Bab 2

Romance Series 6190

“HELO abang... tengah buat apa tu?” ujar Liana saat panggilan telefonnya bersambut. Bibirnya terus mengukir senyum. Raid berdehem perlahan, membetulkan suaranya sebelum memulakan bicara.

“Helo Yana. Ada apa tiba-tiba call abang? Abang tak boleh cakap lama-lama ni. Abang di dalam library,” jawab Raid separuh berbisik. Takut juga suaranya mengganggu pelajar-pelajar lain yang sedang sibuk membuat ulangkaji berdekatan dengannya. Dengan langkah perlahan dia mencari satu sudut yang jauh daripada pelajar-pelajar lain.

“Opps! Sorry la abang, Yana ganggu abang pulak. Yana nak minta tolong abang sikit.”

“Nak abang tolong apa?”

“Abang, tolong hantarkan Yana ke kompleks sukan boleh?”

“Sekarang ni ke?”

“Iyalah, sekarang ni. Yana dah janji dengan kawan-kawan nak main badminton. Yana ingat nak tumpang Siti, tapi Siti tiba-tiba ada hal lain pulak. Dia baru je mesej Yana beritahu dia datang lambat sikit. Abang tolong hantar Yana dekat gelanggang tenis tu sudah la. Yana janji dengan kawan-kawan Yana nak berkumpul di situ. Boleh tak?”

Raid diam. Mungkin sedang berfikir.

“Hurmmm... Yana bagi abang masa sikit boleh?”
Liana senyum.

“Sekarang ni dah pukul 5.00 petang. Dalam pukul 5.30 petang macam tu, abang jemput Yana dekat hostel.”

“Hah, okey set.” “Jangan bersiap lambat pulak.”

“Yana dah siap ni, Yana tunggu abang je.” Liana tamatkan panggilannya.

Raid kembali semula ke tempat duduknya. Dia sebenarnya perlu siapkan assigment itu hari ini juga. Lagi dua hari dia terpaksa balik ke KL. Jadi esok dia mahu hantar semua kerja-kerja kepada semua pensyarahnya. Kalau tidak, tak ada maknanya dia nak terperap di perpustakaan tu seorang diri.

Namun dia tak sampai hati pula nak tolak permintaan. Raid terus menyimpan semula segala buku-buku rujukan yang digunakannya ke tempat asalnya. Terus Raid berkemas mahu menjemput Liana pula.

Ketika Raid dan Liana sampai, kawan-kawan Liana belum lagi sampai. Kebetulan pula mereka sampai dulu. Jadi terpaksa la Liana menunggu di situ seorang diri. Tak sampai hati pula Raid mahu meninggalkan Liana sendirian. Dia yang baru sahaja mahu membuka pintu kereta, akhirnya berpatah semula ke arah Liana yang baru sahaja selesai bercakap di telefon.

“Mana kawan-kawan Yana? Mereka tak sampai lagi ke?” soal Raid perlahan.

Liana menjongketkan bahunya.

“Belum lagi la abang. Yana dah call pun mereka. Katanya dah on the way ke sini,” terang Liana.

“Kalau macam itu, abang temankan Yana dulu la. Boleh juga kita berborak kosong.” Raid berjalan ke arah kerusi batu bersebelahan gelanggang tenis tersebut. Punggung dilabuhkan. Telefon bimbit di dalam poket dikeluarkan. Liana mengikut di belakang. Kemudian dia melabuhkan punggungnya di hadapan Raid.

“Tak menyusahkan abang ke?”

“Taklah Yana, abang pun free je petang ni. Lagipun bosan juga tak buat apa-apa di rumah. Nak main badminton, kawan abang pulak beritahu dia tak jadi. Ada hal lain. Apa salahnya abang temankan Yana sekejap sampai kawan-kawan Yana sampai.”

Liana tersenyum.

“Betul ni?”

Raid mengangguk.

“Alhamdulillah, tak adalah Yana menunggu seorang diri.”

Raid tersenyum.

Liana juga tersenyum. Terpana melihat senyuman Raid yang cukup manis di matanya. Lelaki itu cukup sempurna bila dia tersenyum. Hilang terus wajah seriusnya.

“Yana tak balik kampung ke?”

“Dua minggu lepas Yana dah balik sekejap. Bukan jauh mana, Perlis je pun.”

Raid ketawa. Dia pun dah lama tak balik ke sana. Rindu pula pada tok dan wan dia. Kali terakhir dia balik pun tiga bulan lepas. Itu pun terpaksa ikut ibu dan ayah dia pergi makan kenduri.

“Abang berangan apa tu?” soal Liana bila terpandangkan wajah Raid sedang termenung jauh.

“Haha... tiba-tiba teringat dekat tok dan wan. Rindu pulak.”

Liana ketawa.

“Hish! Ingatkan kenapalah tadi. Kalau rindu jomlah ikut Liana balik hujung minggu depan. Boleh kita jumpa tok dan wan.”

“Hujung minggu ni abang sibuk sikit. Kena balik ke KL. Ada hal penting yang perlu abang selesaikan. Hujung minggu depan pulak, abang nak kena siapkan semua asssingment abang. Due date dah dekat. Takut tak sempat pulak nak siapkan.”

Liana mengangguk. Matanya dihala pula ke arah jalan masuk ke kompleks sukan. Cuba meninjau kalau-kalau kawan-kawannya sudah sampai ke belum. Dia sudah menunggu di situ hampir lima belas minit. Batang hidung kawan-kawan dia seorang pun dia tak nampak.

“Kawan-kawan Yana ni jadi ke tak nak main petang ni? lewatnya dia orang sampai.”
Liana jongket bahu. Tanda dia juga tak berapa pasti.

“Kalau tak jadi, baiklah kita pergi minum-minum ke basahkan tekak yang dah kering ni.”

“Kita tunggu dalam sepuluh minit lagi boleh. Mana tahu dia orang dah nak sampai ke,” pujuk Liana lagi. Matanya yang sepet cuba dibesarkan apabila terpandangkan sebuah kereta yang sedang bergerak laju masuk ke situ. Macam pernah dia lihat kereta mini Cooper yang baru sahaja masuk ke situ.

“Abang... Yana nampak macam kereta kawan Kak Dhya je masuk ke sini.”

“Mana?”

“Tu ha... dekat hujung sana,” Liana menunjuk ke arah sebuah kereta mini Cooper berwarna merah yang baru sahaja di parking di bawah sepohon pokok.

Mata Raid melilau. Terpandang sahaja kereta yang dimaksudkan, Raid terus senyum penuh makna. Rasanya inilah masa yang sesuai untuk dia bertindak. Matanya kembali memandang ke arah Liana yang sedang duduk di hadapannya. Wajahnya yang sentiasa serius itu tiba-tiba mengukir senyuman manis.

“Kenapa abang pandang Yana macam tu?” Liana memandang pelik Raid di hadapannya.

Raid senyum senget.

Liana garu kepala.
itu
“Yana, rasanya dah sampai masa kot kita berdepan dengan dia. Yana dah bersedia ke?”

“Berdepan? Dia?” soal Liana tak berapa nak faham maksud yang ingin disampaikan oleh Raid.

“Jadi kekasih paling manja untuk abang. Boleh tak?” pinta Raid lembut. Liana terus mengangguk laju. Demi Raid apa sahaja dia akan turutkan. Biarpun tindakannya akan menyebabkan dia akan dipandang serong oleh rakan-rakannya yang lain. Dia peduli apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience