Chapter 5

Romance Series 3452

Aleya yang baru saja selesai menghadiri kuliah di fakultinya segera mengemas alat-alat tulisnya untuk beredar. Faa yang melihat Aleya dalam keadan tergesa-gesa itu bertanya' Leya,yaa nak pergi mana laju-laju ni? kan kelas kita dah habis untuk harini.' tanya Faa sambil melihat jam di tangannya yang menunjukkan pukul 3 petang. 'Faa,yaa nak pergi lab kejap nak ambik data konkrit yang kita buat last two week. Nanti Dr Nidzam marah yaa pulak takut results strength concrete tu tak tepat.'kata Aleya sambil mengalas begnya. Faa yang mendengar jawapan Aleya terus mencapai barang-barangnya dah mengikuti Aleya ke lab.

Mereka berdua seperti isi dan kuku,selalu berkepit berdua. Dimana Faa berada, disitu juga la Aleya berada. Mereka mula berkawan semenjak hari pertama di UITM lagi. Pertama kali Aleya menemui Faa semasa mereka ditempatkan didalam satu bilik yang sama. Tanpa dirancang kebetulan mereka merupakan pelajaran jurusan yang sama iaitu ijazah muda sains pengurusan pembinaan. Faa yang bersikap lemah lembut, sentiasa menolong orang dan tidak tahu memarahi orang manakala Aleya pula sikap yang sangat tegas dan lantang bersuara menarik satu sama lain untuk saling melindungi antara satu sama lain.

'Alhamdulillah Faa,dah settle bab lab ni,dah boleh balik tidoq dah ni Faa'kata Aleya sambil membuang sisa konkrit ke dalam tong yang sudah disediakan. 'Yaa,Faa teringin nak makan benda manis la..jom kita makan Fradoo nak tak?' kata Faa dengan suara manjanyaa memujuk Aleya untuk mengikut kemahuannya. Aleya yang sudah dapat mengagaknya membalas 'Dia ni tak lain tak bukan nak period ka tengah gaduh dengan Si Wan tu!' jelingan maut diberikan kepada Faa. 'Alaa Yaa jom la jom laa please'pujuk Faa. Setegas-tegas Aleya dia tidak mampu menolak permintaan Faa,kawan baiknya yang selalu ada waktu susah dan senangnya. 'Okay la okay la kita pi makan Fradoo okay'kata Aleya sambil mengambil telefonnya yang berbunyi. Faa sudah bertepuk kegirangan apabila Aleya bersetuju untuk mengikut kehendaknnya.
'Hello, Assalamualaikum Kak Nina'
'Hello, Waailaikummusalam Aleya. Leya kan esok kita nak jumpa kan,boleh tak kawan akak join sekali sebab dia pun free esok je. So kiranya akak kena jumpa Leya dengan dia sekali,kita jumpa bertiga. Leya tak kisah kan?'tanya Kak Nina.
'Haa boleh je Kak Nina,Leya tak kisah pun janji boleh jumpa Kak Nina'kata Aleya sambil ketawa. Itu la sifat Aleya seorang yang tidak malu dan segan jika harus bertemu dengan seseorang yang dia tidak kenali. Perwatakannya seorang yang sangat tenang menghadapi apa jua situasi.
'Okay, alhamdulillah lega akak. Biasala ramai nak jumpa akak,kalah selebriti ni. Okay Leya kita jumpa esok okay dekat Empire Subang pukul 4 petang.'kata Kak Nina mengingati janji mereka. 'Amboi dia,kira beruntung la Leya dapat jumpa selebriti ni.Okay Kak Nina kita jumpa esok okay' Selesai saja perbualan antara Kak Nina dengan Aleya,Faa sudah menarik tangan Aleya ke bus stop Anggerik. Mereka menunggu bus untuk ke Sekysen 2 dimana terletaknya Fradoo ABC.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience