Chapter 12

Romance Series 3453

'Sorry FO Hakim, I think this book belongs to your friend yang naik this flight tadi, dia tertinggal dekat pocket infront of her seat' kata Fatin kepada Hakim. 'Oh yes thank you Fatin, is okay I will give back to her.' lalu Hakim mengambil buku tersebut dari tangan Fatin. Hakim membelek buku tersebut. Dihadapan buku tersebut tertulis nama Aleya. Dia membuka buku tersebut untuk melihat isi kandungannya, rupanya itu merupakan diari Aleya. Hakim membaca satu persatu isi kandungan diari tersebut. Dia tahu salah membaca diari orang tapi perasaan ingin tahu isi hati Aleya melebihi segalanya yang membuat dia membaca diari tersebut.

*****

Aleya baru saja selesai membersihkan diri. Dia mengenakan seluar jeans putih, blaus putih dan tudung bercorak floral berwarna pastel pink. Setibanya dia di bilik hotel petang tadi,dia terus baring dan terlelap. Jam menunjukkan pukul 6 petang, dia ingin ke restaurant di bawah untuk makan. Sebaik saja dia ingin memakai kasut loceng di biliknya berbunyi. Dia membuka pintu dan terkejut melihat Hakim dihadapannya. 'What are you doing here Hakim?' tanya Aleya terkejut. Lalu Hakim menghulurkan diari Aleya. Terkejut Aleya melihat diari itu ditangan Hakim. Baru dia teringat dia terlupa mengambil diari tersebut kerana mahu cepat beredar dari pesawat sebentar tadi. 'Omg, Thankyou so much Hakim I thought I already lost my diary' kata Aleya sambil mengambil diari tersebut dari tangan Hakim. Dia meletakkan diarinya di atas meja di dalam bilik. 'Welcome Cik Aleya, you nak pergi mana ni?' tanya Hakim sambil menarik luggagenya. ' I nak turun jalan-jalan dekat pantai then nak dinner, why are you here?' tanya Aleya kehairanan. 'Night stop dear, sebab tu I tanya you tadi you stay hotel mana. MAS crew memang stay sini. Eh! jap I nak ikut you Aleya bagi I letak luggage I and tukar baju jap' kata Hakim sambil membuka pintu disebelah bilik Aleya. Aleya tercengang melihat Hakim namun tidak sempat berkata apa-apa. Dia hanya menunggu untuk menyoal Hakim. Setelah beberapa minit berlalu Hakim keluar dari bilik sebelah. 'Kuantan pun night stop ke? and btw you saja eh minta bilik sebelah I? tanya Aleya geram. 'Haah Kuantan memang kitaorang akan night stop dekat sini, and yes I yang minta sebelah bilik you sebab' kata Hakim tergantung. Aleya segera bertanya ' Sebab apaa? you jangan macam-macam eh Hakim, I gigit you nanti' kata Aleya sambil membuat muka marah. Hakim mengangkat kening tanda mengusik Aleya. Walaupun Hakim hanya memakai seluar slack kerjanya bersama t-shirt kosong berwarna biru ketampanannya masih kelihatan. 'Supaya nama I ada lebih banyak dalam diari you' dengar sahaja Hakim berkata begitu Aleya separa menjerit lalu mengejar Hakim yang sudah melarikan diri. ' Eeee you baca diari orang, jahatnyaaaa' kata Aleya dengan nada merajuk. Hakim terus mengusik Aleya dengan ayat-ayat yang tertulis dalam diari Aleya mengenai dirinya. 'Boleh tahan juga mamat ni,muka chinese,matang..kerja bidang yang I minat pula..sukanyaa!' kata Hakim terus mengusik Aleya. Muka Aleya separuh menangis, dia tidak lagi mengejar Hakim. Hakim sudah berasa serba salah lalu dia menghampiri Aleya. Sebaik saja Hakim berada dihadapan Aleya, Aleya terus menyerangnya. Dia mencubit-cubit tangan Hakim tanda protes. 'Mana boleh baca diari orang! jahat laa you ni Hakim tak nak kawan you dah.' kata Aleya merajuk. Hakim tertawa mendengar kata-kata Aleya. 'Okay-okay sorry la Aleya, I tak boleh la dengan you hati ni rasa membuak-buak nak tahu pasal you. Janji lepasni tak buat dah okay?' kata Hakim sambil mengangkat tangan tanda berjanji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience