Bab 6

Romance Series 13679

Eyra dan Pia mengejar langkah Ira yang jauh dihadapan. Pia terbongkok menahan penat. Sakit dikakinya semakin berdenyut denyut.

Eyra mendekati Pia yang menahan sakit. Dia melihat buku lalinya semakin membiru.

"Tak nak pergi bilik rawatan ke? teruk nanti kaki kau nie" Eyra membantu Pia berdiri.

"Ira macam mana?"

"Kaki kau lagi penting sekarang nie pasal Ira tu nanti Airizz cari"

"Ta-"

"Dah diam" Pia akur.

Eyra memapahnya hingga ke bilik rawatan. Disana kelihatan Aileen sedang menunggu mereka berdua.

"Ira mana?"

Melihat kebisuan mereka berdua Aileen mengeluh perlahan. Matanya jatuh memandang kaki kanan Pia yang membiru.

"Mari aku rawat kaki kau"

Pia akur. Dia naik ke katil rawatan sekolah. Aileen mula merawat kakinya.

*****
"Aku tak tahulah kau bendul ke bodoh? yang kau tolak perempuan dah kenapa? kalau dia mati kau nak tanggung? fikir sikit" Marah Amirul. Matanya memandang Aneeq yang tenang seperti tiada masalah.

"Aku dah minta maaf kan "

"Fikirlah sikit Aneeq dia tu perempuan"

Aneeq membuka muka tidak bersalah. Roti dihadapannya di makan bagaikan tiada apa apa berlaku.

"Lantak pi lah perempuan tu lagipun memang salah dia kan"

"Kau nampak?" Tanya Aryan

Aneeq terdiam.

"Kau tak nampakkan salah siapa? kau tak nampakkan apa yang jadi sebelum kita sampai?"

"Hmm y-ya"

"Jadi jangan nak memandai buat tafsiran sendiri kalau tak tahu apa apa"

"Yang kau nak backup dia tu kenapa? kau suka dia?!" Bentak Aneeq tiba tiba .

"Aku tak backup siapa siapa cuma kat sini kita tak tahu kejadian yang sebenar. Kita sebagai pengawas kena siasat dulu. Apa guna kita jadi pengawas kalau kita cuma nampak satu pihak sahaja" Ujar Aryan sebelum melangkah pergi.

Aneeq mendengus geram.

********
"Leen kakak kau mana?" Soal Eyra

"Tak tahu"

"Ira mana?"

"Dia lari"

"Kenapa?"

"I don't know maybe dia stres kot"

"Pia kaki kau nie dalam 3-4 elok lah nie cuma jangan banyakkan bergerak nanti tambah bengkak" Kata Aileen sambil menurunkan kaki Pia perlahan lahan.

"Airizz kenapa eh?" Wajah Aileen agak sedikit berubah mendengar pertanyaan Pia.

"Apa yang kenapa?"

"Aku just pelik kenapa dia tak rapat sangat dengan kita macam dulu. Dia macam berubah"

"Taklah perasaan kau je kot"

"Tak! Dia macam bukan Airizz. Aku terkejut masa dia ajak kita pergi oversea lama pula tu. Then balik sini pun mengejut. Aku tak boleh brain lah"

"Maybe dia ada sebab kenapa dia buat macam tu kot" Teka Eyra. Eyra dan Pia memandang Aileen yang mengemas barang.

"Apa?"

"Leen kau kan twins dia takkan kau tak tahu apa apa langsung?"

"Aku bukannya dukun boleh baca fikiran dia mana lah aku tahu. Korang pun tahu dia tu perahsia sangat. Jadi jangan tanya aku sebab aku tak tahu"

Eyra dan Pia mengeluh perlahan.

Tanpa sedar Ira mendengar butir perbualan mereka. Dia pergi tanpa menoleh.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience