BAB 10

Romance Completed 3967

Masing-masing diam seribu bahasa.Semalam bukan main beria lagi kata nak berjumpa. Nak berbincang hal mereka. Tapi bila dah bersua masing-masing mendiamkan diri.

“Awatiff.” Akhirnya Dini bersuara.

“Apa?”

“Ehem, kau dapat tak urmmm dapat tu lah.” Teragak-agak Dini berkata.

“Oh. Paper plane tu? Dapat.”

“So?”

“So, so what?”

“Yelah takde nak cakap apa ke?”

“Kenapa mesti guna kapal terbang kertas?” Soalan dijawab dengan soalan.

“Kenapa kapal terbang kertas? Aku tak pandai berbunga. Cukup sekadar kapal terbang tu menjadi perantara antara kita. Memandu isi hati aku ke dalam hati kau.” Dini menjawab penuh hati-hati.

“Oh.” Pendek reaksi yang diberi Awatiff.

“Oh je? Nampaknya pilot ni dah fail bawak kapal terbang. Penumpang tak dapat apa yang nak disampaikan.” Dini bergurau menutupi kekecewaannya.

“Tak fail tapi ada benda lain kau lupa.”

“Benda apa? Stewardess cantik?”

“Amboi gatal!”

“Then benda apa?”

“Cuaca kau belum redah lagi.”

“Cuaca?”

“Abah aku lah!” Awatiff senyum penuh makna.

“Oh okay aku faham dah. Abah nak jadi lapangan terbang kan.”

“Eeeee dah lah!” Awatiff sudah bangun dari duduknya. Berjalan meninggalkan Dini.

“Nabilah Awatiff! Bila sampai waktunya, bila cukup maharnya aku Dini Fayruz akan redah ‘cuaca’ tu untuk sampai ke destinasi terakhir.” Jerit Dini dari tempat duduknya.

Langkah Awatiff terhenti. Senyuman terukir dibibirnya. Dia berpaling memandang ke arah Dini yang menanti jawapannya dari kata-kata tadi.

“Dini Fayruz, pastikan destinasi terakhir tu adalah perkahwinan. Kalau takkkkkk”

“Kalau tak apa?”

“Aku cari Aaron Aziz. Biar dia jadi pilot aku.”

“Nak pulak Aaron Aziz dekat kau.” Perli Dini.

“Nak lah!” Awatif fsudah ketawa apabila Dini membuat muka.

“Oh one more thing..sorry pasal hari tu and thanks jugak ingatkan aku.”

“Dah lupa dah pun.” Dini senyum dan berjalan menghampirinya.

“Boleh tahan emosi jugak kau ni kan.”

“Bukan emosilah!” Awatiff sudah bercekak pinggang.

“Bukan emosilah!” Dini mengajuk suara dan gaya Awatiff sebelum mereka sama-sama ketawa.

Meskipun mereka sudah tahu isi hati satu sama lain, tapi tingkah laku mereka masih sama. Mampu bergurau dah bergaduh seperti biasa. Masing-masing berdoa semoga mereka selamat sampai ke destinasi terakhir.

Bagi Nabilah, dia tidak perlukan apa-apa yang ekstravaganza, kerana takdir Tuhan yang menemukan dia dengan lelaki bernama Dini seakan satu magis, yang amat diperlukannya di dalam hidup ini, tinggal lagi mereka perlu memelihara perhubungan ini berlandaskan kepercayaan dan kasih sayang seiringan di Jalan yang diredhai-Nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience