"Yes? Mr. Private?" Soalnya dengan sengihan lebar. Wait? Why did she called that?
"Private or Pervert?" Soal aku padanya, minta kepastian dan dia tergelak pula.
"Sorry ok. Saya tak maksudkan awak pervert, saya just mamai." Dia beri penerangan yang aku boleh terima.
"Kenapa Mr. Private?" Soal aku padanya lagi sekali dan dia garu dahi tanda berfikir.
"I dont know, maybe because you look like a person who loves privacy so damn much!" Dia bagi jawapan selamba dan aku dapat rasakan ikhlas dari hati dia. Dia tersengih dan berlari masuk ke dalam rumah semula. Aku tersengih sedikit dan fikirkan balik apa yang dia fikir tentang aku. Dia ADA fikir tentang aku. Aku happy.
-Jiha-
Tak sangka yang dia jenis boleh dibawak sembang jugak. Sebenarnya aku lebih prefer Fifie untuk layan sembang dengan aku, tapi, Fifie bukanlah dalam mood itu. Aku faham dan aku tak boleh bayangkan apa yang sedang Fifie lalui, yang pasti perit.
"Saya akan jumpa Tg. Shakira" itulah tekad Fifie dan aku menyokongnya. Walaupun pelbagai bantahan yang kami dapat.
"Then, saya akan protect diri saya sendiri" Fifie menyampuk dan semua mata memandang Fifie terkejut.
"Ya! Kami pun boleh fight! Teach us! Saya akan ronyok muka Tg. Shakira macam kertas, slam dia dalam danau, hantuk kepala dia di dinding, tanam dia sampai leher!" Dengan segala aksi ninja aku persembahkan dan semua mata memandang aku takut. Aku sengih sedikit bila terover dan aku pasti semua mata jatuh pada aku.
Bila Fifie dan aku tekad mereka semua mengalah dan benarkan kami berlatih bersama mereka. Fifie ada darah silat, untung la, aku? Darah merah dan darah putih je yang aku ada ni. Tapi! Aku akan praktis sungguh2. Memang aku nak ronyok muka Tg. Shakira!
-Zaidan-
Kalau boleh aku tak nak benarkan dua orang perempuan di depan aku ni main dengan samething yang rough, tapi, kami memang tak mampu nak belasah Tg. Shakira. Fifie nampak agak biasa dengan semua alatan boxing ni sebab Dean selalu bawa dia, tapi, Jiha? Or Anis? Aku lebih suka panggil dia Anis. Sweet. Anis, nampak sangat dia main hentam je, tapi dia kuat. Aku hampir tergelak bila melihat dia praktis dan aku bagga dia bersungguh untuk tolong Fifie. Aku mendekatinya untuk bertanya sesuatu dan sekaligus usik dia.
"Awak tak takut lesen awak kena tarik? Awak boleh dijatuhkan hukuman kerana mencederakan suspek dengan sengaja" aku bersuara tenang dan dia pandang aku dengan wajah bengang.
"Peduli apa" dia dengan selamba membalas dan memukul punching bag dengan agak kuat.
"Watch your fist and your finger. You might break your finger" aku pesan padanya tapi dia buat bodoh je. Ok, degil dan kuat protest jugak. Aku berjalan pergi dari sana dan berbual dengan beberapa orang pekerja Dean.
"Arh!!!" Aku dengar suara orang menjerit dan bila aku pandang. Anis! Dia sedang melutut dan kemudian terbaring sambil memegang pergelangan tangannya. Ya Allah, mulut aku masin ke apa? Aku berlari ke sisinya di mana Fifie sudah berlutut di sebelahnya dengan wajah risau.
"Call Dr. Kevin!" Arah aku resah dan seseorang menghubungi Dr. Kevin.
"Doktor" aku menyuruh Dr. Kevin memeriksa keadaan Anis. Dr. Kevin tersenyum tawar dan mengeluh.
"Sorry, but, patah dan perlu pergi hospital" Anis yang sakit terus berdiri tegak. Jari dia patah! Dua jari!
"Doktor buat lawak kan?"soal Anis dengan wajah bengang sehingga menyebabkan Dr. Kevin telan liur seram. Aku juga ikut sama naik angin dan menghantar Dr. Kevin pergi.
"Pergi hospital" pesan Dr. Kevin kepada aku lagi dan aku anggukkan kepala.
"Jom, pergi hospital" paksa aku dan Anis keraskan badannya walaupun dah dipujuk Fifie.
"Saya boleh angkat awak masuk kereta. Now!" Aku bersuara tegas dan Anis kecut. Anis bangun bersama dengan Fifie ke kereta. Fifie tersenyum bila melihat wajah terpaksa kawan baiknya.
Anis masih lagi bengang dengan aku dan dia tak nak makan. Dia juga geram bila dia tiba2 sakit macam ni dan tak dapat teman Fifie jumpa Tg. Shakira esok. Bukan dia tak nak pergi tapi aku yang tak bagi dan Anis declare perang dingin dengan aku.
Aku paksa dia makan tapi dia tak nak jugak makan.
"Saya minta maaf" kali pertama rasanya aku minta maaf pada seorang perempuan dan dia sepatutnya hargai aku dah rendahkan ego untuk dia. Ya! Untuk Dia! Dia pandang aku lama sebelum tersenyum dan tunjukkan pinggan nasi. Aku hampir tergelak bila dia dengan senangnya tamatkan perang antara kami. Aku ambil sudu dan cedokkan nasi lalu suap ke dalam mulutnya. Dia makan dengan senyuman masih dibibir.
"Sedap" dia bercakap dengan mulut masih penuh dan aku jadi tertanya tanya, dia ni betul ke dewasa?
"Jangan cakap bila mulut penuh, mak awak tak ajar ke?" Soal aku padanya dengan niat memerli tapi dia merenung lantai.
"Saya anak yatim piatu" ujarnya perlahan dan aku terdiam. Someone, tolong tembak aku dengan senapang gajah. Akibat mulut badan binasa ni!
"Sorry" pinta aku lagi dan two in row aku minta maaf pada orang yang sama hari ini. Dia senyum sikit dan kembali ceria dengan sebelah lesung pipitnya mendalam dengan sangat manis.
"Sokay, saya tak pernah tengok mereka sejak lahir kut. Tapi, saya rasa mak saya cantik dan ayah saya? Just where is he? I dont know" aku rasa kali ni tolong bagi aku telan bom. Dia pun sama macam aku dan Dean, kecuali parent kami meninggal.
"Your mom is beautiful" ujar aku dengan senyuman ikhlas, paling ikhlas aku pernah berikan pada dia.
Share this novel