Chapter 3

Romance Series 3452

'So you balik naik apa ni kejap lagi? jangan cakap train please' kata Hafiz sambil membuat muka kerek. 'You jangan nak hina I eh,I sepak kang tak pasal-pasal sakit haa..kita student lagi,mana mampu nak ada drivernye, orang bawahan je'kata Aleya sambil mencebik. Hafiz yang mendengar sudah menahan ketawanya 'Ye la I pun macam itu dulu time student naik public transport tapi you okay lagi la naik flight balik Shah Alam daripada naik bus. So how you balik naik apa?' 'Tula alhamdulillah boleh naik flight takdala sakit bontot I duduk lama-lama. I naik grab jap lagi sebab cousin I tak boleh datang sebab nak bawa her daughter to hospital' Hafiz yang sebaik saja mendengar jawapan Aleya terus menyampuk 'Okay let's go nanti I hantar you balik,now I nak bawa you pegi makan satu tempat ni area Subang,on tak on? 'You belanja I on,kalau tak I balik sekarang,on tak on? Segera Hafiz menarik tangan Aleya sambil berseloroh 'banyak songeh betul student ni,I babap nanti baru tahu' mereka berjalan seiringan sambil ketawa menuju ke parking kereta di tingkat 2 KLIA.

Kereta BMW 8 Series kepunyaan Hafiz meluncur laju di atas highway Elite menuju ke Subang Jaya. Hafiz merupakan teman rapat Aleya, walaupun baru saja mengenalinya melalui bekas teman lelaki Aleya dulu iaitu Iman,persahabatan antara Aleya dan Hafiz tetap masih utuh tanpa kehadiran Iman. Peribadi Hafiz yang sangat santai dan cool sangat disukai Aleya menyebabkan dia senang untuk bercerita mengenai masalah hidupnya. Hafiz mempunyai seorang teman wanita bernama Natalie berbangsa Cina yang berasal dari Fujian,China. Natalie seorang model antarabangsa yang sedang aktif di Malaysia. Hafiz dan Natalie berkenalan semasa mereka berdua menghadiri satu majlis korporat.

'Hafiz,you nak bawa I makan kedai apa ni? you jangan bawa I makan sushi sudah la memang cerita dia I teman you ja makan haa' pesan Aleya sambil membuat muka. Hafiz yang sedang memandu mengangkat kening 'Adala..cuba you tutup mata tu nanti tak surprise la macam ni' Aleya berdekah ketawa 'you fikir you bawak girlfriend ke nak surprise surprise,cepat la bagi tahu nak makan apa ni? I tadi ingat nak makan atas flight tapi malas la pula' kata Aleya sambil tangannya meliar membuka dashboard 'Ish tangan tu tak duduk diam,ambil tangan tutup mata. Apa you kata tadi,malas? malas ke teringat encik Iman awak tu?Naik flight mesti teringat Iman la tu' 'Takda maknanyaa Hafiz oi..I ni tengah fikir macam mana nak build hidup i,what I want to achieve for future. Tapi kan apa jadi dekat Iman? I tak dengar dah pasal dia after kitaorang putus tu.' Dalam menidakkan kenyataan Hafiz, Aleya sempat lagi menanyakan mengenai Iman. 'Tudiaa baq hang tadi kata dak tapi sempat lagi nuh ambik taw pasai Iman' Hafiz saja menggunakan loghat Kedah untuk memerli Aleya. 'Alaa orang tanya ja,takmaw jawab takpa'tercebik Aleya yang duduk diseat sebelah Hafiz. 'Nanti sampai restaurant I cerita okay pasal Iman' Aleya yang mendengar jawapan Hafiz segera menoleh memandang Hafiz sambil berkata 'Macam ni la kawan sejati'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience