-jiha-
Aku tersenyum seharian dan buat pertama kalinya aku rasa 220% yang aku akan menang kes ni. Bila hakim masuk, semua orang berdiri dan perbincangan akan dimulakan sekejap lagi.
Aku dibenarkan untuk membuat dakwaan dan aku dengan yakin membukakan dakwaan dengan hujah mudah dan pendek. Aku pandang belakang setiap saat, sebab aku nak dia ada kat sini.
Bila hujahan demi hujahan yang aku bagi dan setelah sampai masa untuk kemukakan bukti, pihak hakim mengambil masa untuk buat keputusan. Setelah meja diketuk sebanyak dua kali.
"Setelah melihat semua aspek, dengan ini pesalah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan denda sebanyak satu juta ringgit" dengan kata putus itu aku mampu tersenyum lega. Aku bangun bersama ahli dewan yang lain bila para hakim mula tinggalkan dewan. Aku senyum sendiri lagi dan mula kemaskan barang2 aku dan ucapan tahniah serta terima kasih aku ambil dengan senang. Ini bukan kerja aku seorang. Aku bahagia, tapi dia tak ada pun kat sini. Aku lepaskan keluhan berat dan berjalan ke kereta. Bila aku buka kereta, ada satu nota kecil yang jatuh ke kaki aku.
-nice work. Zaidan-
Walaupun nota tu ringkas gila bapak, tapi aku rasa bahagia sampai nak lompat cecah awan. Aku senyum semakin lebar dan bersandar pada pintu kereta dengan senang.
"Cik Najiha, very impressive" ok. Sekarang ni dah ada orang potong mood aku. Azhar, lawyer kepada lelaki yang bersalah tu. Dia memang hebat dan dikenali ramai tapi aku tak suka dia sebab dia, ramai penjenayah yang boleh lepas. Sebab pada dia, money is everything dan aku sebagai manusia bangga dapat kalahkan dia hari ni jadi, rekod tak pernah kalah dia dah tercoreng dengan arang kayu!
"Should I say thank you or, sorry you are fail?" Aku bertanya dengan sarkastik habis tapi dia boleh tergelak senang. Gila!
"Oh, its ok. Win and lose is normal. Being the lose one is a bit hard but, if I lose to someone this pretty and great, I dont mind" ok,tolong tembak aku sebelum aku muntah kat sini.
"are you trying to flirt?" Soal aku langsung, well kalau dia rasa dia lelaki dia akan say yes.
"Yes, kinda. So, how about a romantic dinner?" Soalnya lagi dan aku rasa nak humban dia dalam longkang.
"Sorry, I need to refuse it. I should go first. Have a nice day" aku masuk ke dalam kereta dan terus pergi dari situ. Kenapa orang macam dia wujud dalam dunia ni? Sebab, kalau dia tak wujud aku nak sakit hati dengan siapa? Hahaha. Aku kenal dia dah lama, kami satu universiti dulu, satu kelas dan apa yang aku boleh cakap, dia memang scorer terbaik dan seorang manusia yang pandai menyakitkan hati orang dengan kata2 pedasnya.
-Zaidan-
Dulu aku kutuk Dean tapi sekarang aku sendiri dah jadi macam Dean bila kenal Fifie dulu. Aku pun dah macam stalker bila selalu perhatikan dia balik kerja dan aku rasa bahagia walaupun masa aku terbuang macam tu je. Kenapa cinta ni boleh menyebabkan kita buat kerja bodoh? Setelah perhatikan dia aku masuk semula ke dalam kereta untuk beredar tapi bila aku melihat ada seorang lelaki yang mendekati Anis aku tak jadi nak masuk. Pada mulanya aku ingatkan mereka hanya berbual kosong tapi bila lelaki itu mula menarik tangan Anis dengan paksa aku tak dapat nak tahan sabar. Dengan langkah laju aku menuju ke arah Anis dan bila sampai di depan Anis aku tolak lelaki itu dan pipi dia memerah dengan tumbukan aku yang agak kuat sebab dia dah terduduk atas jalan. Mata Anis terbuka luas bila melihat aku disitu dan dah tumbuk orang.
"Aw...awak?" Soalnya putus2 dan bila aku pandang dia aku telan liur sikit. Ok, now bad guy huh? Z!
"Tak guna punya jantan!" Lelaki itu bangun semula dan menahan marahnya bila melihat aku angkat tangan lagi sekali bersedia untuk tumbuk tepat atas batang hidung dia biar patah terus.
"Aku akan saman kau, kau belum kenal aku siapa" ugutnya dan aku peduli apa? Anis pandang aku dan gelengkan kepalanya dua kali. Wajahnya jelas risau tapi aku malas nak rendahkan ego aku pada lelaki berlagak ni. Aku keluarkan dompet dan sodorkan kad nama aku padanya.
"Ni lagi satu" aku serahkan lagi satu kad.
"Talk to my lawyer" setelah aku habiskan ayat tu aku bukakan pintu kereta Anis dan menyuruhnya masuk disebelah penumpang. Dia tak banyak cakap hanya mampu menurut dan bila aku dah masuk ke dalam keretanya aku terus memandu pergi dengan bengang.
"K, ambil kereta aku" setelah telefon dan beri arahan pada K aku lepaskan keluhan berat. Aku tahu yang aku dah takutkan Anis dan dia tak nak pandang aku langsung.
"Siapa dia?"soal aku padanya dan dia pandang aku sekilas.
"Azhar, lawyer terkenal dan ketua kumpulan saya dalam firma tu" ujarnya lagi dan aku diam sekejap. Mereka kerja sama2? Perlu tak aku belikan sebuah firma untuk dia? Jadi, dia tak perlu nak takut lagi.
"Awak tak patut pukul dia, dia tu lawyer terkenal" ujarnya perlahan dan aku ukir senyum sedikit.
"Lawyer saya, En. Adnan Tan" aku jawab selamba sebab aku pasti dia kenal siapa Adnan Tan tu. Ha, kan mulut dia dah ternganga luas.
"Really?" Soalnya teruja habis dan aku anggukkan kepala. Dia senyum pula dan pandang aku lama.
"Terima kasih tumbuk dia!"ujarnya dan aku sembunyi ketawa. Kenapa la ada lawyer yang macam dia ni kan?
"Awak buat apa kat sini? Tiba2 je muncul macam hero" aku diam sekejap dan pandang dia sekilas.
"Saya stalk awak" aku bagi jawapan ikhlas dan dia bertambah terkejut.
"Stalk saya?!" Soalnya seakan tak percaya dengan apa yang dia dengar.
"Saya suka awak, jadi girlfriend saya?" Aku terus keluarkan apa yang aku tengah fikir dan dia bertambah tambah terkejut sampai muka pucat gila.
"Mimpi apa ni?" Soalnya dan garu kepalanya beberapa kali.
Share this novel