BAB 4

Romance Completed 9820

Zarina yang sedang meneguk air mineral itu terus tersedak. Segera Zarina menekup mulutnya untuk mengelakkan air yang diteguk tadi tersembur ke arah Ustaz Zamri yang kebetulan sedang berdiri di hadapannya.

‘Eheh. Macam tahu-tahu je ustaz ni aku tak nak kahwin.’

Ilia segera menudingkan jari telunjuknya ke arah Zarina yang duduk di sebelah apabila Ustaz Zamri memandang ke arah mereka. Ustaz Zamri tergelak kecil. Zarina yang baru perasan perbuatan Ilia tadi pantas membesarkan matanya dan menarik muka masam.

“Ibnu Majah ada meriwayatkan, Rasullullah pernah bersabda, nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku,” ujar Ustaz Zamri. Satu-persatu wajah pelajarnya dipandang.

“Namun perlu kita ingat, pernikahan harus didasarkan pada agama, ibadah, dan menjalankan sunnah Nabi, dan bukan didasarkan pada nafsu belaka atau didasarkan tujuan lain yang tidak sesuai dengan ajaran agama Islam. Di sinilah kita harus memainkan peranan. Kerana itulah kita diajarkan dengan mata pelajaran Munakahat ini,” terang Ustaz Zamri panjang lebar.

Semua pelajarnya menganggukkan kepala tanda faham. Hanya Zarina yang membatukan dirinya saat itu.

“ZARINA, ayah mahu kamu bernikah hujung tahun ini,” Encik Zafir memulakan bicara.

Zarina terpempam. Gila. Kahwin dalam usia sekarang ni? Aku baru mencecah usia lima belas tahun.

“Ina masih muda ayah. Baru tingkatan tiga. Tak logik sungguh ayah nak Ina kahwin dalam usia macam ni,” bantah Zarina senafas.

“Sebab mudalah ayah nak kamu berkahwin. Supaya kamu tak buat benda bukan-bukan bila kamu dah semakin tua nanti,” ujar Encik Zafir tenang.

Ini memang kes kahwin paksa. Ada tak tempat untuk dia laporkan kes ini? Agak-agak, pihak polis akan terima tak laporannya nanti? Sampai begitu sekali fikiran Zarina.

“Ina tak nak kahwin,” ujar Zarina sekaligus mengurungkan dirinya di dalam bilik.

Dia sedih. Kenapa tiba-tiba ayahnya menyuruhnya berkahwin. Bukannya umurnya sudah lima puluh tahun. Dia baru lima belas tahun. Hidup pun belum puas lagi. Masak pun tidak tahu. Bagaimana dia bisa menguruskan rumahtangganya kelak. Buat sekian kalinya, Zarina menangis lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience