BAB 4

Humor Series 21935

Sebaik sahaja menejejakkan kaki ke bumi Melbourne,kelibat Puan Maria dan Encik Jauhari sudah kelihatan menanti ketibaan anak serta keluarga kawan baik mereka. Kerancakkan berbual membuatkan mereka tidak menyedari hari susah menginjak ke malam. Setelah mendapat kunci bilik, masing-masing membawa hala tuju yang tersendiri.

“Hmm… Macam mana Intan? Handsome tak bakal adik ipar kak Ju?”suara Julia sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas katilnya. Intan pula sedang sibuk menggantung pakaiannya di almari. Intan dan Julia akan berkongsi bilik di sepanjang percutian mereka di situ.

“Ntah… Biasa je Intan tengok… Tak de lah handsome sangat pun… Kalau nak dibandingkan, abang dia lagi okey kot…”balas Intan. Perhatiannya masih lagi pada kerja-kerja yang sedang dilakukan. Julia terjerit kecil apabila mendengar kata-kata Intan itu.

“Hei, yang tu ana yang punya,okey?”kata Julia, namun disambut oleh gelak tawa dari Intan.

“Hahaha… Apa lah kak Ju ni, Intan main-main je lah… Ambillah cik abang Luqman kesayangan awak tu… Tak de siapa nak usik lagi dah…”balas Intan sambil tertawa. Akhirnya, Julia sama-sama menghamburkan tawanya. Geli hati mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Intan itu. Bilik itu riuh rendah dipenuhi dengan gelak tawa serta adegan saling usik mengusik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience