BAB 9

Romance Completed 3967

Rumahnya sunyi sepi apabila mereka tiba. Dia jangka kepulangan dia dengan kakaknya akan disambut gembira. Setelah membawa masuk barang-barang ke dalam rumah dia memanggil Abah, Mama dan abangnya. Tapi tidak bersahut.

“Eh bila sampai?” Elman yang baru menuruni anak tangga bertanya.

“Bang, ada apa dekat rumah Mak Cik Tipah? Ramai je orang. Yang abang pakai baju melayu siap kain pelikat ni kenapa?” Bertubi-tubi soalan yang ditanya Awatiff.

“Banyaknya soalan. Sebenarnya, abang nak pergi rumah Mak Cik Tipah. Ada tahlil. Tadi Dini….” Belum sempat Elman menghabiskan ayatnya Awatiff sudah terjelepok di atas lantai.

“Dik..dik..Okay tak?” Cemas suara Aira.

“Bang, Dini…Dini…” Tersekat-sekat suara Awatiff.

“Dini tak…”

“Adik nak pergi rumah Mak Cik Tipah.” Laju Awatiff berlari keluar rumah. Panggilan abang dan kakaknya tidak dihiraukan.

Sampai sahaja di rumah Mak Cik Tipah, matanya meliar mencari kelibat seseorang. Ya, Allah! Di mana dia? Betul ke apa Abang cakap tadi? Kelihatan tetamu yang hadir dalam keadaan muram. Turut bersedih atas kehilangan penghuni rumah.

“Awatiff?” Terdengar suara seseorang memanggilnya.

Pantas dia mencari arah datangnya suara. Dia kenal pemilik suara tersebut. Matanya menangkap sesusuk tubuh berbaju melayu merah. Dia menggosok matanya berulang kali. Tak percaya apa yang ada dihadapan matanya saat itu.

“Din…Dini?” Menggeletar suaranya menyebut nama itu.

“Hey, kau kenapa? Aku lah ni.” Dini memandang dirinya pelik.

“Ta…Tadi abang cakap…”

“Huh..huh..huh..Lajunya adik lari.” Termengah-mengah suara Elman.

“Abang, tadi abang cakap Dini….”

“Hah tu lah! Orang belum habis cakap dia dah menonong keluar rumah.” Marah Dini.

“Habis siapa yang meninggal?” Awatiff kehairanan.

“Ya, Allah! Kau ingat tahlil aku ke? Tahlil arwah nenek aku Awatiff.”

“ Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Takziah Dini.”

Dini hanya menganggukkan kepalanya. Wajah Awatiff dipandangnya. Elman dan Aira senyum melihat kerenah mereka berdua.

“Next time dengar dulu baru serbu okay Cik Awatiff?” Elman mengusik adiknya.

Awatiff sudah tersenyum malu. Sedar akan kesilapan dan sikap terburu-burunya. Siapa tak gelabah bila balik sahaja dapat khabar sedih begitu. Terbayang yang dia tak sempat meminta maaf pada Dini. Beritahu Dini tentang perasaannya.

“Baik. Dini, bila nenek meninggal?”

“Hari ni hari ketujuh. Kau pun tahu kan, nenek dah lama tak sihat. Mak Long yang jaga nenek selama ni.” Dini menjelaskan.

“Eh jomlah masuk dalam. Tak elok pulak orang dekat dalam, kita berbual dekat sini.” Elman berkata apabila melihat situasi sudah kembali stabil.

“Ya tak ya. Jom lah abang, akak, Awatiff.” Dini mempelawa mereka bertiga masuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience