“Ada yang boleh patik bantu?? Khadam sedia memberi khidmat untuk Tuan Puteri… “
Ingatan Intan terus mati di situ. Dia dikejutkan dengan suatu suara yang cukup dikenali. Jelas di pendengarannya. Seseorang yang fasih berbahasa Melayu di bumi asing ini adalah sesuatu yang mustahil.
Tambahan pula suara itu! Intan berkira-kira untuk berpaling. Sebaik sahaja terpandang akan empunya suara, tanah yang dipijak bagaikan tidak terasa. Intan bagaikan kehilangan kata.
“Kimi… What are you doing here??”
Hakimi melemparkan senyuman buat Intan sambil membalas pertanyaan gadis itu.
“I’m looking for my princess… Did you see her??”
Riak muka Intan serta merta berubah muram tatkala mendengar kata-kata yang keluar dari mulut jejeka itu. Hanya sepatah perkataan sahaja yang mampu keluar dari bibirnya.
“Nop!”
“Iskh… Takkan you tak nampak dia. Tapi I rasa you kenal orang tu… That person is…. Intan Lidyana Jauhari…”
Intan nyata terkejut. Benarkah apa yang didengarinya?? Dipandangnya muka Hakimi dengan seribu pertanyaan terkandung di fikiran. Hakimi masih lagi melemparkan senyuman. Cukup menawan dan menggoda pada pandangan Intan. Hakimi mula megatur langkah ke hadapan menghampiri Intan dan tubuh itu diraih ke dalam dakapannya. Intan bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang. Berjuraian air matanya membasahi pipinya.
“I hate you…”kata Intan dalam esakan. Tubuh lelaki itu didakapnya erat.
“But I do love you… Love you so much…. I missed you, dear…”Bisik Hakimi dengan nada yang cukup romantis.
“I love and missed you too…”Bisik Intan pula. Akhirnya Intan akur dengan permainan takdir. Diluahkan juga apa yang terbuku dihati sekian lama. Tanpa disangka, orang yang dibencinya pada suatu ketika dahulu kini menjadi orang yang paling dicintainya.
“Ehem… ” Kedengaran suatu suara dari arah belakang mereka. Intan dan Hakimi segera berpaling. Julia ditemani Luqman. Pasangan itu melempar senyuman buat Intan dan Hakimi.
“Cukup bulan, kahwin!!”Sambung Julia, cuba meniru dialog yang digunakan dalam kisah Nujum Pak Belalang arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Kini, barulah Intan tahu semua yang berlaku ini adalah rancangan Julia.
Rupa-rupanya, segala yang diluahkan selama ini, tidak sia-sia.
Intan akhirnya tenggelam dalam dakapan Hakimi. Semoga kisah cinta mereka akan terus diwarnai dengan warna-warna ceria kehidupan.
Share this novel