Bab 29

Romance Series 13679

Pedang diambil dari sarungnya. Airizz , Azmi , Danial dan Danish bersedia dengan kekuda. Dragon tersenyum sinis. Dia menyuruh anak buah nya menurunkan senjata dan menggunakan pedang

"Aku sebenarnya tak suka lawan dengan perempuan tapi aku suka perempuan ganas macam kau!" Ejek Dragon merendahkan kehebatan Airizz

"Mari mulakan perang!" Anak buah Dragon mula menyerang

"Hiya!" Airizz memulakan langkah di ikuti yang lain. Dengan satu hayunan pedang Airizz , 6 orang lelaki berbadan tegap sudah tidak bernyawa. Tidak sampai 5 minit separuh anak buah Dragon sudah tumbang

"Gunakan senjata!" Arah Dragon. Sungguh dia tidak sangka Airizz sangat cekap menggunakan Pedang. Dia perlu berhati-hati kerana anak buah nya semakin berkurangan.

"Hiya!" Satu libasan orang yang mengepung Airizz tumbang kelantai dengan berlumuran darah

"Arggh" Airizz mengerang kesakitan apabila salah satu anak buah Dragon menghayunkan pedang kearah lengan kanan Airizz secara diam-diam membuat pedangnya terlempar jauh

Lelaki itu tersenyum sinis lalu menghayunkan lagi pedangnya kearah Airizz yang terbaring. Airizz menutup mata menanti apa saja yang berlaku pada dirinya.

"Hiyaa!!" Adrian yang entah dari mana tiba-tiba muncul menyelamatkan Airizz. Lelaki itu sudah hilang separuh lengannya akibat libasan Adrian.

"Wei Rizz kau ok?" Tanya Adrian. Airizz mengangguk

Airizz berdiri , lalu melihat sekeliling nya terdapat 3 lelaki mengepung dirinya juga Adrian. Adrian menyerang dua lelaki dengan pedang. Airizz memandang lelaki dihadapannya tanpa senjata ditangan Airizz menendang kaki kiri dan memukul pipi kanan Lelaki itu dengan kuat

Krak!

"Arhgg" Lelaki itu menjerit terasa tulang pipinya retak

"This for you dude" Pisau lipat yang berada dikaki diambil lalu ditusuk kedalam perut lelaki itu kemudian didada.

"Rizz!!" Airizz menoleh , kelihatan Tengku Citra dan yang lain dikepung oleh 9 lelaki

"Hiyaa!! " Airizz menendang tiga lelaki serentak

Satu lelaki tampil dan dia menekan tangannya ke dada lelaki itu dengan kuat

"Rizz jaga-jaga" Airizz menoleh dan lelaki itu terus menghiris pisau ditangan kiri nya

"Arggh" Laju kaki Airizz menendang kuat kelemahan lelaki itu.

Pisau diambil lalu dia menikam 4 lelaki serentak. BlackRose , BlackPrince dan yang lain terkejut dengan keadaan itu. Langsung tidak menyangka Airizz masih dalam kumpulan mafia.

"Weii Leen apa nie? Kau kata korang dah berhenti jadi mafia?" Tanya Ira

"Sorry Ra aku tak berniat nak sembunyikan nie dari korang , ye memang kitaorang akan berhenti tapi lepas Dragon mati" Kata Aileen matanya ralit memandang Airizz

"Apa maksud kau "

"Dia tak nak korang jadi mangsa Dragon semakin banyak orang yang dekat dengan dia semakin banyak yang pergi"

Mereka terkesima

"Asal kau susah sangat mati eh macam-macam cara aku buat tapi kenapa banyak sangat nak protect kau!" kedengaran suara Dragon menjerit

"Sebab Allah dah tentukan takdir aku" Airizz tampil dihadapan Dragon kekuda dipasang dan bersedia untuk berlawan

"Aku takkan benarkan kau menang Hiyaa!!" Dragon menyerang Airizz dengan kemahiran yang dia ada. Airizz tidak kurang hebatnya juga

"Hiyaa!! " Dragon menekan kuat sehingga pedang Airizz tercampak jauh. Lalu dia pantas menghiris kaki Airizz dengan kuat

"Hurh , aku ingat kau nie kuat sangat" Sinis Dragon lalu satu tusukan pedang terkena pada perut Airizz

"Airizz!!"

"Boss!!"

"Queen!!"

jerit semua yang melihat kejadian itu Airizz terbaring lemah.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience