Bab 6

Romance Series 6190

SEMINGGU sudah berlalu, Dyha masih lagi menyendiri. Buku rujukan di hadapannya diselak sehelai demi sehelai muka suratnya. Namun, satu ayat pun tidak melekat di dalam otaknya. Milo di dalam mug yang masih lagi berbaki separuh ditolak ke tepi meja.

Eliza keluar makan tengah hari bersama dengan Ain dan Mira. Katanya, mereka sudah bosan makan nasi bungkus di rumah. Lagipun masing-masing tak tahu nak masak apa lagi untuk makan tengah hari itu. Mereka bertiga ada juga mengajaknya tadi, tetapi dia menolak. Dia memang tiada perasaan mahu keluar ke mana-mana. Dia cuma mahu berkurung di dalam rumah saja.

Walaupun sudah seminggu berlalu, namun bayangan kemesraan Raid dengan Liana masih lagi terpahat di ingatannya. Bohong kalau dia tidak cemburu melihat kemesraan mereka berdua. Walaupun dia masih tidak pasti apa hubungan sebenar Raid dengan gadis itu. Perasaan cemburu tetap menguasai hati dan mindanya. Kalau dah mesra sebegitu, masakan mereka sekadar berkawan biasa?

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia kecewa dan terluka. Betapa hatinya hancur. Terasa hatinya bagai disiat-siat dan dititik dengan limau yang masam. Allah! Pedih tak terkata.

Kesannya, dia langsung tak dapat memberi tumpuan pada pelajarannya. Sudah seminggu juga dia ponteng kuliah. Bebelan Eliza juga sudah berbakul-bakul masuk ke telinganya. Sengaja dia pekakkan telinganya. Bila Eliza penat tahulah mulut Eliza berhenti membebel padanya nanti. Inilah padahnya bila pertama kali bercinta. Kalaulah dia tahu kecewa bercinta tu sakit ya amat. Sumpah! Dia tak akan menerima cinta Raid dahulu.

“Haish, Edd ni buat kepala otak aku ni sarat dan berserabut!” Dhya meraup muka kasar. Dhya binggung. Akhirnya dia menangis. Menangis dan terus menangis.

“Cukuplah Dhya...” tegur Eliza sebaik sahaja daun pintu bilik terbuka.

Dhya yang sedang menangis sedari tadi cepat-cepat membetulkan duduknya sebaik sahaja dia mendengar suara Eliza menegurnya. Air matanya yang mengalir di pipi cepat-cepat dikesat.

“Kau dari mana Ell?” soalnya bersuara serak.

“Kedai makan la. Nah, aku dah bungkuskan kau nasi goreng kampung tadi. Makan, jangan tak makan pulak.” Eliza letakkan bungkusan makanan di hujung meja Dhya.

“Kenapa kau tak letak di dapur je. Beria-ia kau bawa makanan ni sampai ke dalam bilik ni.” Bungkusan makan yang dibawa oleh Eliza dibiarkan sahaja di hujung meja.

“Kalau aku letak di dapur, alamatnya tong sampah ajelah yang kenyang nanti,” balas Eliza keras.

Dhya mencebik. Geram bila ditembak tepat oleh Eliza.

“Tengok je buat apa. Makanlah sikit Dhya...” pujuk Eliza.

Dhya menggeleng.
“Dhya, tolonglah jangan begini. Aku risau kau jatuh sakit. Dari malam semalam kau tak makan apa-apa, nanti masuk angin pulak perut tu. Nanti sakit kau juga yang susah...”

Dhya diam.

Eliza menarik kerusi lalu duduk bersebelahan dengan Dhya yang sedang berteleku menongkat dagu di meja. Buku Dhya yang terbentang luas tidak dibaca dan disentuh, Eliza ambil dan letak di tepi meja. Bungkusan makanan yang terletak di hujung meja diambil dan diletakkan di hadapan Dhya pula.

Dhya sekadar memandang kosong bungkusan makanan yang berada di hadapannya. Memang dia tiada selera. Mulutnya terasa pahit walaupun perutnya asyik berbunyi minta diisi. Sekadar mahu mengalas perutnya yang kosong, Dhya hanya minum air milo aje. Bukan dia sengaja. Memang dia benar-benar tidak berselera.

“Dhya...” panggil Eliza lembut.

“Ell, kau jangan risau ye. Nanti aku lapar aku makan. Terima kasih tau sebab kau bungkuskan makanan untuk aku,” balas Dhya.

“Okey, janji tau... kau makan nanti.” Eliza mengalah. Tak mahu sangat memaksa Dhya yang sememangnya degil dan keras kepala. Wajah Eliza yang risau tadi telah bertukar dengan senyuman.
“Sudahlah Ell, lebih baik kau pergi buat kerja kau. Jangan terlalu risaukan aku. Never mind, aku tak ada apa-apa.”

“Aku memang risaukan kau, Dhya. Kau dah la tak mahu makan. Asyik menangis dan termenung saja. Nanti kalau kau pengsan lagi, aku juga yang takut. Ingat Dhya, lagi dua bulan kita nak final exam. Kalau kau sentiasa berkeadaan begini, macam mana kau nak skor final paper nanti,” nasihat Eliza lagi.

“Aku tahu Ell, pasal itu kau jangan risau. Aku tak akan sia-siakan pelajaran aku kerana seorang lelaki. Tapi kau kena faham. Ini pertama kali aku bercinta dan pertama kali aku dikecewakan. Aku tak sangka betapa sakitnya hati bila orang yang kita sayang curang di depan kita.”

“Aku faham perasaan kau Dhya, kau ambiklah masa untuk pulihkan hati kau tu semula. Aku harap, nanti kau jumpalah Edd tu. Tanyala dia tentang status hubungan dia dengan perempuan tu. Ataupun... Kau nak aku pergi serang perempuan perampas tu?”

“Haish, tak payahlah Ell, biarlah dia buat aku macam ni. Lambat laun Allah balas balik apa yang mereka berdua dah buat pada aku.”

“Ya Allah Dhya... Kau ni terlalu baik hati sangat. Sebab itulah Edd dengan perempuan tu pijak-pijak je kepala kau tu. Cubalah kau tu bertegas sikit,” tegur Eliza.

“Aku malaslah la Ell. Kau nak tahu tak, pada aku perempuan kalau bergaduh pasal berebut seorang lelaki maruah dia tu rendah sangat. Nampak sangat dia murah. So, aku tak nak berada di dalam golongan itu.”

“Bagusnya kau...” puji Eliza. Kalau dia, dia dah serang perempuan tu. Silap-silap, muka yang cantik perempuan tu jadi belacan kerana dikerjakan olehnya.

”Ell, sekarang ni aku dah redha, apa jua keputusan Edd nanti aku terima je. Walaupun aku sayang sangat pada dia, tapi dah tak ada jodoh, aku nak buat macam mana.”
Eliza tersenyum sinis.

“Redha??? Kalau kau redha kau tak siksa diri kau macam ni. Tak makan, menangis, termenung... apa semua tu Dhya? Sayang orang berpada-pada la. ”

“Aku tengah cuba lupakan dia... walaupun susah.” Dhya diam sebentar. Jari-jemarinya bertaut antara satu sama lain. Eliza tersenyum hambar.

“Ikut suka kaulah Dhya. Aku ni dah penat nasihatkan kau. Mana yang kau rasa betul, kau buatlah.”

“Ell... aku nak berehat sekejap. Letih sangat fikiran aku ni,” sambung Dhya lagi sambil beralih duduk di atas katil pula. Badannya terus direbahkan.

Eliza menarik nafas panjang. Akur dengan kehendak Dhya yang sudah pun menekup mukanya dengan bantal. Perlahan Eliza bangun sebelum menutup pintu bilik rapat-rapat. Semoga selepas bangun tidur nanti hati Dhya akan tenang.

“Ell, Dhya tidur ke? Dia makan tak makan yang kau belikan tu?” soal Ain yang sedang berborak dengan Mira di ruang tamu saat terpandang wajah Eliza muncul di hadapan mereka.

“Iyalah kot, aku pujuk dia makan dia boleh halau aku keluar dari bilik,” jawab Eliza lemah.

“Dia masih lagi bersedih la tu. Ell, kau kena pujuk dia supaya dia masuk ke kelas. Jangan asyik nak ponteng kelas je. Takut nanti banyak paper yang gagal. Nanti tak pasal-pasal dia kena extend semester ni pulak.,” tegur Mira pula.

“Aku tahu semua tu Mira. Dah berbuih mulut aku ni memujuk. Tapi Dhya tu degil sangat. Lagipun korang bukan tak kenal Dhya, degil dia tu kalah batu tahu tak. Batu pun kalau kena air lama-lama terhakis juga. Tapi Dhya ni tak juga terhakis. Makin kuat degilnya ada la.”

“Kau nak aku pujuk dia pula ke?” Ain pula menawarkan dirinya.

“Kalau kau rasa kau boleh berjaya, kau cubalah.”
Mira yang duduk di sebelah Ain sudah ketawa besar. Dia awal-awal lagi sudah mengalah. Tak sanggup dia mahu melayan kerenah Dhya yang tak makan saman tu. Kerja nak menjawab je. Eliza senyum-senyum melihat wajah Ain yang sudah bertukar riak.

“Tak apalah, kau yang paling rapat dengan dia pun, dia tak layan. Inikan aku yang selalu jadi bahan gelak dia.” Ain akhir menarik balik kata-katanya. Terus Mira dan Eliza gelak serentak.

“Korang berdua tak payah risaulah pasal Dhya, nanti dia okeylah tu. Bagi dia masa tenangkan diri dulu. Aku kenal Dhya tu, sedegil-degil dia tu, dia akan dengar juga cakap kita,” ujar Eliza apabila tawanya sudah reda.

Ain dan Mira sama-sama mengangguk.

DHYA baru sahaja memejamkan matanya, telefon bimbitnya pula berbunyi. Dhya buat tidak tahu saja. Dia tidak mahu melayan panggilan dari sesiapa pun waktu ini. Yang dia tahu, dia mahu bersendirian. Tidak beberapa lama kemudian deringan telefon itu berhenti.

Dhya menarik nafas lega. Matanya dipejamkan kembali. Bayangan Raid cuba dibuang jauh. Dia tak mahu lagi memikirkan tentang Raid. Semakin difikir semakin sakit hatinya. Dulu Raid yang beria-ia sangat mahu berkawan dengannya. Baru dua tahun berkawan tiba-tiba Raid buat perangai. Mahunya dia tak sakit hati.

Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Kemudian berhenti. Tidak lama selepas itu berbunyi lagi. Dhya biarkan sahaja telefon itu berbunyi dan bergetar di atas meja. Kepalanya ditutup dengan bantal. Dia pejamkan matanya sampailah dia terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience