BAB 3

Romance Completed 9820

NAFAS yang terasa berat dihela sebelum kakinya melangkah masuk ke kelas itu. Hari ini hari pertamanya mengajar dan memegang status sebagai seorang guru atau lebih tepat lagi ustaz. Sedikit sebanyak, Ustaz Zamri agak risau dengan penerimaan pelajarnya terhadap cara pengajarannya nanti. Dikuatkan hatinya melangkah masuk di kelas itu.

“Assalammualaikum,” ujarnya sekaligus menuju ke meja guru di hadapan kelas tersebut. Sebuah senyuman diukir di bibir nipis miliknya.

“Waalaikummussalam ustaz,” jawab pelajar di kelas itu serentak sambil berdiri. Setelah itu mereka semua duduk di tempat masing-masing.

Kapur yang terdapat di papan hitam itu dicapai dengan tangan kirinya lalu Ustaz Zamri menulis sesuatu dengan tulisan jawi di papan yang masih bersih itu.

“Zamri bin Zainuddin.” Zarina membaca perlahan.

Ustaz Zamri menoleh apabila mendengar namanya disebut oleh Zarina. “Itu nama saya,” ujarnya seraya tersenyum.

‘Isy, tak habis-habis dengan senyum dia,’ getus Zarina dalam hati. Zarina menayang muka tiada perasaannya. Ustaz muda itu tersenyum lagi. Entah kenapa dirasakan pelajarnya ini betul-betul menarik minatnya sejak dia menjejakkan kaki ke sekolah ini sejak pagi tadi sebelum perhimpunan.

“Munakahat. Apa yang anda tahu tentang munakahat?” Ustaz muda itu mula menyoal.

Memandangkan subjek ini adalah subjek yang paling dibenci oleh Zarina, maka dia sedikit pun tidak ambil pusing kata-kata ustaz itu. Dia sedang sibuk melakar gambar seseorang di buku tulisnya waktu itu. Pelajar yang lain hanya menikus.

“Yang saya tahu, munakahat ni pasal kahwin ustaz,” jawab Nazmi yang duduk di barisan hadapan sebelah kanan.

“Kahwin je?” soal Ustaz Zamri inginkan kepastian.

“Dah tu? Nak pasal apa lagi?” Akhirnya, ayat itu keluar juga daripada mulut Zarina. Dia mendengus perlahan. Banyak tanya pula ustaz ni. Ajar jelah. Nak tanya-tanya pula.

Ustaz Zamri tersenyum lagi. Pelajarnya seorang ini memang berani. Dia menghela nafas.

“Munakahat bukan setakat membicarakan soal kahwin tetapi kita menyentuh semua perkara tentang pernikahan termasuklah hukum mendirikan rumah tangga, hikmah mendirikan rumah tangga hinggalah ke tanggungjawab suami dan isteri,” terang Ustaz Zamri panjang lebar.

Melihat seisi kelas hanya mendiamkan diri, Ustaz Zamri bertanya lagi.

“Ada sesiapa yang tidak mahu bernikah?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience