Kita bahagia ataupun tidak masa tetap berlalu dan beruntunglah bagi sesiapa yang bahagia. Bahagia bukan satu perkara yang sukar, mustahil pun bukan. Bahagia adalah satu perkara uhtuk dicipta, dicari, digapai, dirasai dan dinikmati. Jangan kera a dugaan dan cabaran kita lemah dan berhenti untuk mencari di mana itu bahagia.
Wajah bersih Jiha dipandang dengan penuh kasih sayang, jemari Zaidan mengusap lembut pipi isterinya dan beberapa kali pipi itu dicium. Seakan mimpi yang paling indah bila dia manpu menjadikan Jiha suri dalam hidupnya. Walaupun kerap gaduh manja sejak kahwin ni, Zaidan bahagia.
Zaidan tersenyum bertambah lebar bila Jiha bergerak sedikit kerana tidur pulasnya terganggu.
"Abang..." dalam kantuk Jiha memberi amaran kecilnya. Zaidan tergelak dan mencium dahi Jiha lama. Jiha membuka matanya perlahan lahan san memandang Zaidan dengan mata yang dipaksa untuk dibuka.
"Sayang, kata nak tahajjud" bisik Zaidan ditelinga Jiha. Jiha bukakan mata sedikit luas dan memeluk Zaidan erat.
"Sayang..." Zaidan tergelak lagi dengan tingkah isterinya.
"Pukul berapa?" Soal Jiha perlahan.
"4 pagi"
"4?" Soal Jiha lagi dan Zaidan angguk lalu mencium ubun2 Jiha.
Tiba2 senyuman Jiha nerekah bertambah lebar dan Jiha terus bangun dan keluar daripada selimut. Zaidan mula rasa kehilangan pelukan sang isteri dan memandang pelik kepada Jiha yang sedang tersengih lebar.
'Ada la ni yang dia nak buat' bisik hati Zaidan tak sedap.
"Sayang, behave?" Tegur Zaidan dalam erti kata lain cuba untuk beri amaran. Jiha senyum lagi dan duduk disisi Zaidan.
"Jom, solat" Jiha tarik tangan Zaidan untuk masuk ke dalam bilik air. Berwudhuk. Zaidan hanya mampu nenurut walaupun dalam benaknya teringin tahu apa yang terlintas dalam benak Jiha.
Selesai solat sunat tahajjud, Jiha berlari turun ke dapur untuk menganbil sesuatu dan Zaidan menunggu di tikar sejadah. Bila wajah Jiha muncul dengan ceria habis Zaidan tak boleh sorok senyumannya. Jiha masuk ke bilik bersama sebekas aiskrim besar. Aiskrim!
"Sayang?" Soal Zaidan terkejut.
"Craving abang. Jom makan!" Ajak Jiha semangat dan Zaidan telan liur. Aiskrim 4 pagi macam ni.
"Sayang ok tak ni?"
"Ok. Kalau nak datang bulan memang macam ni. Jom makan" ajakan Jiha tak mampu Zaidan nak tolak jadi dia ikutkan je apa yang isterinya nak.
"Abang, petang tadi Anis pergi klinik" "klinik? Kenapa? Sayang sakit"
"Relax la abang, saja je, nak jumpa kawan tapi lepas tu, dia cakap Anis nampak gemuk" suara Jiha rendah sedikit dan Zaidan sembunyi senyum, dia sedar yang Jiha nampak terlebih sihat sikit sekarang tapi dia tak kisah. Dia sayang Jiha seadanya.
"Ok je abang tengok"
"Bohong! Berat Jiha naik 4 kilo tau!" Jiha buat muka sedih. Zaidan serba salah dan menarik Jiha ke dalam pelukannya.
"Tapi, Anis tak kisah. Sebab ada cinta kita kat dalam ni" balas Jiha sambil tersenyum manis dan pipi Zaidan dicium.
Mata Zaidan terbuka luas dan melihat mata Jiha seakan tidak percaya dan teruja pada masa yang sama.
"Sayang, baby?" Soal Zaidan terkejut. Jiha senyum dan bawa tangan Ziadan ke perutnya.
"maybe, babies"
"twin???"
"in sha Allah" jawab Jiha dan senyum lagi. Zaidan mengucap syukur yang tak terhingga dan berdiri untuk melakukan sujud syukur. Setwlah selesai sujud syukur dan sedikit doa diselitkan , Jiha ditarik ke dalam pelukan kemasnya. Satu doa dititipkan dan Jiha terus tersenyum.
"I love you sayang" ucap Zaidan lembut.
"I love you more abang" balas Jiha dan mencium hujung dagu Zaidan yang paling dekat dengan bibirnya tika ini.
Dahinya dibelai manja bersama dengan senyuman manis dari sang kekasih yang kini menjadi suaminya.
Share this novel