BAB 2

Romance Completed 3967

Kipas yang ligat berputar di pandang sepi. Air cond yang dipasang juga tidak mampu meredakan panas dihatinya. Arghhh memanglah Dini ni! Memang!

“Assalamualaikum.” Awatiff memberi salam sambil matanya meliar mencari kelibat penghuni rumah.

Sepi. Tiada balasan. Pintu depan elok sahaja terbuka. Takkan ada perompak masuk kot. Tangannya sudah lenguh memegang bekas makanan yang di beri Mama.

Mimpi apa Mama hari ni masak mee rebus. Siap minta dihantar dekat Mak Cik Senah. Mahu sahaja dia balik saat itu.

Dari tadi dia memberi salam tapi tiada jawapan. Kalau balik mesti Mama tanya kenapa bawak balik bekas makanan ni.

“Waalaikummussalam. Eh Awatiff.”

Dini yang hanya berbaju t-shirt merah dan berseluar pendek paras lutut menyarung selipar. Pantas langkahnya di atur menuju ke arah pintu pagar. Matanya menangkap bekas makanan di tangan Awatiff.

“Dah lama ke kau sampai?”

“Errr lama jugaklah. Ingatkan takde orang.” Awatiff hanya tersenyum sambil menanti Dini membuka pintu pagar.

“Kitorang dekat dalam tengah makan. Ingatkan siapa bagi salam.”

“Lah, dah makan ke. Ni Mama ada buat mee rebus.” Awatiff menghulurkan bekas makanan yang di kirim Mamanya.

“Ya Allah. Terima kasih. Susah-susah je. Tapi rezeki jangan ditolak.” Dini menyambut bekas makanan yang dihulur.

“Eh okaylah. Aku balik dulu. Nak hantar ni je.”

“Eh kejap. Kau cuti sampai bila?” Dini menahan Awatiff yang sudah mahu pulang ke rumahnya.

“Sampai awal bulan depan. Why?”

“Oh. Kalau free jom lepak sama-sama. Boleh?”

“Tengoklah dulu.” Awatiff sudah berpaling. Dapat dirasakan dirinya tersenyum bahagia saat itu. Mana taknya Dini ajak dia keluar.

“Awatiff!” Sekali lagi Dini memanggil namanya.

“Ya?”

“Sebelum tu aku nak mintak maaf. Tapi lagi manis rasanya kalau kau keluar rumah pakai tudung. Aku tahu rumah kita dekat tapi….”

Belum sempat Dini menghabiskan ayatnya Awatiff sudah berjalan laju menuju rumahnya. Senyumannya tadi segera mati apabila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Dini Fayruz. Entah kenapa hatinya panas tiba-tiba. Terasakah dia dengan kata-kata itu?

“Aku salah cakap ke?” Dini memandang Awatiff yang sudah hilang ke dalam rumah.

Dia mengeluh perlahan. Kenapa aku mesti terasa dengan kata-kata Dini tadi? Betul apa yang Dini cakap. Tapi aku je yang tak nak dengar. Tak nak terima nasihat dan pandangan dia. Dirinya dihimpit rasa bersalah. Rasa kurang ajar meninggalkan Dini tadi. Pantas dia bangun dari perbaringan. Berjalan menuju ke arah tingkap. Bilik Dini masih terang. Belum tidur lagi agaknya. Perlu atau tak dia meminta maaf atas kebiadabannya tadi?

“Ehem.” Terpacul kepala Elman di muka pintu.

“Main redah je bilik orang.” Marah Awatiff.

“Abang dah ketuk tadi okay. Dia yang termenung sampai ke bulan. Mengintai Dini laa tu.” Elman melabuhkan punggung di birai katil.

“Ha-ha-ha tak lawak.” Awatiff masih berdiri di tingkap sambil berpeluk tubuh.

“Ni yang emosi sangat kenapa? Sejak balik dari rumah Dini senyap je. Muka jangan cakaplah. Kalah asam boi. Masam semacam.”

“Mana ada emosi.”

“Tak emosi. Meh duduk sini.” Elman menepuk tilam menyuruh adiknya duduk.

Perlahan-lahan Awatiff menghampiri abangnya. Berbanding kakaknya Aira, dia lebih banyak berkongsi masalah dengan abangnya.

“Now, cerita dekat abang apa yang jadi. From A to Z. Jangan tinggal sikit pun.”

“Kalau adik ternangis macam mana?”

“Janganlah nangis. Buat tembok jangan bagi empangan pecah.”

Awatiff menganggukkan kepalanya. Pantas diceritakan apa yang berlaku tadi. Sikit pun tak ditinggalkan. Selesai bercerita, Elman memandangnya lama.

“Tu je?”

“Tu je abang cakap.” Awatiff menarik tisu dari kotak mengelap air matanya.

“Yelah. Cerita tak sedih pun nak nangis bagai. Eh peliklah. Dekat mana entah part sedih.”

“Eeeeeeee abang ni kan. Tadi suruh cerita. Dah cerita dia perli pulak.”

“Bukan perli tapi abang pelik. Dekat mana yang sedih sampai kau nangis tu.”

Awatiff hanya mendiamkan diri. Tidak tahu mahu membalas apa. Dia sendiri tak tahu kenapa dia menangis. Menangis kerana teguran Dini? Menangis kerana malu dengan diri sendiri?

“Kenapa diam?”

Elman memandang adiknya yang seperti kebingungan. Berat betul masalah adiknya yang satu ni. Sekejap okay.Lepas tu moody. Tak lama lepas tu menangis. Ini bila ditanya senyap pulak.

“Kau menangis sebab malu kan? Malu bila dia lelaki yang tak ada hubungan dengan kau tegur kau macam tu.” Elman bersuara apabila melihat adiknya masih menyepikan diri.

Awatiff mengangkat wajahnya. Memandang abangnya. Dia mengangguk kepala perlahan-lahan. Memang itu puncanya dia menangis.

“Dik, betul apa yang Dini cakap. Bukan abang nak sokong Dini ke apa. Tapi dekat luar, Alhamdulillah memang kau bertudung. Tapi lagi baik bila keluar depan rumah pun pakai tudung. Jiran kiri kanan depan belakang rumah. Kalau diorang nampak kau tak bertudung? Aurat tu kena jaga. Tak semestinya bila keluar jauh sikit dari rumah je pakai.” Panjang lebar Elman menjelaskan.

“Aku rasa aku teruk sangat.”

“Belum terlambat untuk kau ubah semua tu. Silap abang jugak. Abaikan semua tu. Tak tegur kau dari awal.”

“InsyaAllah aku akan cuba ubah semua tu.”

“Alhamdulillah.”

“Thanks abang.”

“You’re welcome. Dah tak nak menangis dah. Buruk muka tu tau.”

“Eleh, buruk-buruk pun adik abang jugak.”

“Hmmm yelah. Ni jelah adik yang abang ada.” Elman menggosok kepala adiknya perlahan.

“Tapi kan bang….”

“Apa?”

“Macam mana nak jumpa Dini lepas ni?”

“Haa itu abang rasa elok adik mintak maaf tak pun buat macam biasa. Macam takde apa.”

“Boleh ke macam tu?”

“Macam tu apa? Ish kau kan suka cakap tak habis.”

“Tak laa..boleh ke buat bodoh je?”

“Ikut kau lah. Yang mana kau rasa selesa.”

“Tak membantu betul laa abang ni.”

“Tadi abang dengar kau punya story kira membantulah tu. Eh dah laa abang nak turun bawah.”

“Lari..lari…” Awatiff memandang abangnya yang cuba melarikan diri.

Elman hanya tersengih di muka pintu. Meninggalkan adiknya yang masih buntu mencari penyelesaian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience