-Jiha-
Nafas aku putus bila dia cakap macam tu dan aku rasa jantung aku macam nak terjun keluar dari rib cage ni. Dia punya senyuman yang lembut macam ni, buat aku mencair dari dalam.
"Saya pun tak pernah tengok mak saya. Macam mana awak tahu mak saya cantik?" Aku kembali ke keadaan asal dan dalam keadaan tenang aku soalnya.
"Sebab anak dia sangat cantik" jawapan ikhlas dia buatkan aku rasa, aku rasa aku perlu ditahan di wad selama beberapa hari lagi kerana sakit jantung.
"Aw...awak...maksudkan saya?" Soal aku padanya dengan tergagap gagap dan dia telan liur. Dia letakkan pinggan di atas meja dan garu belakang kepalanya.
"No!" Dia segera menjawab dan bangun dari duduk dan elak daripada memandang aku.
"Tapi, saya anak dia" aku cuba pancingnya lagi dan dia mengeluh.
"Whatever" ujarnya dan melangkah pergi. Aku tersengih bahagia.
"Thanks! Kali pertama seorang lelaki puji saya cantik" bila aku cakap macam tu dia berhenti melangkah tapi tak menoleh ke belakang. Dari sisi aku nampak dia tersenyum. Ya Allah! Ku mohon! Jodohkan Aku dengan Dia! Wow! Desperate gila aku kan? Hahaha.
- Zaidan-
Seriously? Tak pernah ada lelaki puji dia cantik selama ni? Well, pada aku dia cantik dan menarik. Wait! Apa kena dengan kau ni Z? Kalau Dean tahu aku cakap ada perempuan yang menarik mesti dia buat sujud syukur dekat dataran merdeka punya. Bila sebut tentang Dean, aku harap dia selamat dan kembali kepada kami semula. Aku terlalu risaukan keadaan Fifie tapi untung ada Anis. Aku dan beberapa orang aturkan perjumpaan dan kami berbincang beberapa perkara.
-Jiha-
Dah dua jam Fifie pergi jumpa dengan Tg. Shakira dan dia belum maklumkan apa2 pada aku setakat ni. Ni semua salah Mr. Private la! Dia tak bagi aku ikut dan suruh duduk rumah je. Dia cakap nanti dia call tapi satu call pun aku tak dapat ni. Aku pandang jari yang berbalut dan bersemen ni, ni semua salah punching bag tu! Aku rasa macam nak meletup dan pada masa yang sama letupkan beberapa benda jugak. Aku ni memang bila tengah risau otak jadi gangster sikit.
Aku tersedar bila ada call masuk pada pukul 1 pagi, again, private number.
"Ya?" Soal aku malas sebab aku dah boleh agak siapa.
"HOSPITAL?!" suara aku bergema segenap sudut banglo rasanya.
-Zaidan-
"HOSPITAL?!" Ya Allah, kalau dia tak jerit mati ke? Aku terpaksa jauhkan telefon dari telinga sebab bimbang aku akan pekak nanti.
"Ya, Fifie ok, Dean ok." Aku cuba bagi penerangan ringkas dan dia diam agak lama. Takkan kembali lena kut. Aku tunggu beberapa saat, masih lagi senyap tapi aku tak berani nak matikan telefon dan tunggu dia reapon sebab panggilan masih lagi belum putus. Jangan cakap dia dah pengsan sudah.
"Anis" aku panggil namanya perlahan dan aku dapat dengar sesuatu.
"Saya on the way ke hospital" jawapan dia buat aku hampir terjatuh dari kerusi. Dia dah on the way?
"Awak drive?" Soal aku padanya.
"Yup!" Jawabnya seperti tak ada masalah langsung.
"Tapi, awak baru je sedar, bahaya drive" entah kenapa dan dia siapa? Kenapa aku perlu risaukan keadaan dia sangat. Jari dia masih patah! Bila benda tu main dalam benak aku menambahkan rasa risau dalam diri aku.
"Saya dah hantar orang ambil awak!" Aku bersuara dengan nada tinggi tapi dia hanya mengeluh. Kenapalah ada manusia tak suka pakai akal macam dia ni.
"I can drive" dia jawab selamba je dan langsung tak fikirkan bahaya kepada dirinya.
"Two of your finger is..."
"Patah?" Soalnya laju sebelum sempat aku sebut pun lagi. Ah, sedar rupanya jari dia patah. Aku tarik nafas dalam2 dan cuba untuk bertenang.
"Ok. Just drive carefully" pesan aku akhirnya dan aku harap si kepala batu ni nak dengar jugak cakap orang lain.
"I'm here" bila dia cakap macam tu aku terus pandang jam di tangan. Biar betul? Baru je 1.20 pagi dan dia dah sampai hospital. Mustahil gila! Melainkan dia bawa kereta 100 km/j. Great!
Aku turun ke lobi hospital dan terpaksa berlari turun ke bawah kerana terlalu risaukan keadaan dia. Bila aku sampai di lobi aku nampak dia baru sahaja selesai tanyakan bilik Fifie. Berbaju tidur lagi. Well, she is really cute.
-Jiha-
Aku tak pasti kenapa dia nak risaukan tentang aku sangat. Kami kenal tak lama pun tapi dia dah layan aku dan bebel kat aku macam dia dah kenal aku like forever. Aku pandang wajah tegang, keras air batu bila dia berjalan ke arah aku. Wait, kenapa ada darah pada sut putih dia dan kenapa muka dia lebam? Kenapa ada luka pada kening kanan dia? Macam ada kesan darah kering je. Dah kenapa aku nak kena risau pasal dia pulak???
"Fifie dan Dean ok. Doktor tak bagi jumpa dorang, biarkan dorang rehat" dia maklumkan pada aku dalam keadaan tegang. Aku diam dan pandang wajah dia yang lebam dan luka sana sini. Aku tarik nafas dan rasa bengang bila tak ada seorang pun nurse yang cuba untuk rawat dia. Aku bukannya tak risaukan Fifie dan Dean, sebab aku tahu yang mereka ok.
"Luka awak" aku keluarkan suara perlahan dan tunjukkan pada keningnya. Dia menyentuh luka itu dengan jarinya dan dia meringis sedikit kerana kesakitan. Aku rasa dia sakit.
Share this novel