Chapter 4

Romance Series 3452

Hafiz membawa Aleya ke sebuah restaurant kegemaran Aleya iaitu Chili's restaurant di Subang Jaya. Sampai saja di restaurant tersebut, mereka memilih meja yang agak ke tersorok ke belakang dan memberi sedikit privasi untuk mereka berborak. Aleya tanpa melihat menu terus memesan makan kegemarannya iaitu Crispy Honey-Chipotle Chicken Crispers dan coke manakala Hafiz memesan BBQ Beef Ribs dan orange juice.

Hafiz memulakan perbualan mereka di meja tersebut 'So Aleya, how's your life now? everything good?' Aleya hanya tersenyum pahit,bukan mudah untuk dia membuat keputusan untuk berpisah dengan bekas teman lelakinya itu tapi kerana perasaan cinta yang tidak datang dalam dirinya,atas satu sebab dia memutuskan untuk mengakhiri perhubungan itu. 'You tahu kan Iman still cari I,haritu I pergi rumah aunty nak jumpa budak-budak tu then terserempak dengan Iman,dia still merayu dekat I supaya balik dengan dia. Dia kata kalau tak kesian dekat dia,kesian la dekat anak-anak dia'muka Aleya sedikit berubah

'Kalau you sayang sangat dengan anak-anak dia pun Leya you tak boleh korbankan hidup you untuk dia,cinta tu perlu untuk terus hidup dengan dia' tambah Hafiz 'Itu la sebab i fikir pasal diri I la decide tak nak dah dengan Iman,biar I cari orang yang I betul-betul sayang dan cinta,I dah penat jaga hati parents I,parents Iman,I pun ada hati nak kena jaga. Pasal budak-budak tu takpa aunty dgn uncle okay je kalau I nak datang rumah jumpa or jalan-jalan dengan diorang.' kata Aleya. Hafiz tersenyum sambil memandang Aleya 'Hebat ujian hidup you,baru umur 21 tahun dah hadap ujian macam ni,dulu I umur 21 tahun fikir nak enjoy je. Takpala Aleya whatever your decision I'll always support you okay,even I kawan Iman I akan sebelahkan you juga apa-apa jadi.Kalau you ada problem you contact terus I or Natalie okay?kata Hafiz sambil menepuk lembut tangan Aleya.

Tak lama selepas itu, pelayan datang menghidangkan pesanan yang mereka pesan. Sambil makan,mereka sambung berborak mengenai kehidupan masing-masing. Selesai makan, Hafiz mengajak Aleya ke Empire Subang untuk membeli baju kerana niat Aleya untuk membeli belah di KLIA terbantut kerana ajakan Hafiz. Namun Aleya menolaknya dan meminta Hafiz untuk menghantarnya terus ke rumah sewanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience