BAB 6

Family Completed 3285

“Ok.Jom kita solat dulu nanti boleh makan..nak sambal udang tak?”tanya Norlela kepada anak-anaknya..

“Ooo..jadi betul la ibu masak sambal udang”tanya Syafiqah tak mahu mengalah.

“Iye sayang..kejap lagi kita makan lagipun hari ni special sikit sebab ayah ada bersama kita”

“Hoorey..hoorey..jomlah sembahyang ibu,ayah..Hafizi dah tak tahan lapar ni dengar ibu masak sambal udang”

“Baiklah...jangan sampai sembahyang tak kusyuk sudah terbayangkan sambal udang”balas Norlela mengusik.

Terdengar gelak ketawa mengiringi kata-kata Norlela tadi.Setelah selesai solat dan bersalaman,Hafizi dan Syafiqah berlumba-lumba turun kedapur.

Tinggallah Norlela bersama suaminya.Sedang leka Norlela melipat sejadah pinggangnya dirangkul dari belakang.

“Norlela ..”panggil suaminya

“Ye abang”Norlela menoleh..menatap mata suaminya dalam-dalam.

“Terima kasih sayang sebab sudi jadi sebahagian dari hidup abang.Terima kasih sebab jaga abang dan anak-anak dengan baik.Abang bertuah memiliki sayang sebagai isteri”

Terharunya Norlela mendengar bait-bait kata yang keluar dari mulut suaminya.Sekurang-kurangnya dia tahu yang penat lelahnya selama ini berbaloi dan pengorbanannya dihargai.

“Sama-sama kasih bang tapi abang kena berterima kasih kat Norlela untuk satu lagi perkara..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience