BAB 1

Romance Completed 3967

Dari tadi dia keluar masuk rumah. Masuk kali ni dah lima kali rasanya dia keluar. Bukan ada apa sangat nak di tengoknya dekat luar tu.

Saja mengintai rumah jiran depan yang hanya tujuh langkah dah boleh sampai depan pagar tuan rumah tersebut.

Ada sahaja benda pelik yang dibuatnya bila keluar ke porch kereta. Belek minivan Abah yang sememangnya elok tak berusik.

Susun kasut yang elok tersusun di atas rak. Paling pelik, dibeleknya pokok orkid Mama. Pokok orkid plastik bukannya nak ada ulat makan!

Entah kenapa hari itu perangainya luar alam.

“Kau buat apa dik?” Suara garau yang lebih kepada suara baru bangun tidur menegur.

“Opocot, tengok anak Mak Cik Tipah dalam rumah!” Kuat dia melatah.

Abangnya yang hanya memakai boxer hitam putih sudah ketawa melihat dia yang kelam kabut menampar mulut. Sudah! Terlajak kereta boleh reverse, terlajak mulut memang setahun tak habis malu. Habis lagi duit dalam tabung itiknya tu.

“Baru dua puluh dua dah pandai melatah dik? Ni kau takde kerja sangat ke apa intai si Dini tu?” abangnya sudah menyarung selipar berjalan menuju ke arahnya.

“Ish mana ada intai Dini. Tengah belek buah hati Abah ni haaa.” Dia menghembus nafas ke arah cermin tingkap minivan tersebut sebelum mengelap menggunakan lengan bajunya.

“Kau tak payah nak kencing abang sangat. Eh cop! Abah pergi kerja naik apa?” Baru Elman sedar kewujudan minivan Abahnya.

“Bang, kereta kontot kau tu takde kan? Haa tandanya Abah pakai.” Awatiff sudah senyum mengejek melihat abangnya yang seperti hilang semangat itu.

“Oh God! Aku nak keluar naik apa ni?”

Elman duduk mencangkung sambil menggaru kepalanya. Fesyen rambut bangun tidurnya yang sedia ada kusut masai semakin serabut pada pandangan adiknya.

“Hah itulah! Matahari dah elok terpacak baru sibuk nak bangun. Kau naik jelah minivan merah Abah tu. The End. Happy Ending. Oh sweetnya.”

Awatiff sudah ketawa mengekek melihat reaksi abangnya apabila mendengar cadangan bernasnya itu. Bukan dia tak tahu abangnya allergic dengan minivan Abah. Allergic sebab minivan tu untuk orang berkeluarga. Mahu orang fikir abangnya tu dah berumah tangga.

“Seriously, aku lagi rela jadi banduan dalam rumah dari keluar dengan buah hati pengarang jantung Abah tu.” Elman sudah bangun mahu masuk ke dalam rumah.

Elman yang sudah hilang ke dalam rumah kembali lima minit kemudian. Awatiff mengangkat kening bertanya kenapa. Dah ubah fikiran ke apa abang aku ni? Sungguh laa Abah kena buat kenduri kalau abangnya mahu keluar dengan minivan merah tu.

“My lovely sister, I think you forgot something.” Elman sudah senyum senget.

“Urghhhh ingat dah lupa! Macam biasalah.” Awatiff sudah menghentak kaki sebelum berlalu ke dalam rumah.

Bahu Abangnya sengaja ditepis kasar. Menghalang laluan antarabangsa betul! Ingat dia Pegawai Imigresen ke apa duduk tengah jalan.

“Amboi, kasar nampak. Nak aku tolong jadi posmen ke? Dinnn….iiiiiii.”

“Eeee kau kan bang dah pandai ugut!” Awatiff berpatah balik menghampiri abangnya yang buat muka selamba.

“Okay apa aku charge lima ringgit untuk tutup mulut. Kalau aku mintak lima puluh?”

“Bencilah cakap dengan kau. Nanti ambik sendiri dekat atas meja. Make sure jangan bocor rahsia.” Awatiff mengangkat jari telunjuknya memberi amaran.

“Ini Elman laa. Don’t worry rahsia anda akan dijaga dengan rapi. Zip.” Elman membuat gaya zip mulut menggunakan tangan kanannya.

“Kenapalah aku dapat abang yang kalah lintah darat ni.”

“Setakat lima ringgit nak berkira. Aku tahu Abah selalu bagi kau duit poket.”

“Aku belum kerja memanglah dapat duit poket.” Awatiff sudah mahu berlalu tetapi langkahnya terhenti apabila mendengar suara seseorang yang dia cukup kenali.

“Eh Dini! Bila balik?” Elman entah bila sudah berada di hadapan pagar rumah.

“Malam tadi. Dari tadi Dini panggil Abang Man. Abang Man buat apa?” Dini berjalan menghampiri pagar rumah yang sudah dibuka Elman.

“Oh tak dengar agaknya. Tengah borak dengan Awatiff. Dini nak cakap dengan dia ke? Abang boleh panggilkan.” Elman sudah membuka mulut tapi pantas tangan Dini menekup.

“Shhh tak payahlah.” Dini menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Mana tau kot nak jumpa.” Elman senyum mengusik.

Awatiff yang sejak tadi mengintai di sebalik langsir mengetap bibir. Memanglah abang aku ni nak kena cili mulut dia! Mestilah Dini syak bukan-bukan kalau tiba-tiba abang nak panggil aku jumpa dia. Dini pun satu. Apa salahnya jumpa aku tanya khabar. Abang jugak yang nak di jumpanya.

“Lama ke cuti?”

“Lama tak lama jugaklah bang. Ada laa dekat sebulan.” Dini menjawab tapi matanya sesekali mengintai ke dalam rumah mencari kelibat Awatiff.

Elman sedar mata Dini mencari adiknya. Sengaja dia membiarkan dan berpura-pura tak nampak. Biarlah Dini dengan adiknya tu selesaikan sendiri masalah mereka.

“Lama jugak tu. Habis kau duduk rumah jelah?”

“Duduk rumah jelah kot. Awatiff cuti sampai bila?”

“Awatiff..tak tau pulak. Itulah abang nak panggil dia kau tak nak. Nak abang tanya dia ke tak?”

“Ehhhh takpe bang. Tanya je. Entah-entah dia sibuk dekat dalam masak.”

Masak? Awatiff tu nak masak? Memang harapan negara sangat adiknya tu nak masak. Unless Abah dekat rumah barulah Tuan Puteri tu masuk dapur. Tadi pun adiknya elok mengintai rumah Mak Cik Senah bukannya sibuk memasak dekat dapur. Memasak cinta dan sayang ada lah.

“Haaaa….” Elman sudah senyum lebar.

“Haa apa bang?” Dini sudah membuat muka pelik.

“Tu Aira dah balik. Abang nak keluar tapi kereta Abah pakai.” Elman menunding jarinya ke arah kereta Viva hitam yang perlahan-lahan menghampiri mereka.

Kereta Viva hitam tersebut berhenti di hadapan pagar. Cermin tingkap di turunkan. Kelihatan Aira memberi isyarat memohon laluan.

“Kak, parking luar jelah. Abang nak guna kejap lagi.” Elman menjerit sedikit.

“Hah? Kereta kau mana bang?” Aira seperti tak berpuas hati.

“Abah pakai. Aku pinjam hari ni je. Abah balik nanti, kau pakailah kereta aku.”

“Yelah.” Aira kembali menaikkan cermin tingkap sebelum mematikan enjin kereta.

“Abang nak keluar? Dengan pakai macam ni?” Dini seperti tak percaya.

“Kau gila aku nak keluar pakai boxer? Mandi pun belum.” Jujur Elman memberitahu.

“Ya Allah! Dah nak pukul sebelas belum mandi. Gosok gigi tak?” Gurau Dini.

“Oih tak agak. Gosok laa.”

Aira berjalan menghampiri mereka dengan tangannya menjinjit beg plastik berwarna oren. Kelihatan bungkusan nasi lemak dan kuih muih dari luar plastik jernih itu.

“Ehem rezeki.” Elman menggosok perutnya beberapa kali.

“Aah rezeki. Nak tunggu kau keluar pergi beli memang kebulur orang dalam rumah ni.” Perli Aira.

“Apa guna ada orang perempuan dalam rumah ni. Kan Dini?” Elman mengaduh kesakitan apabila tangan Aira menampar bahunya.

“Tak masuk campur.” Dini mengangkat kedua-dua belah tangannya.

“Eh Dini dah sarapan belum?” Aira yang baru perasan kehadiran Dini bertanya.

“Dah kak.” Dini menjawab sopan.

“Okay. Eh akak masuk dulu. Jangan layan sangat Abang Man ni.” Sempat Aira ber’pesan’.

Dini sekadar senyum. Tak tahu mahu membalas apa. Dia masak sangat perangai tiga beradik dalam rumah ni. Suka bergaduh, suka mengusik, suka memerli tapi rapat satu sama lain.

“Hah! Yang lagi sorang ni mengintai balik langsir kenapa? Dah takde kerja sangat dalam rumah ni nak dibuat.” Kuat suara Aira sehingga mampu didengar oleh dua manusia di luar rumah.

“Shhh.” Awatiff sudah menekup mulut kakaknya. Kantoi lagi!

Elman yang masih berada di luar rumah hanya ketawa mendengar kekecohan dalam rumah. Dini berpura-pura tak mendengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience