"Dude, aku faham ok. Nanti kau cakap balik dengan Jiha" ujar Dean cuba tenangkan aku.
"Aku kenal dia. Dah tak ada peluang kedua Dean" aku bangun dan keluar dari rumah itu. Aku menyesal yang teramat sekarang ni tapi tak ada apa yang aku boleh buat. Mungkin, aku tak ditakdirkan untuk mana2 perempuan.
'Anis, saya harap awak bahagia sebab saya tiada lagi bahagia untuk saya'
-Fifie-
Aku marahkan Z tapi aku tahu kenapa Z buat macam tu. Dia cemburu dan aku yakin dia sayangkan Jiha sangat2. Bila aku jumpa dia sekarang, dia lagi teruk dari dulu. Dia hanya fikir kerja dan tak banyak bercakap, sekarang aku dah melahirkan anak kami tapi Jiha tak pernah muncul dan dia hanya call untuk ucap tahniah. Aku tak tahu mana Jiha sekarang sebab dia tak pernah maklumkan pada aku dan dia tak pernah bertanya soal Z. Bila aku nak cakap keadaan Z dia langsung tak nak dengar dan terus matikan telefon. Kenapa ada kisah cinta yang tak boleh bersatu, kenapa cinta Jiha dan Zaidan tak mampu bersatu?
-Zaidan-
Aku tahu Dean risaukan aku tapi aku tak tahu macam mana nak harungi semua ni dan aku tak tahu macam mana aku nak selesaikan masalah yang aku tengah hadapi ni. Anis, bukan lagi salah seorang yang wujud dalam hidup aku sebab, aku sendiri yang buat dia pergi. Aku nak dia balik, melampaukah permintaan aku tu?
"Z, aku sarankan kau pergi bercuti" Dean pandang aku serius dan aku tahu dia nak marah tapi dia tak sanggup bila tengok keadaan aku yang dah teruk macam ni.
"Dean, kau tahu jawapan aku tak so, forget it"
"Dulu apa yang kau cakap kat aku? Sebab seorang perempuan aku lemah, macam tak guna je" aku tak terasa dengan apa yang dia cakap sebab aku tahu aku pernah cakap macam tu pada dia.
"Fine, ni semua karma. I get it" aku bersuara malas sebab aku sedar yang senua ni memang karma dan padan muka aku kan?
"Z, aku harap kau tak salah faham"
"Aku faham. Kalau kau dah tak ada kerja kat sini baik kau balik jaga Fifie" memang aku tak patut cakap macam tu tapi aku tetap nak cakap jugak.
"Z kenapa kau degil sangat?" Ok, sekarang ni Dean dah naik angin balik. Aku tarik nafas dalam2 dan kemudian aku hembuskan sebelum pandang Dean.
"Fine, aku akan pergi bercuti."
"Really?"
"Ya" aku jawab malas.
"Where?"
"Any suggestion?"
"Rumah rehat kita dekat Terengganu. Kau suka betul tempat tu kan"
"Ok" aku mengalah dengan Dean sebab aku tahu yang Dean tak akan berhenti selagi aku tak cakap ya.
-Zaidan-
Rumah rehat ni masih lagi sama dan semuanya jelas dijaga dengan rapi. Bukan rumah ni je sama, hati aku pun masih lagi sama, tak terawat pun luka dalam hati aku ni. Aku tak pasti macam mana cara yang paling sesuai untuk lupakan semua ni dan mula balik. Bila aku fikir balik aku menyesal bila aku tekad nak dia jadi girlfriend aku. Aku tak layak untuk dia dan dari awal lagi aku dah tahu semua tu. Kenapa aku berani nak melangkah ke depan, langkah aku dah salah dan kini aku dah hancurkan hati orang yang aku sayang, hati Anis.
Aku kemaskan baju2 dan masukkan ke dalam almari. Aku buka tingkap dan angin pantai masuk ke dalam rumah ni.
'Aku harap semua ni akan berakhir' Aku lepaskan keluhan berat dan baringkan badan ke atas katil.
-Jiha-
Aku tak pasti apa yang dah masuk dalam badan aku tapi sekarang ni, selepas dua bulan aku berdiri depan pejabat Zaidan macam orang tak ada tujuan. Aku marahkan dia sangat2 tapi, aku tak boleh nak tipu hati aku sendiri. Aku rindukan dia dan aku nak dia jadi private boyfriend aku balik. Memang nampak desperate tapi aku tak tahu kenapa aku boleh jadi. setekad ni. Aku tahu mesti ramai perempuan yang tak puas hati dengan perangai aku yang mengejar burung kayangan ni tapi ni semua soal hati aku. Siapa nak lawan hati sendiri? Aku melangkah masuk dan terus ke meja setiausaha Zaidan.
"En. Z ada?" Soal aku pada lelaki itu dan dia pandang aku sebelum senyum sedikit.
"En. Z bercuti seminggu. Kalau boleh saya tahu, cik ni siapa?" Soalnya bila aku dah hilang dalam laut kekecewaan. Kenapa pulak dia tak ada hari ni? Siap pergi bercuti bagai! Aku ni punyalah susah payah rendahkan ego nak datang jumpa dia, boleh pulak dia pergi bercuti senangkan hati.
"Cik?"
"Tak apa la, saya datang lain kali" aku terus berlalu pergi. Tak nak datang lagi dah lepas ni. Kecewa gila2.
"Jiha!" Bila ada suara yang panggil aku, pandang belakang dan orang itu ialah Dean. Ugh! Dalam ramai2 orang dalam dunia ni kenapa mesti Dean? Sebab? Aku harapkan ada orang lain yang panggil aku.
- Zaidan-
Bila aku dapat call dari Dean yang Anis datang cari aku terus aku tinggalkan Terengganu dan balik ke KL. Aku tahu confirm tak sempat tapi aku tetap nak balik sekarang jugak.
Tiba2 ada sebuah kereta yanv telah berhenti di tengah jalan dan aku terpksa berhentikan kereta aku sama. Aku turun dari kereta dan melihat ada seorang perempuan yang sedang tidur.
Share this novel