BAB 3

Humor Series 21935

Intan memandang jam digital pada dashbord teksi yang dinaikinya. Kali ini, sudah masuk tujuh kali jam digital itu dijengahnya.
Riak mukanya mula mempamerkan rasa cemas. Telefon bimbitnya pula sudah dua kali berbunyi. Panggilan dari Auntie Zurin yang bertanya akan kedudukannya sekarang.

“Iskh, Intan ni… Pening kak Ju dibuatnya… Sudah-sudahlah tengok jam tu… Kejap lagi sampailah kita kat airport tu… Tak lari mana pun airport tu… Ada sejam lebih lagi before kita fly…”bebel Julia. Intan yang duduk bersebelahan dengannya, dipandang.

“Intan bukan apa kak Ju, tak sedaplah bila dah berjanji dengan orang tapi kita pula tak sampai-sampai lagi… Lagi pun, kesian kat Auntie Zurin… Dah dua kali dia call tanya kita kat mana…”jelas Intan. Julia kehilangan kata-kata. Dia faham benar akan sikap adik sepupunya itu yang sentiasa menepati janji. Dia lebih suka menunggu daripada ditunggu oleh orang yang dijanjikan.

Akhirnya, Julia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Setelah teksi mula memasuki kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Intan dan Julia sama-sama menarik nafas lega.

Setelah menjejakkan kaki di dalam kawasan DEPARTURE, Intan dan Julia menghayunkan langkah sepantas mungkin sambil melilau mencari kelibat Aunti Zurin.

“Nasib baiklah papa dan mama dah bawa sikit barang kita,kan kak Ju? Kalau tak, susah juga kita nak bergerak…”suara Intan sambil terus mengatur langkah. Julia hanya mengangguk setuju dengan kata-kata Intan itu. Akhirnya, orang yang dicari telah ditemui. Intan dan Julia terus mara ke arah Auntie Zurin yang sedang rancak berbual bersama suaminya, Roslan dan juga Luqman Hakim, anak lelaki sulung mereka. Setelah menyedari kehadiran Intan dan juga Julia, Auntie Zurin menghadiakan senyuman buat mereka berdua.

“Sorry Auntie, kiteorang terlambat. Jalan jammed tadi… Auntie,Uncle and abang Luqman, apa khabar?”Intan berbahasa. Tangan Auntie Zurin dan Uncle Roslan disalaminya, diikuti juga dengan Julia.
“Kami semua alhamdulillah, sihat… Tak pe. Auntie faham… Tapi Auntie risau juga tadi. Tu lah, tadi Auntie perlawa tumpang dengan Auntie sekali, tak nak… Auntie nyaris-nyaris nak suruh Kimi jemput kamu berdua tadi sebelum Ju call dan kata dah nak sampai… “beritahu Auntie Zurin.
“Kalau Auntie nak tahu, Intan ni tadi dah macam kucing hilang anak… Ju yang duduk kat sebelah dia pun naik pening dibuatnya. Mana taknya, lebih daripada sepuluh kali menjengah jam kat dashboard teksi tu tadi…”cerita Julia penuh semangat.

Cerita itu disambut oleh gelak tawa daripada mereka semua. Gelak tawa mereka mula mengendur apabila seorang lelaki datang memberitahu Auntie Zurin bahawa barang-barang mereka telah didaftar masuk.
“Hah Intan, ni lah Kimi. Ingat lagi,tak? Anak Auntie yang bongsu. Sebelum ni, dia jarang ada kat sini… Tu yang kamu jarang jumpa…”perkenal Auntie Zurin.
“Hakimi Rizal…”suara lelaki itu sambil meghulurkan tangannya.
Julia yang berada di sisi Intan, memberikan isyarat mata kepada Intan supaya memperkenalkan diri. Intan berpura-pura tidak faham akan isyarat dari Julia.

Tidak lama kemudian, satu cubitan kecil dari Julia hinggap di pinggang Intan. Intan terjerit kecil daan akhirnya akur. Intan menyambut jabatan tangan lelaki yang bernama Hakimi itu.

“Intan… Intan Lidyana…”

Auntie Zurin hanya tersenyum memerhati.

“Eh, mari lah kita masuk ke dalam… Ni dah second announcement dah ni… Leka bersembang, terlepas pula flight kita nanti…”suara Encik Roslan dan disambut dengan anggukan mereka semua. Mereka beriringan masuk ke balai perlepasan. Sepanjang perjalanan ke Melbourn, Auntie Zurin tidak putus-putus bercerita itu dan ini kepada Intan. Intan menadah telinga menjadi pendengar setia. Julia pula sedang asyik bersembang dengan Luqman Hakim,tunang kesayangannya, manakala Hakimi Rizal pula bersama-sama papanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience