BAB 2

Family Completed 3285

Bukan Norlela tak mahu bekerja tapi Masri lebih selesa sekiranya Norlela menjadi surirumahtangga sepenuh masa.

Itu permintaan Masri sejak dari mula lagi.Permintaan itu diterima dengan hati yang terbuka.

Asal kebajikan tidak diabai dan dijaga dengan baik,itu sudah memadai.Sekarang,rumahtangga yang dibina hampir mencecah 11 tahun.Pelbagai onak dan duri ditangani bersama.

Dari hidup susah tiada apa sehinggalah ke tahap sekarang yang lebih selesa walaupun tidak semewah orang lain.

Rezeki yang diterima cukup untuk keperluan mereka anak-beranak.Bagi Norlela ,Masri merupakan seorang suami yang cukup baik.Apa saja keinginan yang bersarang dihati Norlela dan anak-anak sedaya upaya dipenuhi.Tapi takdir menentu segala.

Dengan jawapan yang keluar dari mulut suaminya tadi,sahlah yang suaminya kini telah hilang pekerjaan.Pelbagai persoalan bermain difikiran.

Bagaimanakah hidup mereka kelak?adakah masih ada sinar yang mengiringi perjalanan hidup mereka..Dari manakah akan diperoleh sumber rezeki untuk menyara hidup mereka dalam kepesatan ekonomi sekarang ini.

Segalanya berlandaskan wang.Pendek kata celik sahaja mata,semuanya memerlukan wang.Namun sekusut mana fikirannya takkan mampu mengatasi kusutnya fikiran si suami. Oleh itu dia seharusnya bersikap tenang supaya suaminya boleh berfikir dengan mudah.

“Norlela ,abang minta maaf”

Luahan suaminya akhirnya kedengaran setelah suasana bungkam seketika.Masing-masing bermonolog sendiri mungkin mencari jawapan bagi setiap persoalan yang timbul.

“Kenapa perlu abang minta maaf?abang takda buat apa-apa salahpun pada Norlela ”jawab Norlela mungkin lebih untuk menyedapkan hati suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience