BAB 1

Family Completed 3285

Norlela merenung wajah suaminya itu dengan lagak tenang namun masih berdebar. Entah mengapa dia tidak sedap hati bagai dapat mengagak ada sesuatu yang tak kena.

Namun dia tetap sabar dan menunggu jawapan kepada persoalan yang bermain di benaknya daripada suaminya yang baru sahaja pulang dari pejabat.

“Bagaimana mesyuarat tadi bang?”soal Norlela sambil menghidang air teh o dan sedikit kuih muih buat suaminya.

“Dah tak boleh kerja”jawab suaminya mendatar. Teh panahs tadi dihirup perlahan.

“Seriuslah bang?”tanya Norlela lagi seakan tidak percaya pada jawapan suaminya itu.

“Betul la...takkanlah abang nak tipu sayang..’’ ujar lakinya lirih.

Norlela terpempan. Pelbagai rasa menghuni dadanya kini.

Sedih,terkejut,hampa,keliru..semuanya bercampur baur .Jawapan suaminya tadi bagai merentap sanubarinya.

Seraya itu juga airmata mengalir dari kelopak matanya namun cepat-cepat dikesat. DIa tidak mahu airmatanya itu melumpuhkan lagi semangat suaminya.

“Tak mengapalah bang, dah bukan rezeki kita nak buat macam mana?”

Hanya ayat itu yang mampu Norlela ucapkan buat ketika ini.Dia sendiri tidak tahu adakah ayat itu mampu mengurangkan resah yang melanda atau sekadar untuk menyedapkan telinga.

Yang pasti dia sendiri dalam kekusutan. Sejak hari pertama bergelar isteri kepada Masri sehinggalah sekarang menjadi ibu kepada dua cahayamata,Masrilah yang memikul tanggungjawab sepenuhnya dalam mencari nafkah untuk mereka sekeluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience