BAB 3

Romance Completed 3967

Sudah dua hari dia mengelak keluar dari rumah. Lebih kepada mengelak dari bertembung dengan Dini. Dia masih belum bersedia mahu bersemuka dengan Dini sejak insiden malam tu terjadi.

“Dik, nak tak?” Aira menepuk bahu adiknya perlahan.

“Hah? Nak apa?” Terkebil-kebil matanya apabila ditanya tiba-tiba.

“Berangan! Aku tanya, nak tak ikut aku pergi Korea. Holiday.” Sekali lagi Aira memberitahu perancangannya.

“Korea? Mimpilah aku nak pergi. Pitih pun takde.” Awatiff menjuihkan bibirnya. Tak berminat.

“Tiket flight kau, half aku support. Abah pun dah janji nak support perbelanjaan kau dekat sana. So? Nak tak?” Aira cuba memancing minat adiknya.

“Ini serius?” Tiba-tiba wajahnya berubah ceria.

“Serius laa. Abang kan ada program dekat Uni dia. Abah dengan Mama pun busy takkan nak biar kau sorang. That’s why Abah setuju kau ikut aku.”

“Kalau ada orang support aku okay je.”

“Tapi tiket flight lagi half kau guna duit sendiri lah. Takkan nak simpan duit kau yang berkoyan-koyan tu buat pekasam.”

“Baik bos! Kapan berangkatnya?”

“Kita nak pergi Korea bukan Indon. Tak payah nak speaking ala Bibik Indon sangat. Flight sabtu ni. 10 days something kita dekat sana. Okay?”

“Ten days? Daebak!”

Awatiff sudah tersenyum bahagia. Nampaknya dia ada alasan untuk tidak bersemuka dengan Dini. Lega hatinya saat itu. Tak perlu nak berkurung dalam rumah macam banduan lagi.

“Tak rindu buah hati ke nanti?” Elman yang berada di anak tangga bersuara.

“Buah hati? Siapa bang?” Aira memandang Elman dan Awatiff bersilih ganti.

“Kau tak tahu ke kak? Ish ish ish kesiannnnn.”

“Weh Man storylah!” Aira sudah mendesak.

Awatiff sudah melarikan diri ke tingkat atas. Bimbang kakaknya menyoal mengalahkan polis pencen. Memang takde insurans betul mulut abang dia ni.

“Mannnnnn” Aira masih belum berpuas hati.

“Maaf. Rahsia negara.” Elman membiarkan soalan Aira dibawa angin lalu.

“Dini?” Sepatah nama itu terbit dari mulut Aira.

“Entah. Why don’t you try to find out?”

“Bencilah korang ni.”

Elman hanya menjongketkan bahu. Dia sudah berjanji dengan adiknya tak akan membocorkan rahsia. Sekali pun pada kakak mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience