BAB 8

Romance Completed 9820

SETAHUN KEMUDIAN

UPACARA akad nikah akan berlangsung sebentar lagi. Dada Zarina terasa sempit. Ini kali pertama dia akan bertemu dan bertentang mata dengan bakal suaminya yang cacat. Majlis yang diadakan cukup sederhana atas permintaan pihak lelaki. Setelah pengantin lelaki bersedia, upacara akad nikah dimulakan.

“Aku nikahkan engkau Zamri Bin Zainuddin dengan Zarina binti Zafir dengan mas kahwinnya sebuah Al-Quran,” ujar Tok Kadi bersaksi walikan ayah kedua-dua mempelai.

Waktu itu, Zarina sudah pelik. Bagaimana bakal suaminya mahu mengucapkan lafaz akad nikah itu sedangkan bakal suaminya bisu. Bahkan jika mahu bernikah, pasti Tok Kadi akan berjabat tangan dengan pengantin lelaki. Namun tangan bakal suaminya dikatakan kodong. Belum habis dia memikirkan perkara itu, suara seseorang menampar gegendang telinganya mengucapkan lafaz qabul.

“Aku terima nikahnya Zarina binti Zafir dengan mas kahwinnya sebuah Al-Quran,” ujar Ustaz Zamri dengan sekali nafas.

Mungkin telinganya silap dengar. Masakan bakal suaminya yang bisu tiba-tiba boleh berbicara. Tetapi nama bakal suaminya tadi, eh silap, nama suaminya tadi macam pernah di dengar. Zamri Bin Zainuddin. Di mana dia pernah mendengar nama itu?

Zarina kaku di tempatnya. Dia kini sudah sah bergelar seorang isteri. Walaupun dia sedih kerana suaminya cacat, namun kini dia redha. Teringat pesanan Ustaz Zamri sewaktu di kelas, redha amat penting dalam berumahtangga. Entah kenapa saat ini hanya wajah Ustaz Zamri bermain di mindanya. Mungkin kerana dia sangat terhutang budi dengan ustaz muda itu kerana sedikit sebanyak telah membuka hatinya untuk menerima suaminya itu.

Ustaz Zamri merapati ke arah Zarina. Bahu gadis itu dipegang erat. Sebuah kucupan singgah di ubun-ubun Zarina. Zarina terkedu. Di hadapannya kini, suaminya dilihat sempurna. Punya tangan, punya kaki. Namun Zarina masih tidak berani mengangkat wajah untuk memandang suaminya.

Ustaz Zamri mendekatkan bibirnya ke telinga Zarina. “Terima kasih kerana sudi menerima abang dalam hidup Zarina. Terima kasih juga kerana sudi menyempurnakan cinta abang kepada junjungan besar kita kerana melakukan salah satu daripada sunnahnya.”

Zarina terkedu saat kata-kata itu menampar gegendang telinganya. Perlahan dia mengangkat wajahya. Sebaik sahaja melihat wajah suaminya, Zarina menitiskan air mata. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Di hadapannya kini, seorang insan yang cukup sempurna. Orang yang boleh membimbingnya di dunia dan akhirat.

“Cintaku pada Nur Muhammad membawa cintaku kepadamu,” ujar Zarina juga dalam nada berbisik.

Walaupun pada mulanya Zarina menolak untuk mendirikan rumah tangga namun kerana cinta Zarina kepada junjungan besar Nabi Muhammad dan sunnahnya, akhirnya hati Zarina terbuka untuk menerima suaminya kini. Semuanya kerana hadith yang dibacakan oleh Ustaz Zamri sewaktu kali pertama mengajar di kelasnya.

” Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku “. ( Riwayat Ibnu Majah )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience