Bab 14

Romance Series 13679

'Mama Papa balik sekali'

Perkataan itu Terngiang-ngiang dikelapa Airizz. Sudah lama dia tidak mendengar khabar mereka berdua sejak kematian Rayyan Hanafi abang sulung Airizz. Sejak itu Mama dan Papa Airizz memutuskan untuk ke luar negara

'Anak tak berguna'

'Anak membawa malang'

'Tak kenang budi'

Ayat yang selalu dilemparkan kepada Airizz. Dia sudah lali dengan ayat-ayat hinaan yang dilemparkan

TOK!TOK!TOK!

Ketukan pintu menyedarkannya dari lamunan

"Rizz cepat sikit kita dah nak gerak nie"Laung Aileen dari luar

"Kejap"

"Okk aku tunggu kat luar tau"

Airizz dengan segera pergi ke bilik mandi untuk mandi. Selesai mandi dia terus menyalin pakaian nya dan keluar dari bilik kelihatan Mak Long , Pak Long dan Aileen sedang menunggunya. Ya , Hanya mereka sahaja yang faham apa yang dilalui Airizz.

"Rizz dah siap?" soal Pak Long

Airizz hanya mengangguk

"Kalau macam tu marilah kita pergi"

Mereka hanya mengangguk

*******
Mereka terus memasuki airport untuk menjemput Mama papa dan sepupunya. Dari jauh kelihatan sepupu mereka melambaikan tangan kearahnya reaksi nya sangat gembira

"Weii Rizz kau ok tak? asal muka kau pucat nie" Tanya Azz Ikram sepupu rapat mereka

"Aku ok" Jawab Airizz ringkas

"Ehemm entah-entah dia saja buat-buat sakit biasalah nak perhatian lebih bukan boleh percaya sangat dia nie" Kata Tengku Carl Amir. Tipulah kalau Airizz tak jumpa terasa lagi-lagi dengan ayah sendiri.

Semua perasan keadaan yang tegang itu

"Mama papa sihat tak?" Celah Aileen sambil menyalam Tengku Carl Amir dan Tengku Citra cuba untuk menceriakan suasana

"Mama dan papa sihat jer. Aileen sihat ke?" Soal Tengku Citra kembali. kewujudan Airizz bagaikan tidak wujud

"Leen sihat je , Kak Airizz pun sihat" jawab Aileen tersenyum hambar

"Mama tak tanya pun pasal budak tu " kata Tengku Citra sambil menjeling Airizz

"Dah jom balik semak pula kat sini jom bang long , kak long , Leen , Azz" Perli Tengku Carl Amir pula. Mereka terus meninggalkan Airizz keseorangan.

'It's all my fault right , Mama Papa memang takkan pernah maafkan Rizz ke?' desis hati Airizz

******
"Rizz tolong bawa keluar lauk nie dan letak atas meja ye" Pinta Mak Long

Airizz mengangguk

"Mana lauk tu"

"Ada kat dapur Mak Long nak panggil Mama dengan papa kamu" Kata Mak Long dan berlaku pergi

"Aikk rajin pula anak dara niee" Perli Azz yang baru turun dari tangga. Airizz hanya beriak dingin

"Jangan perli aku pergi panggil yang lain makan" Jawab Airizz datar

"Hehe baik" kata Azz tersengih

DIMEJA makan Mama dan Papa kelihatan gembira dengan senyuman yang terukir dibibir itu , sudah lama Airizz tidak melihat senyuman itu. Malangnya di tahu senyuman itu bukanlah untuknya malah setiap kali Tengku Carl Amir dan Tengku Citra melihatnya hanya dibalas dengan jelingan.

Airizz hanya menguis-guis nasi di pinggan nya

"Rizz kenapa tak makan? tak sedap ke Mak Long masak" Soal Mak Long melihat anak saudaranya tidak makan

"Sedap je Mak Long cuma Rizz dah kenyang" Jawab Airizz hambar

"Alah lantak dia lah kenyang ke sakit ke pedulikan budak tu" Sampuk Tengku Citra seraya menjeling Airizz

Mereka hanya memandang kesian terhadap Airizz

"Citra jangan cakap macam tu dia tu anak kamu" Tegur Pak Long

"Entah Mak Ngah nie kenapa cakap macam tu kat Airizz kesian Airizz tau" Kata Azz membela nya

Muka Tengku Citra menjadi merah. geram dan marah

"Kau tengok apa kau buat semua orang bela kau!" Tengku Citra menengking Airizz

"KAU TUU TAK LAYAK JADI ANAK AKU SEBAB KAU ANAK LELAKI AKU MATI!!" Tengkingnya lagi

Semua orang di meja makan tersentak

Airizz terus bangun mengambil kunci kereta dan terus berlari

'Along i'm sorry angah tak dapat tunaikan amanah terakhir Along'

********
Gambar dihadapanya dilihat tajam. Ditoreh gambar itu sehingga koyak. Dia tertawa sinis.

"Aku benci kau ! " Pisau dihadapannya di lempar jauh. Pisau itu jatuh dikaki seseorang.

"Kenapa ?! Semua yang dia nak dia dapat ?! Orang yang aku cinta pun masih tergila gilakan dia ?! " Dia mula mengamuk. Semua barang yang ada dihadapannya dihumban.

"Kau yang pilih jalan nie dik " Pergerakkannya berhenti. Matanya menatap tajam si kakak.

"Apa?"

"Kau tahu jalan yang kau pilih tu makan diri kau sendiri tapi kau still pilih untuk stay dengan dia atas alasan kau masih sayang dia ? what the heck ? fikir dulu , dia sayang kau ke? tak! dia cuma jadikan kau tempat pelarian " nafas si kakak naik turun menahan amarah.

"Tak! Dia sayang akulah! perempuan tu patut mati" matanya kembali memandang gambar diatas meja.

Belum sempat dia ingin mencapai kembali pisau si kakak terus menyekeh leher si adik. Dia memapah tubuh lemah si adik ke katil.

"I'm sorry dik " Dia mengusap rambut si adik.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience