Bab 15

Romance Series 13679

Airizz duduk termenung di tasik Mutiara. Tempat di mana dia selalu meluangkan masa bersama arwah Rayyan. Suka duka mereka kongsi bersama namun sekarang hanya tinggal kenangan yang menjadi saksi peninggalan adik beradik itu.

FLASH BACK

"Angah kalau Along dah takde nanti tolong jaga mama dan papa tau" Kata Rayyan tiba-tiba

"Apa Along nie tak baik tau cakap macam tu" Airizz menarik muncung mengundang ketawa Rayyan

"Yelah abang takkan tinggalkan adik abang yang comel niee"

"Hah Tau takpe" Kembang kempis Hidung Airizz dipuji
Rayyan ketawa besar. Asal perasan sangat adik aku nie

"Perasan nya kau dik"

" Itu fakta ok" Airizz juga turut ketawa

"Along Nyanyikan lagu untuk angah boleh"
"Bolehhh" Rayyan mengambil Gitar yang ada di sebelahnya dan mula memetik gitar tersebut

Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia karna
telah ku habiskan sisa cinta ku hanya
untukmu
Aku pernah berfikir tentang hidupku
tanpa ada dirimu dapatkah lebih
indah dari yang ku jalani sampai kini?

Aku selalu berfikir tentang indah hari
tua bersamamu tetap cantik rambut
panjangmu meskipun tak hitam lagi
Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
telah ku habiskan sisa hidupku
hanya untukmu
Dan telah ku habiskan cinta ini
Tak lagi tersisa pada dunia
Karna telah ku habiskan
sisa cintaku hanya untukmu

untukmu hidup dan matiku

Bila musim berganti
sampai waktu terhenti
walau dunia membenci
ku kan tetap di sini

Rayyan menghentikan petikan dari gitar. Airizz menepuk tangannya dengan rasa teruja. Kelunakan suara Rayyan mampu membuat semua orang cair

"Ehemm Along nyanyi lagu untuk Laila Kann" sakat Airizz

"Ma-na ad-a" Katanya gagap

"Ehh nak tipu pula asal tergagap tuu" sakatnya lagii

"Tak lahh" nafinya

"ohh kalau macam tu aku call Laila lah" Airizz yang berura-ura ingin mengambil telefon terus dirampas oleh Rayyan

"Okey fine lagu tu memang untuk dia puas hati" Rayyan terus memalingkan muka.

"HAHAHAH ya Allah muka kau long merahnya " Airizz ketawa besar

"Kau nak sangat ketawa kan" Rayyan bangun dan terus mengeletek Badan Airizz

"Woiiii HAHAHA geli lah Woii" jeritan Airizz dibiarkan sahaja

Petang itu hanya kedengaran suara gelak tawa mereka sehinggalah mereka berunsur pulang

END FLASH BACK

'Kenapa rindu dengan kau perlu hadap sakit macam nie wei ? aku rindu kau long '

"Sampai bila kau nak macam nie Rizz"Suara garau itu membuatnya kembali ke alam kenyataan

"Sampai tiba waktunya"

lelaki itu menghembuskan nafas perlahan

"Kau tak boleh macam nie weii kalau kau asyik salahkan diri kau pasal kematian dorang bila kau nak bangkit dengan semangat baru? kau rasa kalau arwah akan tenang ke?"

"Cukup Ray"

"Rizz aku nak kau yang dulu , aku nak kau happy , aku nak kau fun bukan sedih macam niee Rayy-"

"CUKUP RAY" nada Airizz mula meninggi

"aku penat sumpah penat" Air mata Airizz bergenang menunggu saat ingin jatuh sahaja.

"Aku rindu mama papa yang sayang dengan aku , yang selalu bagi kasih sayang dekat aku dekat Aileen! aku cemburu dengan Aileen yang dapat dekat dengan dorang sedangkan aku ? hahahaha sakit mat " ketawa yang dibuat oleh Airizz sangat pedih.

Ray terkaku di tempatnya. Membiarkan Airizz meluahkan semuanya.

"Kalau lah aku boleh gantikan nyawa aku dengan Along aku sanggup. Mesti mama papa happy gila sebab anak lelaki dia tak mati Kann aku bodoh weii bodoh sangat hahaha"Airizz berkata lagi. Mata hazelnya memandang langit hitam dihadapannya

Ray jelas terkedu dengan apa yang dikatakan Airizz

"Weii istighfar Rizz itu semua takdir Allah kita cuma hamba Rizz jangan macam nie Rizz" Ray menatap sayu mata sembab Airizz

"Kau balik Rizz kau rehat" Ray menolak perlahan tubuh Airizz masuk ke dalam kereta. Airizz memandang Ray sebelum meninggalkannya

'Rayyan adik kau kuat sangat '

********

Pagi itu Airizz bangun dan segera menuju ke bilik air. Selesai mandi , dia segera memakai baju sekolah. Dia melihat pantulan di cermin mata sembab itu dipegang dia tersenyum kelat. Kau kuat Rizz. Dia terus mengambil beg dan segera keluar dari bilik. Dia menuruni tangga terlihat Tengku Carl Amir dan Tengku Citra di meja makan .

Dia melihat Aileen menyalam Tengku Carl Amir dan Tengku Citra. Airizz beranikan diri untuk bersalam namun salamnya tidak di balas. Mereka menjeling Airizz terus meninggalkan nya

Maklong terus memeluk Airizz

"Sabar ye Rizz Mak long tahu kamu kuat"

Airizz mengangguk dan terus menyalam maklong dan paklong

"Rizz pergi dulu"

Mereka hanya mengangguk. Mereka hanya memerhati Airizz sehingga hilang dari pandangan

'Andainya kamu tahu Citra , Airizz dah banyak korbankan diri untuk keluarga nie tapi kalau perangai kamu terus macam nie jangan tanya kenapa Airizz pergi tinggalkan kamu bila kebenaran dah terbongkar nanti' Desis hati Paklong dan terus masuk ke dalam rumah

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience