BAB 8

Family Completed 3285

“Baiklah.Esok saya pasti akan datang.Terima kasih.”

Talian dimatikan..

“Terima kasih ya Allah...sesungguhnya kau maha mengetahui apa yang terbaik buat hambamu”Masri memanjat kesyukuran.

“Norlela ,abang dah dapat kerja.Insyaallah,hidup kita masih boleh berjalan seperti biasa”

“Alhamdulillah..”jawab Norlela senyum manis.

Mata mereka saling bertentang dan seketika kemudian mereka saling berbalas senyuman. Masri memandang wajah isterinya.

Sang isteri yang masih sama, setia dan manis seperti hari pertama dinikahinya lebih sedekad yang lalu.

Walay pelbagai badai mengharungi dia tetap merasa tenang dan semuanya akan berlalu dengan adanya isterinya. Ujian datang bertalu-talu namun tempatnya berteduh dari segala kekusutan itu adalah disisi isterinya.

Segalai badai yang melanda akan berlalu, dia mengharapkan rezekinya kali ini berpihak dan akan kekal padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience