BAB 5

Family Completed 3285

“Abang dah solat?kalau belum,jomlah solat sekali.Anak-anakpun dah tunggu tapi kalau abang rasa letih abang rehatlah dulu nanti abang solat kemudian ye”

Masri menatap lama wajah isterinya.Soalan tadi dibiarkan sebentar tanpa jawapan.Dia mula berkir-kira..cuba mengingati sesuatu.

Kini dia sedar sudah lama dia tidak solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak kerana sibuk dengan kerja.Betapa ruginya waktu-waktu yang telah berlalu.

Selama ini dia sedikit alpa.Urusan rumahtangga diserahkan bulat-bulat atas bahu isterinya tapi isterinya tak pernah bising jauh sekali untuk mengeluh.

Walaupun dia sedar tugas menguruskan rumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah.

Dia sedar isterinya banyak berkorban.Isterinya juga mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tapi disebabkan dia tak mengizinkan isterinya bekerja maka sehingga kesaat ini isterinya setia memegang gelaran surirumah sepenuh masa tanpa banyak soal.

Dia sedar kini.Ujian yang Allah beri ini adalah peringatan buat dirinya supaya dia sedar betapa pentingnya masa bersama keluarga bukan hanya mencari wang semata-mata.

“Abang??”

Suara Norlela mematikan lamunan Masri sebentar tadi..

“Norlela tunggu sekejap ye,abang pergi ambil wudhu.Kita sembahyang sama-sama”

Syukur Alhamdulillah.Norlela berbunga didalam hati.Setelah Masri siap berwudhu mereka berdua beriringan ke bilik solat

.Melangkah saja di depan pintu terdengar anak-anaknya menjerit keriangan melihat kehadiran ayahnya disitu.Disalamnya tangan ayah mereka.Sikap yang memang sudah lama dibentuk dalam jatidiri anak-anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience