BAB 7

Family Completed 3285

Masri mengerut dahi kehairanan.Bagai faham persoalan yang mula mengambil tempat diminda suaminya Norlela tanpa berlengah mengeluarkan buku simpanan bank dari dalam laci disudut tepi bilik tersebut yang menempatkan Al-Quran dan surah-surah.Diberinya buku simpanan tadi kepada suaminya.Helaian demi helaian ditilik.Sampai sahaja dihelaian terakhir mata Masri bagaikan tidak percaya melihat jumlah yang tertera di buku tersebut.

“Banyak tak abang?duit tu hasil simpanan dari duit belanja yang abang beri dekat Norlela tiap-tiap bulan selama ni.Abang juga pernah cakap kat Norlela dulu supaya menabung kan?inilah hasilnya.Sekarang abang jangan susah hati lagi.Kita akan guna duit ni untuk belanja sementara abang dapat kerja lain nanti”

Terharunya hati Masri hanya Allah yang tahu.Dipeluk isterinya erat-erat.Akhirnya airmata lelakinya tumpah jua..

“Sudah la bang..tak nak la sedih-sedih lagi.Jom kita turun makan kesian anak-anak dah lama menunggu”

“Jom”

Baru melangkah menuruni anak tangga yang ketiga telefon Masri berbunyi minta dijawab.

“Hello,En Masri ke di talian?”sayup-sayup kedengaran di gegendang telinga Norlela yang berada disisi suaminya.

“Ye, saya Masri.Ada apa yang boleh saya bantu?”

“Saya wakil dari syarikat Mega Holding.Kami memerlukan khidmat encik untuk bekerja di syarikat kami.adakah En Masri berminat?”

Bagai tidak percaya dengan apa yang baru didengar.Sesungguhnya Allah itu maha adil.Diturunkan satu ujian dan digantinya dengan satu kenikmatan yang lain.

“Ye,saya berminat.Bila saya boleh berurusan dengan Syarikat encik?”tanya Masri setelah kembali dalam sedar.

“Kalau begitu encik diminta datang esok ke pejabat”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience