Sesudah Puan Maria, Encik Jauhari, Uncle Roslan dan Auntie Maria berangkat ke destinasi mereka, Intan, Julia, Hakimi dan Luqman pula mengatur rancangan mereka.
Destinasi yang mereka pilih ialah Queen Victoria Gardens. Intan terpesona tatkala melihat keindahan pelbagai jenis bunga yang terdapat di taman itu.
Tambah mengagumkan Intan ialah keunikan susunatur bunga-bungaan yang membentuk sebuah jam terbesar di St Kilda Road. Jam terbesar tersebut diperbuat daripada lebih 7,000 kuntum bunga. Setelah puas berjalan di sekitar Queen Victoria Gardens, mereka mengatur langkah ke Southgate Leisure Precinct. Salah satu daripada gedung membeli-belah yang terkenal di Melbourne.
Ditambah pula dengan kedudukannya yang membolehkan pengunjung menikmati panorama Sungai Varra. Intan dan Julia cukup teruja apabila menjejakkan kaki ke situ.
Hampir tidak terdaya Luqman dan Hakimi melayan kerenah dan mengekori mereka berdua. Perempuan dan shopping adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan.
“Aduh… Penatnya… Tapi seronok, kan Intan??”tanya Julia apabila mereka menjejakkan kaki ke bilik, setelah seharian berjalan-jalan di sekitar Melbourne.
“Iskh… Seronok apa kalau macam tu… Akak tengok lah tadi, Si Kimi tu saja je nak sakitkan hati Intan. Menyampah betul… Macam lah dia tu bagus sangat…”rungut Intan, tidak puas hati.
“La… Ni kenapa pulak ni?” tanya Julia, ingin tahu.
“Ala, si Kimi tu lah… Boleh dia menonong jalan berlengang, padahal dah nampak yang tangan Intan ni sarat dengan barang? Dia tak tau ke yang tangan Intan ni macam nak tercabut jinjing barang-barang tu semua… Iskh… Tak gentlemen langsung…”. Bagaikan peluru berpandu Intan melepaskan rasa tidak puas hatinya itu. Julia yang mendengar hanya tersenyum geli hati.
“Hmmm… Salah Intan juga tu… Lain kali, janganlah memborong sampai tak ingat dunia, ye cik adik??” usik Julia.
“Iskh, kak Ju ni asyik nak menangkan si Kimi tu je…”rungut Intan. Akhirnya, selimut dihujung kaki ditarik dan tubuhnya diselubung. Malas hendak mendengar Julia mempertahankan Hakimi. Bertambah sakit hatinya. Julia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat gelagat Intan itu.
‘”Macam-macam gelagat budak berdua ni…”Julia bermonolog.
Sepanjang empat hari di Melbourne, pelbagai tempat telah mereka lawati.
Tidak kurang juga dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik, antaranya menaiki belon udara panas dan juga menaiki Giant Sky Wheel. Panorama di sekitar Victoria, Melbourne dapat dinikmati dari pelbagai sudut dan aspek.
Walaupun teruja mengikuti aktiti-aktiviti, sering kali itu jugalah mulut Intan bertubi-tubi menyatakan ketidakpuashatiannya terhadap Hakimi pada Julia.
Biarpun tahu bahawa dirinya kurang disenangi oleh Intan, Hakimi tetap galak mengusik Intan. Sengaja mahu menambahkan rasa ketidakpuashatiaan gadis itu.
Julia dah Luqman hanya menjadi pemerhati dan sesekali terhibur dengan gelagat mereka berdua.
Share this novel