BAB 9

Romance Completed 9820

“KENAPA abang pilih Ina?” Ustaz Zamri tersenyum mendengar pertanyaan itu daripada isterinya.

“Sebab suatu masa dulu juga abang macam Ina juga. Tak nak bernikah. Bila abang dapat tahu Ina juga tidak mahu bernikah, sejak itu abang terus memasang niat untuk memperisterikan Ina,” ujar Ustaz Zamri tenang.

Sebelum sempat Zarina bertanya di mana Ustaz Zamri mendapat tahu dia tidak mahu mendirikan rumah tangga, Ustaz Zamri sudah menyambung bicaranya. “Abang dengar masa Ina beritahu Ilia hari tu.”

Mata Zarina terbuntang mendengar kenyataan Ustaz Zamri itu. Ustaz Zamri terus tertawa melihat reaksi Zarina ketika itu.

“Tapi kenapa pilih Ina? Ina tak pandai masak tau abang. Lagi satu, Ina muda dua puluh tahun daripada abang,” ujar Zarina beria-ia ingin tahu.

“Apa yang nak dipersoalkan tentang umur Ina. Sedangkan Rasullullah hanya berusia dua puluh lima tahun sewaktu bernikah dengan Siti Khadijah yang ketika itu empat puluh tahun umurnya. Apa salahnya kalau Ina lebih muda daripada abang,” ujar Ustaz Zamri perlahan.

Kata-kata Ustaz Zamri tadi ada benarnya. Jika Rasullullah boleh hidup bahagia dengan Siti Khadijah yang lebih tua daripadanya, masakan dia tidak boleh hidup bahagia dengan Ustaz Zamri yang lebih tua daripadanya. Zarina tersenyum sendiri. Dia bahagia kini di samping Ustaz Zamri, suami merangkap gurunya. Hubungan yang baru bermula ini pasti akan ada pasang dan turutnnya namun selagi dia bersama suaminya ini, dia merasa tenang dan selamat. Rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana mengizinkan dia meraih dan menunaikan tanggungjawab sebagai isteri di dunia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience