Chapter 9

Romance Series 3452

Hakim baru saja selesai menunaikan solat subuh,dia melipat sejadah dan mengalihkan badannya ke atas katil. Sebentar lagi jam 1 tengah hari dia harus memulakan kerja, jadi sementara mempunyai waktu dia ingat berehat. Pantas tanggannya mencapai telefon bimbit. Dia membuka peti mesej lalu melihat mesej yang dikirimnya kepada Aleya sebulan yang lalu.

' I dah sampai rumah. You dah nak tidur ke? '
'Thankyou Hakim hantar I balik. I dah nak tidur, goodnight.'

Aleya hanya membalas semudah yang mungkin mesej Hakim. Walaupun setelah beberapa kali Hakim mengajaknya berjumpa, mesej Hakim tidak dibalas Aleya.

******

Aleya melihat jam menunjukkan pukul 10 pagi. Dia segera mengambil sling bagnya dan menarik luggage. Semalam dia baru saja selesai menjawab peperiksaan untuk semester ini. Sudah menjadi rutinnya apabila selesai saja menjawab peperiksaan Aleya akan ke suatu tempat untuk bercuti. Selalunya dia akan memilih tempat ditepi pantai seperti Kuantan atau Penang. Hari ini dia akan ke Kuantan sendiri. Mahu menenangkan fikiran dan waktu sendirian.

'Yaa nak pergi dah ke? Sapa hantar Yaa?' Tanya Faa. 'Haah Faa, Yaa nak pergi dah ni. Yaa naik grab ja. Faa nak balik rumah nenek dah eh? Tanya Aleya. 'Haah Faa pun nak gerak balik rumah nenek dah ni..mehla Faa hantar Yaa,Faa bosan pula nanti dekat rumah nenek' kata Faa sambil ketawa. 'Tak susahkan Faa ke? kalau tak susahkan Faa,yaa okay je' 'Mesti la tak susahkan Faa,demi Yaa semua tak susah' lalu kedengaran mereka berdua ketawa.

*****

'Thank you Faa,hantar Yaa. Nanti kalau ada apa-apa Faa bagi tahu Yaa okay. Happy holiday, jumpa next sem, muah sayang Faa' kata Aleya sambil berpelukan dengan Faa. Dia menghulurkan wang 50 ringgit kepada Faa tanda terima kasih menghantarnya tapi ditolak Faa 'Apa ni Yaa,Faa ikhlas hantar Yaa. No need okay, Yaa tu jaga diri suka sangat jalan sorang-sorang. Nanti kalau ada apa-apa bagitahu Faa, adik Faa dekat Kuantan boleh tolong.' kata Faa lembut. 'Ambikla Faa tanda terima kasih Yaa or Faa belikan nenek makanan ikhlas dari Yaa' kata Aleya sambil masukkan wang ke poket seluar Faa. Lalu dia terus menjarakkan diri dengan Faa bimbang Faa menghulurkan kembali wang tersebut. Dia segera melambaikan tangan ke Faa dan berjalan masuk ke pintu utama KLIA.

Aleya bercadang untuk mencari cafe atau restaurant untuk sarapan pagi kerana dia tidak sempat menjamah apa-apa sebelum ke sini pagi tadi. Jam baru menunjukkan pukul 11 pagi. Dia masih mempunyai masa lebih kurang 2 jam sebelum waktu berlepas pukul 1.30 tengah hari. Dia terlihat restaurant paparich dan segera masuk ke dalam untuk memesan makanan. Dia memilih meja di ruang hadapan restaurant yang membolehkan dia melihat orang lalu lalang. Aleya sangat suka melihat telatah orang. Ada yang berlari-lari mengejar pesawat. Ada yang sedang mencuci mata sambil menunggu waktu berlepas. Dia meletakkan luggagenya di tepi meja dan mula menelaah buku menu.

*****

'Good morning bro' tegur Hanif kepada Hakim. 'Eh Nif on duty juga sekarang? bukan start pagi tadi ke?jawab Hakim. 'Takde la bro, aku on duty this afternoon. Jap jap before tu aku nak tanya kau fly mana?' tanya Hanif serius. 'Haha kau pahal serius sangat. Aku fly Penang. Asal nak exchange ke?' teka Hakim. 'Superb, kau memang boleh baca aku kan? Please Hakim,bini aku tu dia mengidam nak pergi Penang makan-makan,lepastu dia boleh ambil ticket dulu baru bagitahu aku. Risau aku dia tu dahla tengah sarat mengandung tolong wey kita tukar,aku patutnya ni fly Kuantan.' rayu Hanif. 'Hahaha okay la sebab bini kau je ni aku tukar,tapi kau jangan lupa tapau nasi kandar hameediyah dekat aku' jawab Hakim sambil ketawa. Hakim seorang yang sangat mudah untuk bertoleransi jika rakan sekerjanya ingin menukar jadual kerja jika penting. Lagipun tidak lama lagi dia akan meninggalkan Malaysia Airlines dan rakan sekerja disini.

Selesai saja tugas di briefing room mengenai weather, aircraft, notams, noise, taxi, routing, automation and miscellaneous dia melihat jam, 'emm awal lagi,makan dulu la'detik hati Hakim. Sebelumnya dia bercadang untuk makan nasi kandar di Penang jadi dia hanya sarapan susu dan biskut sahaja. Hakim berjalan disekitar KLIA melihat kedai yang mana dia mahu singgah. Dia yang sedang berjalan di tingkat 5 iaitu departure level. Sedang berjalan sambil menarik luggagenya dia terpandang satu wajah yang dikenalinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience