BAB 1

Romance Completed 9820

“Bila hati kau dan aku bersatu, kita pelihara cinta kita, kita pelihara rumah kita, biar kita saling berpimpinan ke syurga abadi. Sudikah dikau?’’’

**

“ANTARA banyak-banyak benda dalam dunia ni, apa yang kau tak nak buat?” Ilia bertanya soalan yang entah bila terlintas di otaknya itu kepada sahabat baiknya Zarina. Bertaut kening Zarina mendengar pertanyaan Ilia tadi.

Otaknya juga ligat memikirkan apa yang dia tidak mahu lakukan di dunia ini. Setelah berfikir beberapa ketika, akhirnya Zarina bersuara.

“Aku tak nak kahwin.”

Ringkas namun padat jawapannya. Terlopong mulut Ilia apabila mendengar jawapan Zarina tadi. Bukan Zarina tidak tahu hukum. Malah, boleh dikatakan, Zarina lebih arif bab-bab hukum ini.

‘Pintu hati Zarina masih belum terbuka agaknya,’ bisiknya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience