Bab 23

Romance Series 13679

" AIRIZZ"

Mereka terus meluru kearah Airizz yang terbaring lemah dengan kepala berdarah. Ray memangku kepada Airizz diribanya

"Rizz bangun please jangan tinggalkan aku" Ray menepuk perlahan pipi Airizz untuk menyedarkan nya. Sesaat Airizz membuka mata

"R-ay jag-a A-ilee-n un-tuk a-ku"

"Ye aku jaga dia tapi kau jangan tinggalkan aku buka mata kau bertahan demi aku atau demi Aileen " Air mata jantan nya jatuh hanya dengan insan bernama Airizz Autilia

Airizz perlahan-lahan memegang pipi Ray dan mengesat air matanya

"Jan-gan na-ngis" Sebelum Airizz rebah dalam pelukan Ray. Mereka terkaku air mata jantan mereka jatuh

"AIRIZZ! " Tanpa membuang masa Ray terus mencempung tubuh genit Airizz keluar dari bangunan sekolah

"KETEPI! BAGI LALUAN!" Jerit Amirul lantang

Aileen terus menerpa kearah Airizz yang terbaring lemah

"Korang sediakan kereta SEKARANG!"

Tanpa membuang masa Taufiq terus berlari ke tempat parking mengambil kereta. Mereka tidak membuang masa terus mencempung tubuh Airizz kedalam kereta

HOSPITAL

"NURSE! TOLONG NURSE! DOKTOR!" Jerit Aileen lantang

Nurse dan doktor datang dan membaringkan tubuhnya Airizz dikatil pesakit. Aileen dan yang lain masih setia menunggu dibelakang

"Maafkan saya cik , cik tak boleh masuk" Kita nurse dan menutup pintu bilik ICU

Aileen meraup muka dengan kasar. Dadanya turun naik menahan amarah.

'Kau tunggu Haziq kau dah terlalu memaksa akuu'

"Aileen!" Kelihatan Mak Long , Pak Long , Azz , mama dan papa Mereka juga turut di situ

"Leen apa dah jadi niee? kenapa Rizz!"

Aileen mengeleng

"Leen tak tahu Mak Long" Mereka berpelukan. Tengku Citra menayangkan wajah meluat

"Dahlah tu tak yah nak buat drama kat sini bukannya mati pun budak tuu , kalau mati lagi bagus kan" Kata Tengku Citra selamba. Kata-kata itu membuatkan mereka merasa marah

"CITRA CUKUP! KENAPA DENGAN KAMU NIE AIRIZZ TU ANAK KAMU TAPI KENAPA KAMU LAYAN DIA MACAM NIE! SUSAH SANGAT KE KAMU NAK TERIMA KENYATAAN!" Tengking Pak Long

Semua orang kelihatan tersentak

Tengku Citra tersenyum sinis

"Anak? aku takde anak pembunuh macam dia lahh! Dia tu memang layak mati punn! Sebab dia Anak lelaki aku mati! Satu-satunya pewaris empayar syarikat! " Tengking Tengku Citra

KLAK!

Pintu ICU dibuka menghentikan mereka.

"Macam mana dengan kakak saya doktor" Aileen terus menerpa kearahnya

Doktor mengeleng perlahan

Aileen terbungkam sebelum melorot di dinding. BlackRose dan BlackPrince terkaku Manakala Ray menangis.

"Maafkan saya , Pesakit buat masa sekarang masih dalam keadaan koma dan Dia hanya perlu menggunakan alat pernafasan. Saya tak tahu bila Pesakit akan sedar saya minta semua bersabar" Katanya dan berlalu pergi

"PUAS HATI MAMA PAPA! PUAS? KALAU LEEN HILANG KAK AIRIZZ LEEN TAKKAN MAAFKAN KORANG SAMPAI BILA-BILA! "Aileen menengking Tengku Citra dan Tengku Amir Carl

"Leen tengking mama? Leen tengking mama perempuan pembunuh tu? Leen sedar tak dia tu bunuh Along , Kalau takde Along harta semua dan syarikat kita takde pewaris" Marah Tengku Amir Carl

"Syarikat? SEBAB SYARIKAT KORANG SALAHKAN KAK AIRIZZ BUNUH ALONG?! KALAU TAK DISEBABKAN KAK AIRIZZ ALONG DAH LA MATI SEBELUM KEMALANGAN TU LAGI LAH!" Aileen sudah tidak dapat menahan gelora dihati

Semua mata memandang Aileen

"Apa maksud Leen?"

Aileen tertawa sinis

"Dah sampai masanya untuk korang tahu"

"Korang cuma nampak salah kak Airizz bukan pengorbanan yang dia buat selama nie . Demi keluarga nie dia sanggup walaupun dia dilayan macam anjing "

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience