Sesampai sahaja di biliknya, Intan menghamburkan rasa tidak puas hatinya. Berbakul-bakul sumpah seranah yang keluar dari mulutnya.
ISH, kak Ju ni pun satu… Yang dia pergi tinggalkan aku dengan mamat mangkuk tu, ape kes? Iskh…geramnya aku… Perasan bagus sangat lah tu… Ceyhh… Bagi free pun aku tak nak…ngomel Intan seorang diri. Akhirnya Intan terlena di sofa dengan persaaan geram yang masih berbuku di hati.
Sewaktu turun ke ruang makan lobi, semua ahli keluarga dan keluarga Auntie Zurin sedang menunggu kedatangan Intan untuk makan bersama.
“Sorry, lambat… Kenapa semua tak makan lagi?”tanya Intan sambil menarik kerusi, bersebelahan dengan Hakimi. Hanya situ sahaja tempat yang kosong. Jikalau ikutkan rasa hatinya, Intan lebih rela duduk di meja yang lain. Tetapi tatkala memikirkan pandangan yang lain, tidak elok rasanya dia berlaku sebegitu.
“Tunggu tuan puteri turun… Ma, kalau ada oarang tu lewat turun lagi, tinggalkan je la,Ma… Dia tak fikir agaknya kita yang tunggu kalaparan dekat sejam ni…”sindir Hakimi yang tiba-tiba bersuara.
“Kimi…”tegur Auntie Zurin. Intan terpukul dengan kata-kata Hakimi itu. Dia bukannya sengaja turun lewat tetapi dia tertidur keletihan sesudah balik dari berjoging pagi tadi. Sesedarnya dari tidur, Julia sudah bersiap dan berpesan supaya cepat bersiap untuk turun makan bersama-sama.
Baru dua sudu makanan memasuki mulut Intan, Encik Jauhari memecahkan kesunyian.
“Intan, sekejap lagi papa,mama, Auntie Zurin and Uncle Roslan nak melawat syarikat rakan kongsi papa…”beritahu Encik Roslan.
“Ala pa… Boringnya… Abis tu, Intan nak buat apa? Kata nak holiday sama-sama…”rungut Intan,manja.
“Intan ikut lah Kimi, Abang Luqman and kak Ju jalan-jalan kat sini, okey sayang? Cara orang muda berseronok berbeza dengan kami yang dah tua ni…”pujuk Auntie Zurin.
Dengar sahaja Auntie Zurin bersuara, Intan tidak berani menentang. Intan rela dalam terpaksa.
Share this novel