BAB 6

Romance Completed 9820

“DALAM berumah tangga, kita akan melalui perjalanan panjang dan sangat melelahkan dengan tujuan untuk mecapai pantai kebahagiaan yang sakinah dan diredhai Allah,” ujar Ustaz Zamri sebagai muqaddimah pada pagi itu.

Zarina menundukkan kepalanya. Dia harus mendengar setiap tutur kata yang keluar daripada mulut ustaz ini memandangkan dia akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Apa yang dirasakan penting, dicatatnya dalam sebuah buku kecil.

“Maka, dalam memilih jodoh, kita harus memilih jodoh yang tepat. Allah telah berfirman dalam surah Ar Rum ayat 21 yang membawa maksud, “Dan diantara tanda – tanda kekuasaa-Nya ialah dia menciptakan isteri – isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.”

“Ustaz bercerita tentang memilih jodoh yang tepat sebentar tadi. Jadi saya mahu bertanya, kalau kahwin kerana terpaksa macam mana ustaz? Kita tak kenal siapa orang tu,” Zarina memberanikan dirinya untuk bertanya. Ustaz Zamri menganggukkan kepalanya tanda memahami soalan yang diajukan oleh Zarina tadi.

“Bagus soalan awak tadi tu. Soal jodoh ni susah ustaz nak jelaskan. Tetapi percayalah, jodoh kita telah ditetapkan oleh Allah sejak di Luh Mahfuz lagi. Cuma bagaimana cara kita bertemu dengan jodoh kita itulah yang membezakan kita dengan orang lain. Ada yang langgar bahu je terus boleh jadi suami isteri. Ada yang bercinta bertahun-tahun tapi akhirnya tidak berkahwin juga. Jadi soal kahwin paksa ni pada ustaz sendiri, jika itu adalah pilihan orang tua kita, terimalah seadanya kerana ibu bapa lebih tahu apa yang terbaik buat kita,” terang Ustaz Zamri panjang lebar.

Jawapan Ustaz Zamri tadi mengecewakan Zarina. Dia kembali bungkam. Fikirnya dia ada jalan keluar untuk masalahnya tadi.

Melihat wajah Zarina yang keruh, pantas sahaja Ustaz Zamri meneruskan kata-katanya.

“Hidup berumah tangga ni tak semudah yang kita fikirkan. Dalam melayari bahtera rumah tangga, pertama kita harus pastikan rumah tangga itu harus dibangun atas dasar taqwa, cinta, suka sama suka dan didukung dengan kedua belah pihak keluarga yang merestui serta mengharapkan redha Ilahi.”

“Kedua, suami istri harus punya tujuan yang sama. Tanpa punya perasaan sehati, mungkin saja tujuan tidak akan tercapai. Maka dengan dasar ini, suami istri harus tahu keperibadian masing-masing dan inilah yang dinamakan ta’aruf. Dalam berumah tangga juga, akhlak adalah perkara penting untuk membangun sesebuah keluarga. Prinsip akhlak disini adalah saling menghargai, menghormati, menyayangi, penuh dengan senyum. Sifat ini dinamakan tabassum dan sifat ini sangat dianjurkan Rasulullah,” terang Ustaz Zamri panjang lebar.

Wajah Zarina diilihat sudah mula tenang. Tangannya juga ligat mencatat setiap butir bicara yang keluar daripada mulut Ustaz Zamri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience