BAB 2

Romance Completed 9820

PAGI Isnin itu, pihak sekolah menerima lagi dua orang guru pelatih yang baru sahaja menamatkan pelajaran di Ma’ahad Tahfiz. Seperti biasa, jika ada guru baru yang masuk ke sekolah itu, maka mereka akan diperkenalkan sewaktu perhimpunan.

“Assalammualaikum semua,” ujar Ustaz Shahir selaku guru besar Sekolah Agama Bandar. Salamnya disambut oleh para pelajar. Setelah dewan kembali sunyi, Ustaz Shahir memulakan ucapannya pada pagi itu.

“Alhamdulillah, hari ini kita menerima dua orang lagi guru baru,” ujarnya membuka bicara. Kedua-dua guru pelatih itu dipandang dengan senyuman. Para pelajar sudah berbisik-bisik sesama mereka. Tidak ketinggalan Zarina dan Ilia.

“Siapa?” bisik Zarina kepada Ilia di sebelah. Ilia sekadar menjungkitkan bahunya.

“Ustaz, sila perkenalkan diri,” ujar Ustaz Shahir kepada dua orang guru baru tersebut. Serentak kedua-dua mereka mengangguk dan berdiri menuju ke podium untuk memperkenalkan diri.

“Assalammualaikum. Nama saya, Zamri bin Zainuddin,” ujar salah seorang ustaz muda itu. Penampilannya ringkas pagi itu. Hanya memakai baju melayu bewarna hijau dan juga seluar slack bewarna hitam. Songkoknya terletak kemas di atas kepala.

“InsyaAllah saya akan mengajar Munakahat,” tambahnya lagi.

“Munakahat je?” Tak mencabar langsung ustaz ni,” ujar Zarina seraya mencebikkan bibirnya.

“Aku ingat dia ajar jenayah. Sekali tu munakahat je,” ujar Ilia sedikit kesal. Perwatakan ustaz itu menampakkan dia punya kepakaran dalam hal yang lebih daripada Munakahat.

Ustaz Zamri yang mendengar kata-kata daripada Zarina dan Ilia yang duduk di barisan hadapan hanya tersenyum manis memandang mereka. Zarina pula segera memalingkan wajahnya ke arah lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience