BAB 6

Romance Completed 3967

Kedengaran pintu pagar bergoncang kuat. Angin tak ada, ribut tak ada macam mana boleh bergegar pintu pagar tu. Dia menyelak langsir sedikit. Kelihatan bayang seseorang yang kelam kabut melarikan diri. Dini? Dia hanya memerhati bayang tersebut yang menghilang di sebalik pagar rumah Mak Cik Tipah. Sah Dini yang datang tadi. Tapi kenapa?

Pintu rumahnya dibuka. Perlahan-lahan dia keluar berjalan menghampiri pintu pagar yang luas terbuka. Pelik. Seingat dia pintu pagar sudah dikunci tadi. Dia memerhati sehingga ke luar rumah. Tiada apa yang mencurigakan sekitar pintu pagar rumahnya. Dia berjalan memasuki rumah kembali. Tiba-tiba langkahnya mati. Kelihatan di atas bumbung kereta milik Aira ada sesuatu. Pantas tangannya mencapai objek tersebut. Dibelek objek tersebut dalam kesamaran cahaya. Kapal terbang kertas? Untuk apa? Takkan Dini yang letak.

Dia berpaling melihat ke arah rumah Mak Cik Tipah. Tiada kelibat Dini. Kapal terbang kertas tersebut di bawa masuk kedalam rumah. Selesai menutup pintu dia merebahkan badan ke atas sofa. Sekali lagi dia membelek kapal terbang kertas tersebut dibantu cahaya dari TV LCD 42 inci di ruang tamu. Ada sesuatu yang tertulis pada lipatan kapal terbang kertas tersebut. Penuh hati-hati dia membuka lipatan kapal terbang kertas ditangannya.

“Awatiff ke tadi?” Dini yang masih mengintai di sebalik pintu pagar rumahnya berkata sendiri.

Kelam kabut dia lari menyelamatkan diri. Bimbang tertangkap yang dia ada masuk ke kawasan rumah Awatiff. Hanya itu cara terakhir untuk dia berhubung dengan Awatiff. Sudahlah esok Awatiff dah nak ke Korea. Sampai bila pun masalah mereka takkan selesai kalau dia sendiri tak cuba selesaikan.

“Hmm harap-harap Awatiff lah tadi. Kalau orang lain yang nampak benda tu memang kantoi.” Dini berkata sendiri.

Sebaik sahaja dia meletakkan kapal terbang kertas tersebut atas bumbung kereta Aira, cepat-cepat dia berjalan ingin keluar. Siapa sangka dia terlanggar pintu pagar sampai bergegar kuat. Masa tu jugak dia nampak seseorang yang sedang berselubung dengan selimut berdiri di muka pintu. Macam tak cukup tanah dia lari masuk ke dalam rumah. Pintu pagar rumah Awatiff pun dibiarkan terbuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience