Chapter 2

Romance Series 3453

Sebaik saja pesawat mendarat di Kuala Lumpur International Airport(KLIA) Aleya sudah memperkemas barang yang patut kerana dia harus cepat takut sepupunya Kak Farah menunggunya di balai ketibaan. Dia ingin singgah sebentar di kedai popcorn jenama Garret untuk membeli popcorn untuk anak sepupunya itu,Farish. Sebaik saja isyarat tali pinggang keselamatan terpadam dia segera menghidup telefon bimbitnya. Baru saja menhidupkan telefom bimbit sudah masuk satu pesanan dari Kak Farah
'Salam adik,kak Farah tak boleh ambil adik dekat airport sebab nak bawa Anaqi pergi hospital. Anaqi demam,adik balik naik grab okay nanti claim dekat Abg Fahmi. Take care apa-apa call Kak Farah'
Selesai saja membaca pesanan dari Kak Farah, Aleya terus tersenyum gembira. Hatinya melonjak kegirangan kerana dapat mencuci mata sebentar di airport. Dia bercadang untuk membeli sepasang dua baju sebelum pulang ke rumah sewanya di Shah Alam.

Aleya membiarkan semua penumpang yang lain untuk keluar dahulu memandangkan dia tidak harus rushing ke mana-mana. Fatin, seorang pramugari yang tertera namanya di name tag membantu mengeluarkan luggage dari tempat meletak beg. Lantas Aleya mengucapkan terima kasih dah hendak beredar dari pesawat.

Semasa dia mahu menuju ke pintu pesawat pilot yang membawa pesawat tersebut sudah menunggu di pintu kokpit untuk memastikan semua penumpang sudah keluar. Aleya merasakan ada seseorang sedang tersenyum kearahnya lantas memandang pilot tersebut.
'Lah you ke Hafiz yang bawa flight ni patut la smooth je landing tadi' kata Aleya sambil tersenyum. 'Time I check checklist passenger I saw your name,tu yang dah get ready nak keluar awal' Ketawa Aleya mendengarnya 'Cukup la sekali dulu you iring I dari pintu airport sampai depan rumah,harini takyahla I sihat ja boleh jalan sendiri'

Masih kuat ingatan Aleya mengingati kejadian tersebut,bekas kekasihnya Iman meminta tolong Hafiz untuk menjaga Aleya semasa hospital transfer melalui pesawat. Aleya yang ketika itu dimasukkan ke ward KPJ Klang kerana tonsillitis tetapi ingin meneruskan rawatan di KMC kerana ingin dijaga oleb ibu bapanya. Hafiz yang bertugas untuk pesawat itu banyak membantu mempercepatkan proses. Seorang pesakit yang masih dalam rawatan doktor harus mendapat kelulusan dari pihak doktor dan hospital untuk menukarkan pesakit itu ke hospital lain tambahan pulak kesihatan Aleya ketika itu boleh dikatakan teruk.

Aleya yang melihat Hafiz menarik luggage segera bertanya ' Dah habis kerja ka Hafiz yang you tarik beg dah ni?' 'Apa you ingat you sorang nak balik ke? I pun nak balik juga..harini I masuk pukul 5 pagi tahu penat ya rabbi' keluh Hafiz sambil memegang bahu Aleya. 'Mesti sakit badan eh? Asal tak bawa balik sorang stewardess boleh tolong picit-picitkan badan tu' perli Aleya. 'Eh stewardess Malaysia Airlines semua bagus-bagus,tak buat kerja tak betul tu tapi tak tahu la pulak Qatar Airlines macamtu kan?' padu Hafiz membidas soalan Aleya dengan jawapannya itu. Aleya sudah gelak besar mendengar jawapan pedas Hafiz. 'Itu Iman ja bodoh buat macam tu,sapa la perempuan malang yang sayang dekat dia tu'
'Eh jom la makan dulu Aleya,you tak rushing kan? Jom Abg Hafiz belanja tapi janji after tu kita ambil gambar sekali tak sabar nak forward dekat Iman let him suffer see our photo.'
'Alya onz je apa salahnya sakitkan hati dia nak dibandingkan apa yang dia buat dah dekat I' lalu mereka berjalan bersama menuju ke sebuah restaurant

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience