BAB 5

Romance Completed 3967

Aira menolak pintu bilik adiknya sedikit. Awatiff yang berbaring di atas katil memandang kakaknya yang berjalan menghampirinya. Dia dapat mengagak kakaknya mahu bertanya soal dia dan Dini.

“Dik.”

“Hmmm.”

“Kau gaduh dengan Dini ke?” Laju sahaja Aira menuju ke arah topik sebenar.

“Kakak rasa?”

“Tengok cara kau mengelak, muka Dini yang serba salah pun akak boleh agak korang bergaduh.” Aira memandang ke arah Awatiff yang seperti memikirkan sesuatu.

“Tak tahulah nak kata gaduh ke apa.”

“Then? Kalau bukan gaduh, merajuk manja lah ni?” Usik Aira.

“Ish mana ada merajuk manja. Tak mainlah manja-manja ni.”

“Lusa kita nak pergi Korea, sepuluh hari pulak tu. Kalau jadi apa-apa macam mana? Tak sempat nak mintak maaf dengan Dini. Bukan mintak cuma nak mengingatkan.”

“Kakak ni! Kalau jadi betul macam mana? Balik dari Korea lah adik jumpa dia. Biar fikiran tenang dulu.” Awatif masih mahu mengelak.

“Hmmm suka hati kau lah. Jangan fikiran je tenang. Hati tu pun kena tenang jugak. Takut hati tertinggal dekat sini, jasad bawak pergi Korea.” Dalam kata-kata Aira.

“Kakkkkkkk…..”

“Fikir baik-baik.”

“Kalau suka cakap suka, kalau sayang kata sayang. Kalau benci cakap benci, kalau marah kata marah. Orang tak boleh baca fikiran kita, tapi orang boleh salah faham dengan tindakan kita.” Elman yang dari tadi mendengar perbualan mereka berkata.

“Abang.” Aira menegur Elman yang baginya agak straight to the point.

“Abang cakap benda betul. Masing-masing dah besar. Fikir macam orang dewasa. Zaman sekolah dulu bolehlah nak bergaduh macam ni. Tapi dah besar elok bawak berbincang, selesai cara baik.” Elman meneruskan bicaranya.

“Abang tak nampak dekat mana salah Dini tu. Bukan sebab abang lelaki yang abang sokong dia, tapi memang apa Dini buat tu betul. Sebab sayang dan prihatin yang Dini buat macam tu.”

“Buat apa bang?” Aira masih belum memahami apa yang cuba disampaikan adiknya.

“Akak tanyalah adik tu.” Kata Elman sebelum keluar dari bilik tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience