BAB 8

Humor Series 21935

“Kak Ju… Macam mana ni?? Macam mana Intan nak pay attention on job kalau dah 24 jam Intan macam ni?” luah Intan dengan harapan Julia dapat merungkai masalah yang dihadapinya itu. Julia hanya tertawa mendengar luahan Intan itu.

“Iskh… Kak Ju ni, Intan cakap betul-betul… Kak Ju boleh gelak pula…”rungut Intan.

Tangannya ligat mengacau minuman yang baru dihantar oleh pelayan restaurant.

Sudah sebulan percutian mereka berakhir dan selama sebulan itu jugalah Intan menjeruk rasa. Semua kerja yang dilakukan serba tidak kena.
Dia sendiri bagaikan tidak mengerti kenapa dia berperasaan begitu. Setahunya, sepanjang perkenalannya dengan Hakimi, lebih banyak pahit daripada manisnya.

Ada sahaja yang tidak disenanginya tentang lelaki itu.

Ada juga sekali dua Intan menjeggukkan diri ke rumah Auntie Zurin tapi tidak pula kelihatan kelibat Hakimi. Ingin bertanya pada mamanya terasa segan.

Nanti dikatakan hidung tak mancung, pipi pula tersorong- sorong.

Paling ditakutinya, dikatakan pula perigi mencari timba. Ingin disuarakan pada Julia, bimbang ditertawakan lagi. Mahu tidak mahu, Intan hanya memendamkan rasa.

“Intan, kenapa ni? Mama tengok, Intan muram je kebelakangan ni… Selalu sangat termenung. Just tell me what’s the matters… just tell me …”tegur Puan Maria apabila terpandangkan Intan yang sedang mengelamun.
Kehadirannya langsung tidak disedari Intan.

“Eh, mama… Mana ada?? Intan okay je… Cuma penat je kot. Kebelakangan ni banyak sangat kerja kat office tu…”dalih Intan.

“Ma, Intan ingat Intan nak pergi holiday lah, Ma… May I??”sambung Intan lagi.

“Holiday?? Bukan ke baru dua bulan lepas kita pergi holiday??”Puan Maria bersuara.

Intan cuba meraih simpati mamanya. Didekatkan lagi dirinya pada Puan Maria.

” Ala Mama, boleh lah Ma… Please!!! Tu dua bulan lepas. Lagi pun, I need my own privacy… Boleh ya, Ma??”

Terdetik juga rasa simpati terhadap anak gadis seorangnya itu. Sering kali juga dia terpandang akan wajah muram Intan. Lama Puan Maria membatukan diri dan akhirnya bersuara.

“Intan nak ke mana?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience