BAB 13

Mystery Completed 19468

"Saya boleh tolong" aku terkejut bila ada suara di belakang aku. Bila aku pandang aku tayang wajah bengang.

"Kau nak apa Azhar?" Soal aku bengang. Sorry, dah tak ada masa nak berlembut.

"Not much. Just wanna hand you a little help. Semua orang tahu Zaidan tak salah tapi bukti je yang tak ada. I have kinda proof. So?" Dengan wajah riak dan bangga dia pandang aku.

"What do you want from me?" Soal aky lagi. Aku pasti yang dia tak akan tolong macam tu je.

"Simple, be with me. Marry me" bila dia cakap macam tu mata aku terus meluas. Gila!

"Gila!" Jerit aku marah tapi boleh dia gelak dan pandang aku dengan riak bangga habis.

"Lagi dua hari je. Kalau awak kalah hari tu, mungkin tali gantung yang tunggu Zaidan" bila dia cakap macam tu aku rasa dunia berpusing dan lutut aku lemah. Ya Allah, inikah jalannya?

"Think about it"

"No way!" Lepas aku cakap macam tu aku terus pergi dari situ. No, aku takkan mengalah macam tu je dan aku akan menang kes ni walau macam mana cara sekalipun.

-Zaidan-

Aku tak tidur dan aku tak berharap apa2. Aku cuma nak tengok Anis...buat kali terakhir mungkin. Tak ada jalan untuk kami menang kes ni. Bila aku dimasukkan ke dalam kandang pesalah aku tersentak bila orang lain yang berdiri di meja peguam. Azhar?

"Kenapa?..." belum sempat aku cakap apa2 mahkamah dibuka dan perbicaraan dimulakan. Aku tak fokus banyak apa yang sedang berjalan sebab aku risaukan Anis. Kenapa Azhar yang ada kat sini?

"Setelah merujuk segala bukti dan saksi, pesalah Mohd Zaidan Bin Mohd Zain didapati tidak bersalah dan bebas daripada segala hukuman. Dengan ini, kes ditutup dan mahkamah bersurai"

Aku tak pasti apa keputusannya tapi aku dapat agak bila gari aku dibuka dan kandang bersalah dibuka kuncinya. Aku dilepaskan dan Dean serta Fifie berlari anak ke arah aku dengan senyuman bahagia.

"Anis?" Soal aku sepatah. Apa guna aku bebas kalau aku masih lagi ada di sini dan tanpa Anis.

"Anis yang pilih jalan ni" bila Dean cakap macam tu aku berjalan keluar dari mahkamah. Ramai wartawan yang menyerbu aku tapi hanya seorang yang aku nak jumpa sekarang ni.

"Anis!" Aku menjerit memanggil nama dia dengan harapan dia akan dengar dan berjalan ke arah aku.

-Jiha-

Air mata aku jatuh lagi bila melihat berita. Saat Zaidan mencari cari aku yang masih lagi berada di rumah. Aku tarik nafas dalam2 dan memakai tudung untuk keluar. Azhar dah lunaskan janji dia, sekarang giliran aku pulak. Aku keluar dari rumah dan kereta Azhar dah ada di luar. Aku terus masuk tanpa banyak kata dan berterima kasih padanya atas semua yang dia lakukan. Memang aku tak nak jadi isteri Azhar tapi aku tahu yang jodoh ni semua bukan aturan aku.

"Ke...kenapa...datang sini?" Soal aku gugup bila kereta Azhar berhenti depan rumah Dean. Pasti Zaidan ada kat sini.

"Saya nak awak jumpa Zaidan dan cakap sendiri pada dia. Tentang kita" aku terkejut gila bila dia cakap macam tu. No way! A big no! Aku takkan mengaku depan Zaidan yang aku akan berkahwin dengan orang lain.

"Kau tak perlu nak jadi kejam macam ni" aku dah mula tinggikan suara sedikit.

"Remember your promise?" Soalnya dengan kening terangkat dan aku rasa sakit. Teramat sakit.

"Saya tak ada masa untuk tunggu. Jom" dia keluar dari kereta dan bukakan pintu untuk aku sama. Lama, aku keluar dari kereta dan berjalan ke arah banglo besar itu. Aku takkan pijak kaki di rumah ni lagi selepas ini.

-Zaidan-

Aku terus berdiri sebaik wajah Anis muncul. Tapi, kenapa dia macam sedih je dan langsung tak pandang aku.

"Zaidan...saya dah nak kawin" aku terkejut bila dia cakap macam tu. Apa maksud dia?

"Anis?" Soal aku lemah. Tak mungkin! Dia takkan kahwin dengan Azhar, dia tak sukakan Azhar.

"Najiha akan kawin dengan awak Zaidan." Bila Azhar buka mulut semua orang pandangnya tapi Anis jelas sangat terkejut dengan apa yang Azhar cakapkan.

"Dia janji dengan saya, akan kahwin dengan saya kalau awak bebas dari tuduhan dan dari situ, saya yakin. Sampai mati pun saya tak akan dapat cinta Najiha. Sebab dia dah berikan hati dia pada awak. Jadi, maafkan saya atas semua salah faham dan, I hope you can love her more than she loves you. Najiha, bye" bila dia cakap macam tu dia terus blah dan senyum manis pada Anis yang masih lagi terkejut. Kalau dia dah halal bagi aku sekarang ni, aku akan peluk dia sampai dia rimas.

-Jiha-

Aku memang la terkejut gila2 dan tak sangka yang Azhar akan buat macan ni. Kalau ikutkan, dia tak ada la jahat mana pun. Kan? Sekarang ni suasana pun jadi awkward gila dan semua orang pun diam je.

"Tolong kahwini saya" aku bertambah terkejut bila Zaidan tiba2 je dah berdiri tegak depan aku dan...ajak aku kahwin? Mintak tolong aku kahwin dengan dia?

"Zaidan, awak serius?" Soalan yang aku sendiri tak terfikir nak tanya sebenarnya, buatnya dia kata saja nak kenakan aku, mesti sedih gila!!!

"Najiha Anis, jadilah isteri saya dan saya akan jadi suami awak. Please?" Pintanya lagi seakan merayu dan aku pandang Fifie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience