BAB 12

Mystery Completed 19468

"Cik!" Aku memanggilnya yang langsung tak bergerak. Aku cuba buka pintu tapi berkunci jadi aku cari kayu untuk pecahkan cermin keretanya. Bila aku jumpa sebatang kayu aku terus memecahkan cermin kereta itu dan aku membuka pintu keretanya.

Mata aku membesar bila ada pisau di perut perempuan itu dan berdarah. Dengan tangan terketar kerar aku cuba menarik keluar pisau itu untuk hentikan pendarahan. Bila aku dah berjaya keluarkan pisau sepenuhnya siren polis kedengaran.

Suasana menjadi sangat kalut dan pelij dan aku tak pasti apa yang sedang terjadi sekarang ni. Bila aku sedar je aku dah digari dan di seret maduk ke dalam kereta polis. Apa aku dah buat? Tak ada apa yang aku mampu cakap jadi aku diam je dan ikut je ke mana kereta polis ni bawa aku.

-Jiha-

"Apa?!" Aku terus bangkit dari katil bila dapat call dari Fifie yang Zaidan masuk penjara. Apa yang dia dah buat?

Aku bergegas ke balai polis dan terus menerjah masuk bila sampai di sana. Apa yang aku nampak bukanlah Zaidan tetapi Dean dan beberapa pekerjanya.

"Saya lawyer dia! Saya nak cakap dengan dia!" Aku letakkan lesen peguam aku atas meja polis yang bertugas dan dia kelihatan agak terkejut.

"Buat masa sekarang suspek tak dibenarkan jumpa sesiapa."

"Encik tahu ke maksud suspek tu apa? Dia bukan pesalah!" Aku masih lagi bertegas yang Zaidan tak salah. Jenuh jugak bertekak tapi tak dapat nak selesaikan masalah ni. Kenapa semua ni jadi pada kami.

-Zaidan-

Aku tak salah tapi kenapa aku yang kena masuk penjara? Sekarang aku dah hilang semuanya.

"Ada peguam nak jumpa kamu" ada seorang polis lelaki membuka kunci lokap dan aku keluar. Peguam? Mesti peguam yang Dean upah ni. Aku dengan malas keluar dari lokap dan mengikutnya ke bilik perjumpaan. Bila pintu dibuka aku terkaku di situ. "Anis?" Soal aku terkejut dan bila dia ikut sama bangun dan berjalan ke arah aku, aku senyum sedikit. Ya Allah, andai dia halal bagi aku.

"Saya rasa nak je tendang awak biar terlekat kat dinding" mata aku membesar bila dia cakap macam tu. Dia nak tendang aku? Lepas tu pipi dia basah dan dia senyum sikit. Kenapalah hamba Allah sorang ni comel sangat.

"Saya rindu awak" aku tak pasti aku cakap kuat ke tak tapi dia jadi batu kenapa pulak ni?

"Saya tak nak dengar kisah cinta awak. Saya lawyer awak" dia kembali ke mode serius habis dan duduk di kerusi semula. Aku ditinggalkan berdua dengannya dan aku ke kerusi untuk duduk. Tak percaya betul aku akan jumpa dia lagi dan dia sekarang ni ada depan mata aku. Dah la aku sebagai pesalah dan dia lawyer. Agaknya dia masih lagi anggap aku private boyfriend dia ke? Tapi, dia dah cakap hari tu tak ada lagi kami.

"Peratus nak menang kes ni 10% je" aku dengan malas buka mulut tapi dia pandang aku tajam.

"10% pun peluang" ujarnya pula dan aku mengeluh.

"Saya dah dengar dari Dean, sekarang saya nak dengar dari awak pulak"

"Ok" aku mula bercerita apa yang jadi termasuk apa yang aku rasa macam tu, perasaan aku pada dia tapi dia jelas tenang seakan tak terasa dengan apa yang aku luahkan. Aku betul2 sayangkan dia.

"Ok. Jumpa awak lagi dua hari" bila dia cakap macam tu terus dia bangun dan pergi tanpa hiraukan aku langsung.

-Jiha-

Bila aku bangun macam tu je aku tahu yang dia sedih. Mata dia jelas tertulis yang dia sedih dan aku pun sedih sama. Air mata mengalir lagi dipipi aku dan aku cuba cari kekuatan yang masih berbaki. Dia sendiri tak yakin akan menang kes ni, macam mana aku nak yakin dan terus berusaha? Zaidan tak pernah nampak lemah sampai macam ni sekali.

"Macam mana?" Soal Dean bila aku berjalan keluar dari balai. Aku kesat air mata dan pandang Dean sedih.

"Kita kena cari bukti." Hanya itu yang aku mampu jawab dan Dean angguk setuju. Semua orang tahu nak menang kes ni sangat tipis dan ni kali pertama aku ambil kes bunuh. dan customer pertama aku adalah Zaidan.

-Zaidan-

"Jangankan tidur, makan pun tak. Aku nak kau kuat Z"

"Anis tak makan?" Soal aku sedih. Sedih bila aku dah buatkan orang yang aku sayang merana sama.

"Dia sedih kau tak nak jumpa dia" ujar Dean lagi dan aku sentuh pipi aku yang lebam.

"Aku tak nak dia tengok luka ni semua"

"Kau tak boleh biarkan Jiha macam tu je"

"Kau ingat aku nak ke? Kalau boleh aku nak je rempuh bilik besi ni semua dan ada di sisi dia" suara aku mula meninggi sedikit. Dean tahu bila aku marah baik dia diam je dan aku langsung tak ada niat nak marahkan dia. Aku tak pasti apa yang aku marahkan sangat. Aku tak boleh salahkan takdir, aku dah serabut!

"Kalau aku tak lepas dari kes ni, tolong tengokkan dia"

"No! You will make it. Kau dah ada dalam ni sebulan lebih. Kau kena keluar dari sini" Dean angkat punggung dengan marah dan beredar. Andai semuanya senang aku tak akan ada kat sini sekarang ni.

-Jiha-

Bawah mata aku dah macam panda dan aku dah lebih seratus kali ulang alik tempat kejadian untuk cari bukti tapi tak ada satu benda pun. Aku dah mengalah ke? Aku terduduk di tanah dan memeluk lutut sendiri sambil menangis. Zaidan tak nak jumpa aku dan aku tak tahu macam mana nak buat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience