BAB 4

Family Completed 3285

Masri berlalu menuju ke tingkat atas untuk membersihkan diri sementara Norlela beredar ke dapur menjalankan rutin hariannya sebagai surirumah.Hati Norlela kembali riang.Dalam leka memberi kata semangat kepada suaminya tadi sedikit sebanyak kata-kata itu meresap masuk ke jiwanya juga.

Malah dia yakin setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang menanti.

Bunyi salam kedengaran diluar rumah.Anak-anaknya Hafizi dan Syafiqah sudah selamat pulang dari sekolah.Disambut kepulangan anak-anaknya itu dengan senyuman yang panjang.Hafizi dan Syafiqah masing-masing menyalami tangan ibunya.Diusap kepala permata hatinya seorang demi seorang.

Anugerah yang tiada ternilai.Sesungguhnya Norlela bersyukur dikurniakan sepasang anak-anak yang cukup mendengar kata.Mereka anak-anak yang baik.

Tidak pernah beri masalah malah sentiasa memahami apa jua keadaan yang berlaku.Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.Doa Norlela panjatkan dalam hati.

“Anak-anak ibu masuk mandi dulu pastu kita sembahyang berjemaah. Kejap lagi kita makan sama-sama ye.Hari ni ibu masak makanan kegemaran Hafizi dengan Syafiqah tau”

“Iye ke ibu?mesti sambal udang kan?jawab Hafizi berseri-seri..

“Betul ke sambal udang ibu?”tanya yang kecil Syafiqah pula minta kepastian.

“Adalaa..kalau nak tahu kena la mandi dulu.Ibupun nak masuk mandi ni.Nanti tunggu ibu kat bilik solat ok”

‘Baik ibu”jawab Hafizi dan Syafiqah Serentak.

Masuk saja di dalam bilik Norlela lihat suaminya Masri tertidur. Penat agaknya apatah lagi masih terkejut setelah baru sahaja kehilangan pekerjaan.

Mungkin itu memberikan satu impak yang besar terhadap suaminya.Tak dinafikan dia sebagai isteri juga sedikit sebanyak terasa kesannya.

Norlela capai tuala lalu terus kebilik air untuk membersihkan diri.Setelah siap mengenakan telekung,Norlela mengejutkan suaminya perlahan-lahan bimbang suaminya terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience