Bab 24

Romance Series 13679

Aileen memandang kearah Mak Long dan Pak Long. Mereka mengangguk perlahan

"Apa maksud kau Leen?" Tanya Ira

Aileen memandang BlackRose

"Korang nak tahu kan apa maksud Haziq tempoh hari?"
Mereka mengangguk. Aileen melepaskan nafas berat. Perit untuk dia katakan

"Lai-la dah mati"

Mereka terkaku

"Apa mak-sud kau w-ei Kau cak-ap Lai-la kat over-sea kan" Soal Eyra tergagap

"Tak aku tipu korang sebab Laila tak nak korang sedih" Aileen menahan air mata

"Macam ma-na di-a ma-ti"

"Dia selamatkan kak Airizz dari tembakan Dragon"

"Keadaan nie sama macam Along" Aileen memandang Tengku Citra dan Tengku Amir Carl

"Along nak selamatkan kak Airizz dari kemalangan tu yang sememangnya dia tahu kemalangan tu untuk kak Airizz"

"Tapi kenapa Along korbankan nyawa dia demi budak tu! Dia tak tahu ke dia tu satu-satunya pewaris Syarikat?! "Marah Tengku Amir Carl sungguh dia tidak berpuas hati

"Leen penatlahh!! Asyik syarikat syarikat dan semua pasal syarikat !! Korang layan Leen macam putri tapi korang layan kak Airizz? Tak kurang macam sampah sedang dia dah banyak korban macam-macam demi keluarga nie!"

"KORBANKAN? APA YANG DIA KORBANKAN DALAM KELUARGA NIE?! DIA TU CUMA TAHU BAWA BALA DALAM KELUARGA NIE! ALONG MATI SEBAB DIA!" Tengking Tengku Citra

"ALONG MATI SEBAB TAKDIR BUKAN SEBAB KAK AIRIZZ! APA YANG MAMA TAK FAHAM-FAHAM NIE?! Aileen mula hilang sabar

Yang lain hanya diam memerhati pergaduhan keluarga itu tidak berani masuk campur masih melayan perasaan sendiri.

"KORANG NAK TAHU SANGAT KAN APA YANG KAK AIRIZZ KORBANKAN DEMI KELUARGA YANG TAK TAHU BERSYUKUR NIE! PAPA INGAT TAK PAPA PERNAH KENA ROMPAK DEPAN BANK DAN ADA SEORANG PEREMPUAN TOLONG PAPA SAMPAI DIA TEKAN TIKAM INGAT TAK?!"

Tengku Amir Carl mengangguk

"DAN PAPA JANJI NAK KALAU PAPA JUMPA DIA PAPA NAK BALAS BALIKKAN ! "

Tengku Amir Carl mengangguk lagi

"ORANG TU KAK AIRIZZ , KENAPA DIA TOLONG ORANG YANG SELALI HINA DIA , TENGKING DIA , ORANG YANG TAK PERNAH ANGGAP DIA ANAK , SEBAB DIA STILL SAYANG KELUARGA NIE! KELUARGA YANG PERNAH ANGGAP DIA WUJUD!"

Tengku Amir Carl tergamam

"SETIAP KALI DIA BALIK RUMAH BADAN DIA PENUH LUKA , BADAN DIA PENUH PARUT SEBAB SELAMAT KAN KORANG YANG TAK PERNAH HARGAI DIA!"

"Cakap dengan papa apa lagi yang kamu sembunyikan" Tengku Amir Carl memandang Aileen. Sungguh dia rasa bersalah dengan Airizz orang yang menyelamatkannya dari tikaman tempoh hari

Aileen meraup kasar wajahnya

"Kak Ai-rizz ada cancer stage 4" Air mata yang di tahan akhirnya terburai juga

"Kau t-ipu kan Le-en" Ira memandangnya tidak percaya

"Ta-k aku ta-k tip-u

Aileen berdiri dan mengambil telefonnya lalu menyerahkan kepada Tengku Citra

"Ini video terakhir Along sebelum dia meninggal kalau mama still tak percaya Leen dah tak tahu nak cakap apa dah semua dah terbukti"Aileen terus berlalu pergi tidak sanggup mendengar rakaman video itu

Tengku Citra membuka video itu BlackRose , BlackPrince , Ray dan lain juga turut mendengar

'Asslamaulaikum Mama Papa mungkin korang korang tengok video nie waktu Along dah takde kan. Sebenarnya Along tak tahu kenapa hati Along tiba-tiba nak buat macam nie mungkin sebab Along tak sempat benda nie kan. Mama papa tahu tak yang Along Ada cancer tahu' Dia tertawa kecil

'Tapii Mama papa tahu tak ada hamba Allah nie dihantar untuk bantu Along tahu. Orang tu Angah dia sanggup buat pembedahan untuk Along sebab nak tengok Mama Papa happy baik kan Angah. Along rasa diri Along nie bodoh sebab tak boleh jadi abang yang baik untuk Angah dan adik , Along patutnya sebagai abang protect adik-adik Along bukannya menderita sebab cancer nie. Along harap Mama Papa sayang Angah macam mana korang sayang Along ok. Dia dah banyak korbankan diri untuk keluarga nie jangan tinggalkan dia.'

Habis rakaman video itu Tengku Citra melorot kebawah

Terkedu

Terkaku

Tergamam

Sungguh mereka tidak menyangka Airizz memegang tanggungjawab dan beban sebesar itu

'Maafkan Mama Airizz'

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience