Bab 28

Romance Series 13679

Pejam celik pejam sudah sebulan ketiadaan Airizz disisi mereka. BlackRose dan Ray sudah tidak seperti dulu , bergurau senda , penuh dengan gelak tawa. Mereka lebih kerap berdiam atau termenung. Sudah bermacam cara untuk menceriakan mereka namun hampa hasilnya tetap sama.

"Leen dah lah tu meh makan aku suap " pujuk Aryan. Aileen hanya diam termenung air mata yang mengalir dibiarkan muka sembab , pucat di pandang sayu. Selama sebulan juga Aileen mengalami kemurungan.

"Leen please kau dari semalam tak makan makan jom mama kau buat makanan fav kau tahu" Pujuk Aryan lagi

Aileen diam

"Hmm kalau macam tu aku tak nak bawa kau jumpa Airizz lah" Kata Aryan dan berura ura ingin pergi namun di tahan dengan Aileen

"Betul ke? kau tak tipu aku"

"Tak sayang nanti kita jumpa Airizz eh mari turun makan" Ajak Aryan lembut

Aileen melonjak kegembiraan

"Jom" Aileen terus menarik tangan Aryan turun. Sampai di bawa Semua tergamam kerana selama mereka memujuk Aileen tidak pernah berhasil

"Mama Aileen nak makan" Kata Aileen gembira

Tengku Citra bagai tersedar terus menyendokkan nasi untuk Aileen. Aileen makan dengan penuh selera pandang mereka tidak dihiraukan

"Weii kau buat apa eh dengan Aileen sampai boleh turun makan"Tanya Taufiq

"Yela selama aku pujuk dia makan tak pernah dapat " Ujar Ira

Aryan melepaskan Keluhan

"Aku cakap nak bawa dia jumpa Airizz" Senafas dia berkata

"APA!" Jerit mereka semua

Aileen memandang hairan

"Korang kenapa"

"Tak ada semut gigit " kata Eyra kekok. Aileen hanya mengangguk

"Weii kau gila ke mana kau nak cari dia hah" Kata Pia nadanya ditahan agar Aileen tidak mendengar

"Dah tu je cara nak suruh dia makan "

"Tapi fikirlah sikit macam mana kalau dia nak hari nie juga jumpa Airizz mana nak cari" Kata Eric

"Eh kau ni janganlah salah kan aku tolong lah" Aryan mengaru kepala yang tidak gatal

"Takpe sebab Aileen kalau dah makan dia akan mengantuk so tak jadi masalah" Kata Ira

"Yelah tap-" Kata Aryan terhenti bila Aileen mencuit bahunya

"Yan aku ngantuklah " Kata Aileen menguap kecil

"Meh sini aku dodoi kan" Aryan mendekati Aileen yang berada disofa

Sedang kumenatapi mata ayumu
menangis sedih jauh ku merasai
keperihanmu yang tak lagi sanggup
kau tempuhi
ku janjikan keikhlasan tanpa ada
keraguan

Aku sedar ku bukan yang kau cinta
tapi jika ku ada peluang akan ku cuba
pertaruhkan jiwa raga semampunya
untuk dirimu selamanya

Sedang kumenatapi mata ayumu
menangis sedih jauh kumerasai
keperihanmu yang tak lagi sanggup
kau tempuhi
ku janjikan keikhlasan tanpa ada
keraguan

Aku sedar ku bukan yang kau cinta
tapi jika ku ada peluang akan cuba
bertaruh kan jiwa raga semampunya
untuk dirimu

Izinkan kuubati hatimu yang sakit
tak hargainya janjimu itu akan ku
genggam tak pernah terpadam
kerana cinta ini untukmuu

Aryan memandang Aileen yang sudah terlena didakapanya. Dia tersenyum kecil. Dia meletakkan Aileen berlahan-lahan di atas sofa.

"Weii kat luar a-"

BOOM!!

************

"QUEEN!!!!"

Nill tercungap-cungap berlari mendapatkan Airizz

"Kau dah kenapa lari macam kena kejar setan nie? Tanya Aeron

"Kau diam Queen Dragan dah mula bertindak"

Airizz terus berdiri tegak

"Apa maksud kau"

"Dia dah culik semua ahli keluarga kau"

Airizz menggengam penumbuknya

"Kumpulkan semua anak buah kita kau Nill hack location dorang yang lain siapkan diri " Kata Airizz dingin. Kali ini dia nekad. Dia akan balas dendam atas pembunuh Arwah Rayyan dan Laila

"Queen location dorang ada kat gudang lama"

"Ok cepat aku nak akhirkan peperangan nie" Airizz terus masuk dalam kereta dan keluar dari perkarangan itu diikuti anak buahnya

LOCATION

"Ingat rancangan kita aku akan masuk ahlikan perhatian dorang. Nill dan Naim pergi cari family aku dan protect dorang aku taknak ada sikit pun calar. Aeron dan Nick uruskan mereka yang dekat situ. Azmi , Danial dan Danish cover aku bila perlu . Yang lain tunggu arahan faham" Airiz mula memberi arahan

"Bergerak" Aeron dan Nick terlebih dahulu bergerak lalu memukul pengawal pintu masuk

"Setteled" Aeron dan Nick masuk ke dalam berhati hati
Dari ekor mata Airizz dia dapat melihat Nill dan Naim dan beberapa anak buahnya yang lain sedang bergerak mencari keluarga dan kawan-kawan nya yang lain

"Well well well tengok siapa yang ada kat sini" suara selamba itu mengejutkan mereka dan membuat mereka berpaling kebelakang

"hi ladies and gentlemen , how are you hm?"selamba sahaja lelaki itu berkata

"Kau takyah nak berhi dengan aku mana family dan kawan-kawan aku" kata Airizz datar

"Omaigod anak cari mak bapa dia lah hahah bawa Dorang turun sekarang! " Arah Dragon. Lalu satu sangkar keluarga Airizz dan kawan-kawannya mula di turunkan

"Kau dah nampak family kesayangan kau nie so apa kau nak buat" Makin berapi hati Airizz apabila melihat banyak kesan lebam pada Tengku Citra dan rakan nya

"Kau lepaskan family aku"

"Tch! tak mudah sayang kau mestilah bagi aku habuan dulu" sinis Dragon

" Kau nak apa? duit? bagitahu aku berapa aku nak aku bagi"

"Duit aku berlambak dalam bank sayang aku dah kaya tak Hamak pun dengan duit kau. Aku cuma nak semua nyawa orang yang kau sayang sama macam Rayyan dan Laila tu" Airizz mengepal penumbuk

"Boleh langkah mayat aku dulu" Airizz sinis . Tanpa Dragon sedar Nill dan Naim sudah mendapatkan kunci untuk membuka sangkar dibelakangnya

"Kau dah sedia ke nak mati sayang? oh terharu aku senanglah kerja aku" Dragon gelak tanpa sedar Airizz mendekati dirinya lalu menyepak kakinya

"Arhgg!!! siallah kau nie! semua sedia! "

"Tuan ada orang cuba buka sangkar" Terus Dragon menoleh. Nill dan Naim terkejut dan tanpa sedar mereka terbuka kunci sangkar namun di biarkan

"Wow tak sangka kau berani juga eh sama macam Rayyan yang bodoh tu" Ejek Dragon

"Kau tak layak nak sebut pasal abang aku" kali ini Airizz tidak dapat menahan amarahnya. Warna mata Airizz juga turut berubah.

"Silakan aku akan bawa kau jumpa abang kau dan sepupu kau yang bodoh tu. "

Airizz memejamkan matanya erat . Kalau disini riwayat terakhirnya dia tahu. Yang dia telah membalas dendam untuk arwah Rayyan dan arwah Laila. Segala kenangan mereka berlayar dikotak fikiran.

'Along tunggu aku , aku datang'

BERSAMBUNG..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience