk masuk dan menutup pintu. 'Hakim you over taw ex I pun I bagi hantar sampai bawah ja..dahla you cepat balik nanti housemates I nampak mati i'pinta Aleya. 'Ye,I nak balik dah ni. Nanti I dah sampai rumah I text you okay'lalu Hakim beredar dari pintu rumah Aleya. Hakim merasa sesuatu yang tak dapat dikatakan. Hatinya merasa seakan dia bersama Dhiya,bekas teman wanitanya dulu. Sudah lama dia tidak merasakan perasaan begini. Dia memandu kereta sambil hatinya yang berbunga berkata 'Maybe this girl will be the queen of my heart in future.'detik hati Hakim sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience